Friday, November 5, 2010


Cerita 1



     Cerita ni berlaku time aku form 2 dulu. Ada sorang member ni, Brado namanya, berbadan besar dan tinggi, tapi tidak berlemak, lebih kepada daging.Time form 2 dulu, dialah yang paling tinggi dalam batch kitorang.

     Yang best pasal Brado ni ialah walaupun badan besar dan tinggi ala-ala Big Show (tak gemuk ye), tapi dia bukannya seorang yg bully. Dia tak buli mana-mana budak kat sekolah aku, dia tak pi belasah mana-mana budak sesuka hati dia, dia tak mengamuk sesuka hati, kalau dia mengamuk pun (sebab terkumpul), dia akan minta maaf balik. Wah laa. Gentleman sungguh. Kalau apa yang dibuat tu salah, dengan rela hatinya dia mengaku kesalahannya dan meminta maaf. Senang cerita gentleman lah! Walaupun dengan tubuh fizikalnya yang mantop, hatinya still maintain sebagai seorang yang gentleman.

     Tapi.......



    Pada suatu tengahari, sedang pelajar-pelajar di sekolah aku sibuk beratur mengambil nasi untuk lunch, tiba-tiba kedengaran suatu suara yang memekik, "Kau potong line aku kan??" Oh Brado rupenye. Dia tengah marah kat sapa tu? Gasp! Budak form 3?? Gila kantang kau Brado nak gaduh dengan budak form 3! Dah la mamat form 3 yang potong line tu memang terkenal sebagai salah seorang yang gangster kat sekolah tu. Dipendekkan cerita + memory otak aku yang luput sikit pasal cerita ni, si mamat form 3 tu tak buat apa-apa kat dia, hanya jelingan yang berbau message:

You just wait

     Habis solat zohor, ada lagi kelas tengahari/petang. Sebelum start kelas pertama selepas waktu tengahari, di balkoni kelas budak2 form 2, kelihatan banyak budak-budak gangster form 3 'turun padang'. Banyak bhai. It's a fight time man! Aku tengok dan berfikir, "Gila apa la depa (budak2 form 3) ni. 1 on 1 la, ni nak panggil the whole budak form 3." Diorang ni tengah cari Brado. Mamat form 3 yang potong line tadi tu relaks je, 'konon2'nya dah biasa dengan fight la kan. Apa reaksi Brado? Gentleman macha!

"Rising up, back on the street"

     Brado tak cuak pun. Relaks gak. Dengan hati yang tenang, dia keluar dari kelas, bersemuka dengan budak-budak form 3 tersebut. Serius bhai. Aku ingat lagi part ni. Memang kantang habis.

"Face to face, out in the heat"  

    Budak2 kelas aku bukan nak tolong (termasuk aku), tengok je. Macam ada show, Big Show! Haha kemudian Brado bersemuka, face-to-face dengan mamat potong line tersebut. Budak-budak form 3 yang lain kerumun Brado.

     Walaupun aku tak dengar apa yang diorang cakap, tapi aku boleh teka diorang tengah cakap apa, berdasarkan ekspressi muka dan gerak-geri mulut,

MamatPotongLine(MPL): Kau apahal kerek sangat haa nak marah-marah aku tadi? Baru form 2, kau ingat badan ko yang besar ni ko boleh tunjuk kepala la kat sini?

Yang best pasal part ni ialah, Brado boleh marah MPL balik!

Brado: Aku kesah ape aku form 2 ke hape! Ko tu terang-terang buat salah kan, potong line lunch aku tadi, bajet ko hebat sangat la kat sini!!

Lagi best, bukan si MPL yang 'mula langkah' dulu, tapi si Brado ni yang start dulu. Hahaha.

"It's the eye of the tiger, it's the cream of the fight"

     Pap! Sedappp mat tengok si Brado bagi penampar sebijik kat MPL tuh. Semua budak-budak form 3 yang ada kat situ hanya tergamam terkejut tengok aksi berani-mati si Brado ni. Dalam sekelip mata, tanpa si MPL ni sempat nak recoil atau counter, Brado memulakan langkah seterusnya dengan menggunakan lutut untuk serang bahagian depan MPL (perut tak silap aku). Bila MPL ni dah nak jatuh, budak2 form 3 yang lain terus hentikan pertarungan ni, satu group tolong pegang MPL yang dah jatuh, satu lagi pegang Brado, dan of course la kan, yang pegang Brado tu ramai gila.

     Pelik. Ingatkan budak-budak form 3 lain nak tolong MPL untuk bantai balik si Brado, rupenye diorang pegi stop-kan pertarungan tu. Nasib baik Brado tak bantai budak-budak form 3 yang pegang badan dia. Ingatkan fight dah habis dah, rupenye tak habis lagi. Si Brado ni boleh jerit pulak dekat MPL tuh (walaupun aku tak dengar),

"Kau ingat kau hebat sangat ke hah nak panggil kawan-kawan ko ni?! Mana tadi muka poyo ko nak bantai aku kononnya?? Ko ingat ko dengan kawan-kawan ko boleh buat apa-apa je kat sini hah?? Jawab lah!!"

