Wednesday, November 17, 2010


*mungkin boleh jadi sambungan kepada Kisah Kermit


     Sehari sebelum raya korban di microprocessor lab, dengan lagak tekun, aku pateri semua electronic components pada PCB. Project untuk sem 3: buat speaker.

     Sedang aku meneruskan lagak tekun aku tu, tiba-tiba kedengaran beberapa suara yang menjerit, "Yeay! We've done it! Aaaahhhhh!!". Aku dengar, dan pandang ke arah group yang dah siap buat amplifier tu, kemudian berfikir, "Aahh takpe2 Zaid. Sabar dulu. Sat lagi nak siap dah circuit ni".

     Dengan hati cekal, aku meneruskan kerja memateri (realiti: lab mate aku yang pateri, aku hanya tolong pegang sebab tak nak goyang). Beberapa minit lepas tu, tiba-tiba kedengaran bunyi muzik orchestra dipasang dengan kuat sekali. Sekali lagi, aku berfikir, "Perh, dah 2 group dah ni siap buat amplifier. Takpe2. Sabar. Sat lagi nak siap la tu".



     Dengan mengendahkan beberapa bunyi yang kedengaran di atmosphere ketika itu, aku terus teliti dengan 'memateri'. Time tu, agak riuh rendah jugak la lab. Macam-macam lagu dah orang 'test'. Kalau group yang datang dari negara Botswana tu, diorang pasang lagu hip hop kuat2. "Mentang-mentang korang semua dah siap, boleh pulak nak 'test' amplifier korang tu sekuat-kuat mungkin eh" fikir benakku yang masih lagi boleh bersabar.

     Bila dah habis pateri tu, Alhamdulillah. Syukur Allah memberi kelapangan masa yang cukup. Tiba-tiba, dari jauh, telinga aku sangat sensitif terhadap bunyi double-pedal yang bertubi-tubi. Eh, budak EE (Electrical & Electronics) mana yang dengar lagu metal ni? Awat (kenapa) aku tak kenal pun?. Aku mencari bunyi double-pedal dan heavy riff tersebut, dan mendapati group dari negara Vietnam sedang memasang lagu dari band Bullet For My Valentine untuk diuji pada amplifier mereka. "Takpa Zaid. Past is past. Jangan pandang belakang lama sangat. Setakat lagu Bullet, aku tak heran sangat la. Aku tak berapa suka double-pedal yang tak kena pada beat + suara budak jambu". Sabar...

     Dah siap pateri, group kitorang punya turn pulak nak test amplifier kitorang. Awal-awal lagi, lab mate aku yang berasal dari negara Bangladesh dah ready lagu Eric Clapton. Pastu try test dekat amplifier tersebut. *Senyap......* Huh? Rosak? Circuit connection problem? Aduhhh... "Mr Rajprasad (lecturer)! We can't hear any music on the speaker. We even checked on  the oscilloscope bla..bla..bla.." Kemudian, Mr Rajprasad Rajkumar meningkatkan jumlah electric current pada circuit kitorang tu (bahasa mudah difahami) sehinggalah aku ternampak asap keluar pada salah satu resistor. Boom! Pendek cerita: circuit kitorang rosak. Mr Rajprasad kata circuit kitorang ada problem, so fikir sendiri. Time tu punyalah tension kepala aku. Penat kitorang memikir macam mana nak settle masalah ni. Dalam ke-tension-an berfikir tu, tiba-tiba kali ni aku terdengar rentak muzik yang aku sangat-sangat-sangat kenal dan pada suatu ketika dulu, aku sangat-sangat menggilai. Bunyi double-pedal yang ada frequency tersendiri yang bisa membuatkan sistem badan aku mengeluarkan hormon adrenaline, ditambah dengan riff guitar metal dengan bass yang tinggi sesuai dengan rentak bass pedal drum, tidak syak lagi, inilah antara band yang suatu masa dulu aku gilai dan selalu mempelajari lagu mereka, Lamb of God. "Arghhhh jangan pandang belakang Zaid, jangan pandang belakang Zaid, jangan pandang belakang!". Bertambah-tambah tension aku. Kali ni student dari Pakistan pulak. Aku letak kedua-dua tangan di belakang kepala aku, kemudian aku pandang bawah.


