Bismillahirrahmanirrahim.
Naik 2nd year ni kerja bertimbun-timbun. Haha part yang kelakar ialah ada sorang senior kat universiti celup barat aku ni, beza dengan aku setahun je la, sewaktu aku foundation;
SeniorTuaSetahun: Bro! Camana foundation?
Aku: Susah gak eh. Ramai senior cakap foundation senang.
STS: Taw takpe! Ko tak naik degree lagi bhai.
Pastu, habis foundation, naik 1st year. Perh, memang la aku rasa betul2 yang foundation tu boleh relax lagi. Kemudian, si STS ni jumpa aku kat library;
STS: Wah rajin belajar!
Aku: Haha mestilah. Susah kot 1st year ni. Risau aku.
STS: Alaa baru first year dah rajin belajar. Mana masuk percentage degree. Ko tak rasa lagi 2nd year camana plak.
Sekarang ni, aku dah naik 2nd year. Mak aihh. Project pulak berlambak-lambak. Satu minggu saja dah ada 2 3 project yang nak kena update selalu. Kemudian, aku terjumpa si STS ni di swimming pool.
STS: Stress nampak bro?
Aku: Mana tak stress. Hang dulu cakap 2nd year banyak kerja kan?
STS: Ok la tu. Ko tak rasa kitorang ni yang 3rd year ni. FYP (Final Year Project) ko taw. Busy tu, busy ni, blablabla...
Aku pun jadi malas nak layan. Tahun depan insya Allah aku naik 3rd year. Si STS tu? Dah grad? Atau sambung MEng (Master of Engineering)? Kalau dah grad, Alhamdulillah...... Hahahaha gurau2 aja. Apa point aku sembang kat sini? Korang sendiri lah pikir. Ni iklan je. Saja nak cakap yang sekarang ni kerja memang banyak, termasuk 'kerja-kerja malam' sebagai 'Nightcrawler'.
2nd year of Engineering dan 2nd year of Tarbiyyah, 2-2 memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Priority? Tentulah ke arah yang diredhai Allah. Masalah aku ialah aku tak reti nak organise masa dengan se-optimum mungkin. Maka, berlakulah cerita di bawah ini:
Suatu petang pada pukul 5, keluar dari lab, menuju ke arah rumah sewa, baring di ruang tamu, kemudian berkumat-kamitlah mulut aku, "Arghh gilalah satu hari kelas! Penat gila!". Asar tak solat lagi ni, tapi badan memang tak terdaya nak ke tandas untuk ambil wudhu'. Dek kerana itu, aku sengaja 'menangguhkan' waktu solat Asar dengan alasan 'nak rehat jap'.
Pertolongan dari Allah itu memang cantik. Sungguh cantik. Subhanallah. Pertolongan dari Allah itu muncul melalui seorang brader which is housemate aku sendiri datang dan terus menegur (dialog rekaan):
"Oii Zabed. Dah solat Asar belum?"
"Belum lagi. Pukul 6 karang aku solat. Nak rehatkan badan jap"
"Astaghfirullah. Ko tak solat lagi rupenye."
"Jap jap weh. Serius aku penat ni. Sat lagi aku solat. Aku nak baring jap je. Nak rehatkan badan"
"Ko pernah dengar tak hadith tentang sewaktu Rasulullah dan para sahabat berasa penat dan Rasulullah mengarahkan Bilal untuk azan bla..bla..bla"
Aku pun tak ingat sangat apa dia cakap time tu. Tapi aku dapat catch sikit mafhum hadith tersebut. Bismillahirrahmanirrahim;
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Allah, ampunilah aku. Memang selepas solat Asar tu badan aku terasa hilang kepenatan. Sungguh. Daripada nak baring time petang tu, terus terasa macam nak kickboxing pulak. Haha.
3 comments:
br 5 mggu ak da ada kje.. adeh..
dakwah dan pelajaran.. mane no 1?
dua2 kne no 1..
a change we can believe in
nice one.
yatt: ya. betul tu. pelajaran juga menuju ke arah yang diredhai Allah.
btw, welcome to the degree life man. haha
Post a Comment