"Just a man and his will to survive"

     Budak-budak form 3 lain muka dah cuak dah tengok si Brado jerit2 ni. MPL tu lagi la, tak terkata, senyap je. Mana tak. Direct hit 2 kali kot, opponent pulak badan besar, speechless la mamat tu. Underestimate Brado, kan dah kena. Alhamdulillah, budak-budak form 3 ni pegang Brado ramai-ramai, kalau tak, aku rasa si MPL tu dah kena campak luar balkoni dah tu. Tingkat 2 mat. Orang kalau dah run amok ni baik ko hentikan fight. Tak pasal-pasal jadi kes bunuh plak. Serius.

     Beberapa saat lepas tu, elok-elok je ustaz yang nak mengajar kitorang Pendidikan Islam Tingkatan 2 datang. Semua yang ada kat balkoni tu tergamam. Pendek cerita, sesiapa yang terbabit, kena gantung sekolah atau rotan. Bizzztt!



Cerita 2

     Cerita kali ni tak panjang. Pendek.

     Aku ada seorang kawan, memang pandai dalam akademik. Dalam kelas, dialah yang paling cemerlang sekali. Dalam kelas, dia sorang je la yang boleh concentrate dengar cikgu cakap apa kat depan walaupun yang lain dah tak paham pebende ntah cikgu ni cakap sorang-sorang kat depan. Kalau buat assignment, dia lah yang akan ajar kitorang camana nak buat tu buat ni walaupun kitorang sikit pun tak paham soalan tu nak apa.

     Tapi....

     Sebelum dia memasuki institusi pengajian kami ini, dia pernah 'terkantoi' dalam exam sebelumnya. Exam tersebut menentukan sama ada dia dapat sambung pelajaran ke tempat yang diharapkan. Hakikatnya, dia terkantoi, dan akhirnya terpaksa dihantar ke tempat kami. Isk isk.

     Oleh itu, beliau menghidapi penyakit 'takut nak exam'. Malam sebelum test bermula, semua orang akan pi jumpa dia mintak dia tolong ajar dan dengan kekuasaan Allah, semua yang diajarnya masuk ke kepala kami. Kami paham. Kami confident nak jawab test esok!

     Kesian dekat kawan aku ni. Dia memang serba boleh dan faham terhadap apa yang dipelajarinya, tetapi hakikatnya, the moment dia masuk exam hall, dia jadi serba takut, jadi gabra. Jadi nervous. Dia takut-takut kalau dia membuat kesilapan lagi sepertimana yang dilakukannya ketika di institusi sebelum ini.

     Hakikatnya, dia tidak yakin, maka soalan-soalan dalam kertas peperiksaan membelasahnya dengan teruk sekali.

Habisss!


Moral

     Pengajaran ada banyak, tapi tak nak la cerita satu-satu kat sini, nanti jadi berjela-jela. Aku lebih nak tekankan kepada Cerita 1.

     Sekarang, bila aku ingat balik peristiwa tersebut yang dah 6 tahun berlalu, sekali imbas terasa kelakar pulak sebab tengok budak-budak form 2 dan form 3 bergaduh. Tapi bila aku fikir balik, betapa kagumnya aku dengan Brado, bukan kerana kehebatan dia dalam memukul orang, tetapi betapa beraninya dia dengan lantang menyatakan prinsip yang dia rasakan bahawa dia yang betul, padahal hakikatnya kalau dia salah, dia tidak ego untuk menyatakan kesalahannya.

     Nah, inilah yang dikatakan berani kerana benar.

     1 lawan 10? Come on guys. Secara theoretical nya, memang mustahil untuk 1 memenangi angka 10. Kalau kita kira dengan force, dengan momentum, dengan work done dan apa-apa lagi yang berkaitan dengan mechanical, secara teori sahaja, memang mustahil untuk sorang boleh kalahkan 10 orang.

    Hakikatnya, practically, teori yang kita penat-penat kira dan di-kertas-kerja-kan, ternyata salah. Brado sorang, lawan 10 orang yang lebih tua umurnya, lebih biasa dengan ilmu pergaduhan, badan yang dah lali dengan pukulan dan telah bermaharajalela di suatu kawasan berjaya menakutkan mereka yang kurang berkeyakinan.

    Brado bantai sorang je, itupun 2 hit, yang lagi 9 orang, cuak dan takut. Brado tak sentuh pun lagi 9 orang tu tapi 9 orang tu sendiri dah tak berani nak masuk campur, malah siap nak hentikan lagi pergaduhan tu. Kecut peruttt bhaiiii diorang ni tengok Brado yakin dengan perjuangannya. Bagaimana?

