Mula-mulanya aku ingat nak letak gambar sebenar (actual image) kodok. Tapi, lepas aku try Google Image perkataan 'toad', aku tengok.....Ya Allah. Bukan setakat orang yang nak baca je, aku yang nak tulis pasal kodok ni pun jadi tak selera. Korang try la Google Image perkataan toad.
***
Kermit Si 'Kodok'
"Baldi aku dah penuh bhai!"
Lepas subuh, aku terus angkat baldi yang sarat dengan baju-baju dan seluar-seluar aku yang tidak berbasuh + peluh melekit, kemudian dengan lembut, satu persatu aku letakkan baju2 dan seluar2 tersebut ke dalam washing machine. Tekan button play >||, aku pun membiarkan sang washing machine melakukan kerjanya.
Dah sejam, aku angkut balik laundries aku yang dah berbau harum tu, bawak ke perkarangan hadapan rumah untuk dijemur di ampaian beroda (aku tak taw benda tu dipanggil apa). Oh! Rupanya ada housemate aku dah cop 'tempat' dulu! Alhamdulillah, ada jugak space untuk aku jemur baju-baju aku yang tak banyak ni.
Sedang aku sibuk memikir bagaimana nak meng-optimise-kan ruang yang ada pada ampaian tersebut, tiba-tiba aku ternampak ada 'batu' berwarna coklat melekat pada salah satu baju housemate aku tu. Oh kodok rupenye. Patut la boleh melekat. Ingatkan pebende la tadi.
Tak besar pun kodok tu. Kecik je. Macam batu kecik kalau baling kat kepala orang boleh berdarah jugak. Aku pun rasa kasihan dekat baju kawan aku tu. Dengan menggunakan hanger, aku ketuk-ketuk sikit dekat ampaian dengan harapan kodok tersebut akan beransur pulang ke mother nature, tapi ternyata tak gerak kodok tersebut. Stick like a gecko beb!
Kemudian, aku terus ketuk baju yang si kodok tu panjat. Swoosh! Dia lompat! Tapi lompat kat baju member aku yang lain pulak. Adehhh. Tanpa membuang masa, aku pun terus mengetuk 'baju yang ke-2' tersebut dan kali ni....
Kodok tu menyerang. Swoosh! Dia lompat dengan tinggi sekali dalam sekelip mata beserta 'air-air beracun'. Dengan sekelip mata, aku pun terus undur ke belakang dalam kickboxing stance. Dalam kepala aku time tu dah play lagu opening "Eye of The Tiger" dah.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah, serangan 'air beracun' dari kodok tersebut tidak mengenai tubuh badan aku kerana kodok tersebut melompat ke direction yang bertentangan. Ke mana perginya air tersebut? Terkena baju-baju housemate aku. Kahkahkah! Memang kelakar. Baju aku tak kena langsung.
Fikir-fikir balik, perghh, memang seram. Sebelum ni aku ingat time belajar subject Biology time SPM dulu. Binatang ada macam-macam jenis self-defense mechanism. Salah satunya yang aku ingat lagi cikgu Bio aku cerita ialah kodok. Self-defense mechanism dia macam tadi aku cerita; kencing. Aku rasa semua orang tahu pasal ni. Kalau air kencing tu kena mata insya Allah akan buta.
Fikir balik, perghh, seram. What if, air kencing tu kena mata aku?? Aku flashback balik macammana kodok tu lompat, memang betul-betul tinggi, lagi tinggi dari badan aku seriously. Lompat tinggi = target:mata. Uishh ya Allah. Sekarang kat bumi ada berapa ramai orang yang nikmat penglihatannya telah ditarik Allah?
Nikmat -ve
Ada beribu-ribu? Berjuta-juta? Aku pun tak taw. Yang kita semua pasti, orang-orang yang nikmat penglihatannya ditarik Allah, hidup di kalangan masyarakat kita, dan bilangan mereka pun banyak. Selalu jumpa di Malaysia.
Dalam banyak-banyak jumlah orang-orang ini, berapa ramai yang ditarik Allah nikmatnya melalui seekor kodok?
Katakanlah:
Kodok yang serang kita tadi berjaya melepaskan air kencingnya direct hit kena mata kita. Kemudian, kita buta seumur hidup. Macam mana perasaan kita terhadap kodok-kodok yang lain?
Since kita ditarik nikmat penglihatan, kita berbicara kepada kawan kita bernama Man, seorang yang hebat dalam menangkap kodok,
"Man, tolong tangkap banyak-banyak kodok eh hari ni. Malam ni aku nak tibai sekor-sekor. Men-Jahannam-kan hidup aku betul!"
Kebanyakan orang pasti akan menyumpah kodok-kodok yang tak bersalah di seluruh dunia kerana kononnya "menjahanamkan" hidup kita. Kodok membawa sial kepada aku! Kodok punya pasal lah aku jadi macam ni, sehinggakan aku sekarang menjadi pengemis, tak mampu nak buat kerja-kerja orang biasa buat!
Tetapi, berapa ramai pula orang yang akan berkata kepada Man,
"Man, tolong tangkap banyak-banyak kodok eh hari ni. Sejak daripada hari ni, aku nak bela kodok-kodok yang kau tangkap tu. Dari Allah, melalui kodok, aku menjadi buta, aku hanya melihat Syurga Firdaus sahaja. Alhamdulillah..."
Ada paham?