     Seperti dalam Cerita 1, Brado tak ada la stretching badan sebelum keluar kelas, tak ada la pulak dia bagitau budak-budak kelas kitorang suruh backup dia ke, tak ada la pulak dia simpan 'batu' dalam tangan dia ke, tak ada la pulak dia fikir camana nak ampu-ampu atau bodek budak2 form 3 tu ke dan lain-lain lagi. Dia buat relaks je. Dia tarik nafas, humph!, berdiri dari kerusi tempat meja belajarnya, jalan dengan yakin, tidak tergesa-gesa, tidak pula terlalu slow, dengan pandangan mata harimau (Eye of The Tiger) ibarat Rocky Balboa.


     Macam ni lah pandangan Brado time tu! Betul-betul determine dengan 'perjuangannya'. Pandangan yang memberi message:


1. Apa yang aku buat ni, aku yakin betul.

2. Aku tak gentar walau cabaran yang datang bertubi-tubi kerana aku yakin dengan kefahaman yang aku pegang.

3. Aku bulatkan tekad, dan yakin dengan kefahaman aku, dan tidak sesekali aku akan toleh ke belakang.

4. Kalau aku nak tumbuk, aku tak tumbuk mukanya, tetapi aku akan tumbuk menembusi mukanya (metafora *yakin dengan matlamat atau objektif sesuatu tindakan atau, kefahaman)

5. "One day, I will become the next pirate king. And if I die, at least I die trying (to defend what I believe in)." - Luffy from One Piece


     Lebih kurang macam tu message yang boleh dikupas berdasarkan pandangan sebegitu. Aku hentam je. Siapa lagi yang ada pandangan sebegitu??

       Perang Badar, 313 orang islam yang yakin lawan 1000+ orang yang mengharapkan teori semata-mata (teknologi spt baju besi, pedang tajam etc). Siapa menang??

     Perang Khandaq, 3000 orang islam yang yakin lawan 10,000 orang yang mengharapkan teori semata-mata. Siapa menang??

     Perang Mu'tah yang dipimpin oleh Khalid al-Walid pada akhirnya, 3000 orang islam yang yakin lawan 200,000 tentera Rom Byzantine. Siapa menang??

    7,000 perajurit islam yang yakin dipimpin oleh Tariq ibn Ziyad melawan 25,000 tentera Visigothic Kingdom (Spain dan Portugal sekarang). Siapa menang??

     Siapa menang?? Korang check sendiri. Banyak lagi peperangan yang membabitkan bilangan tentera islam yang sedikit tetapi mereka yakin walaupun melawan musuh yang bilangan tenteranya terlampau tinggi, dilengkapi dengan senjata2 modern, kenderaan yang mantap dan berbagai lagi bentuk kemudahan.

     Macamana tentera-tentera islam ni boleh menang? Yes! Memang betul! Allah memberi pertolongan kepada mereka! Sebab itu mereka kuat dan menang.

     Tetapi, macam mana nak dapat pertolongan dari Allah itu?



Yakin

     Sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Quran,


Innallaha laa yughaiyiru maa biqaumin hatta yughaiyiruu maa bi anfusihim.

Indeed, Allah will not change the condition of a people as long as they change what is in themselves. 

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

[Ar-Ra'd (13): 11]


     Kalau awal-awal lagi kita sendiri tidak yakin kepada Allah, bagaimana Allah hendak memberi pertolongan kepada kita? 

     Kalau kita awal-awal lagi dah tak nak berusaha, bagaimana kita boleh kata kita bertawakkal kepada Allah?

     Kalau awal-awal lagi kita dah beri alasan yang banyak, bagaimana kita akan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi?

     Jadi, persoalannya,bagaimana nak membina keyakinan?? Aku cadangkan baca surah-surah dalam juzu' ke 30. Baca maksud. Jangan banyak tanya. Try dulu baru tanya. 

     Hakikatnya, kisah Eye of The Tiger ni dah banyak kali dibuktikan melalui orang-orang islam sendiri, sejak di permulaan Rasul mendapat wahyu sehinggalah sekarang, kerana hubungan dengan Allah cukup mantap, mereka yakin benar bahawa Allah akan membantu mereka dalam setiap urusan, hatta sekiranya gagal sekalipun, mereka akan mengatakan Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun (Surely, we belong to Allah, and to Him, we shall return).


Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung
[3:173]


Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 5:35 PM
Categories:

 

5 comments:

Watak Sampingan said...

terbaik!!!

contenganjalanan said...

salam~

nice !

Catheeya said...

mcm kenal je kisah 2 tu. :)

like always, u did the best post. Thumbs up.

Affan Ruslan said...

Salam.
Macam tu lah brado.
Berani, berbadan besar. Tapi tak suka buli orang.
Memang susah nak jumpa orang yang fizikal nya besar, tapi baik. Mungkin aku terlalu streotype, tapi kebanyakannya mesti nak buli budak2. mentang2 badan besar

Anonymous said...

subhanallah, terbaik bhai huraian ko.. best giler membacanya. barakallahu fika

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>