Kenapa selalu perkara negative berlaku kepada diri kita, kita selalu menganggapnya sebagai sial ?
Kalau kita ni selalu melihat perkara-perkara maksiat, perkara-perkara yang tak sepatutnya, kemudian Allah menarik nikmat penglihatan kita, bukankah Allah telah menyelamatkan kita dari jurang neraka? Dengan itu, maka setiap perkara yang kita lihat dalam vision kita hanyalah syurga sahaja, jauh dari maksiat, bukankah begitu? Boleh faham ke dengan metafora yang aku try sampaikan ni?
Budak Nakal
Katakanlah:
Kita ada adik kecik. Pada mulanya, dia bersikap nakal dengan buat muka annoying dekat kita bila kita 'berceramah'. Kita pun relaks la. Budak kecik lagi. Lepas tu, naik pulak darjat kenakalannya dengan menipu kita. Kita pun tak boleh diam dah, kita pun marah dia, bagi warning. Boleh kata relaks lagi la kan. Pastu, naik pula darjat 'kemuliaannya', adik kecik kita tu dah pandai mencuri duit yang mak ayah kita peroleh dengan kerja penat lelah. Apa reaksi kita? Kalau marah pun tak lut, kena tampaq (tampar) sikit kot budak ni, barulah dia takut. Tak boleh relaks dah ni. Papp! Lepas kena tampar tu, tiba-tiba adik kita terus jadi budak baik, sopan santun, lemah-lembut etc.
Persoalannya: Sekiranya kita masih lagi bersikap relaks sehinggalah dia dah besar, rasa-rasanya budak tu naik level macam mana?
So, gambarannya, korang fikir sendirilah. Sambung cerita pasal mata kita, sekiranya kalau kita ni jenis yang 'tak reti jaga' mata, ditambah pulak dengan 'hati yang keras membatu' atau 'tak makan saman' orang, jangan salahkan air kencing kodok yang dihantar Allah! Dah la jenis tak makan saman, sampai bila kita nak insaf sehingga kita betul-betul boleh menjaga mata? Kalau dibiarkan, daripada mata, turun ke badan pulak, haa lepas tu macam-macam perkara yang lebih teruk pulak boleh berlaku. Bila mata dah buta, barulah kita nak insaf? Barulah terselamat daripada melakukan perkara yang 'merepek'? Bersyukurlah, Allah telah menyelamatkan kita dari jurang neraka.
*note: di sini, aku tidak bermaksud hendak menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia, cuma hanya nak bagi gambaran yang senang agar insya Allah kita lebih faham. Ketahuilah, "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"[112:4]
Ok. Insya Allah kita semua faham. The point is, aku tak kata benda ni kita hanya apply pada mata kita sahaja, pada kisah kodok sahaja atau pada limited space sahaja.
Hakikatnya, perkara negative yang berlaku kepada kita, bukanlah sial atau merugikan, fikirlah dari sudut seorang hamba yang bersyukur. Ketahuilah, nikmat negative yang dianggap sial adalah nikmat yang positive. So, think positive!
Gagal JPJ test?
Allah nak tunjuk dekat kita bahawa kita kena rapat dengan "driver-driver" kita (adik-beradik)
String guitar karat?
Allah nak tunjuk dekat kita jangan terlalu banyak membuang masa dengan perkara yang tak mendatangkan amal.
Traffic jam kat KL?
Allah nak beri peluang kepada kita untuk banyak-banyak berzikir mengingatiNya.
Seluar jeans baru beli koyak?
Allah nak mengajar kita agar menggunakan harta yang ada untuk sedekah kepada orang yang lebih memerlukan.
Belajar di IPT yang tidak diharapkan?
Ketahuilah ada misi yang Allah letak pada diri kita kelak insya Allah :)
Dan banyakkkkkk lagi yang kita boleh fikir. Semua bergantung kepada gaya kreativiti befikir masing-masing. Kita perlu berfikiran positive dengan apa-apa sahaja nikmat atau dugaan yang berlaku kepada kita.
Such is the bounty from Allah, and sufficient is Allah as Knower.
Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui.
[An-Nisa' (4): 70]
*Kisah kodok yang berlaku kepada aku, aku anggap as a warning atau surat pekeliling, dengan mesej "Jaga mata hang".
Bersyukurlah, Allah telah menyelamatkan kamu dari jurang neraka.
Wallahu'alam bis sowab
7 comments:
terbaiklah zabed~
salam~
think positive + husnuz zhon dgn Allah~
pastinya takdir yg telah direncanakan oleh Allah sesuatu tu ada hikmah tersendiri yg kdg2 x terfikir dek akal kita..
tq 4 dis entry.laikit~
p/s : sy anti kodok..hehe..geli betul.kdg2 bila 'dia' lepak kt bilik air, memang tak termandilah.. =)
bersangka baik dengan sang pecipta :) dia lbh mengetahui apa yang terbaik buat kita .
TERBAIK
ya. point penting. husnu dzon = bersangka/berpandangan baik
jazaakumullahukhair
salam zaid..jz nk ckp tak elok guna insyaallah kpd perkara yg tidak baik- mrujuk pd ayat ini ..kalaukencing terkena mata, insyaallah buta..ok tu je..nice post :)
surat pekeliling
"jaga mata hang"
TERBAIK!!!
sarramoodiman: Dengan kehendak Allah (insya Allah). Jzkk for the reminder :)
Post a Comment