***
Korban

Selamat hari raya eidhul adha! Selamat hari raya haji! Selamat hari raya korban!

     Kita semua tahu dengan jelas kan bila berbicara tentang Raya Eidul Adha, kita sering kali diberitahu tentang kisah Nabi Ibrahim  'alaihi salam dengan anaknya, Nabi Ismail 'alaihi salam dengan tema: korban / sacrifice. Di sini, aku ingin menekankan sejarah Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam dengan tema yang (hampir) sama.


     Aku tertarik dengan kata-kata seorang ustaz ni:


     "Kita lihat pada kisah hidup Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Sebelum dilahirkan, ayahnya meninggal dunia. Ketika baginda masih kecil, emaknya pula meninggalkannya. Datuknya yang begitu penyayang terhadap cucunya pun begitu meninggalkan baginda ketika kecil. Bila baginda sudah berkahwin, isterinya yang sangat disayangi, yang sentiasa berada di samping Rasulullah ketika menerima musibah bertubi-tubi dek tentangan dari kaum musyrik, pula meninggalkan baginda keseorangan.


     Kita lihat pada seerah hidup Rasulullah sangat menyayat hati bukan? Orang-orang yang disayanginya, orang-orang yang berada dekat padanya, orang-orang yang paling kuat dalam memberi semangat kepadanya, kesemuanya pergi meninggalkan baginda sewaktu zaman Mekah. Kerana apa?


     Ada satu pengajaran yang saaaangat besar kita boleh lihat pada seerah Rasulullah ini: Bila orang-orang disekeliling kita yang sentiasa bersama kita, yang sentiasa memberi semangat kepada kita, yang selalu menghulurkan pertolongan kepada kita, pada suatu masa, Allah hendak menarik mereka daripada kita, ketika itu Allah hendak mengajar kita bahawa Allah adalah sebaik-baik pembela untuk kita bergantung segala-galanya."




     Betul. Aku sangat-sangat setuju dengan statement ni.


     Selalau masalah timbul dalam hidup kita, memang fitrah manusia tak lari dari masalah dan kadang-kadang (atau selalunya), kita sedar bahawa masalah yang datang itu adalah berpunca dari kita sendiri. Betul.


     Bila Allah mula menarik nikmat keluarga kita, kita berasa tertekan kerana terasa 'dekat di mata, tapi jauh di hati'. Bila Allah mula menarik nikmat kawan-kawan kita kerana kesibukan kita, kita akan berasa tertekan kerana sudah lama hidup diam bersepi tidak bercakap. Bila Allah mula menarik nikmat masa lapang kita dengan kerja-kerja yang kena hantar esok + test lusa + lab report tulat, kita mula rasa tertekan kerana waktu yang sangat terhad untuk menyiapkan kesemua kerja-kerja tersebut. Bila Allah mula menarik nikmat kesempurnaan dalam kerja kita, kita akan berasa tertekan memikirkan strategi demi strategi yang selalunya tidak mendatangkan kejayaan. Bila Allah mula menarik nikmat kewangan kita, kita akan mula berasa tertekan kerana memikirkan bagaimana untuk meng-optimise-kan wang yang kita ada bersesuaian dengan tenaga yang diperlukan badan. Bila Allah menarik nikmat iman kita, kita akan berasa tertekan kerana setiap ibadah yang dilakukan seperti sia-sia, seolah-olah Allah reject ibadah kita.


     Bayangkan kesemua musibah yang dinyatakan beserta musibah-musibah yang lain, dipadukan dalam bentuk bola, kemudian dicampakkan kepada kita pada waktu yang saaaaaangat tegang. Bagaimana reaksi kita?


     Bila kita memilih untuk membuang perasaan ego kita yang terlampau besar, kita sedar dan tahu benar bahawa kesemua dugaan dan musibah yang menimpa kita bertubi-tubi berpunca, tidak lain tidak bukan, 'akulah yang bersalah'.


     Dah la musibah datang sangat banyak, pastu kita sendiri membuang ego kita dengan mengaku kesemuanya salah kita, seolah-olah kita terasa sangat berat dugaan yang diterima sehinggakan tidak mampu berdiri lagi, apatah lagi hendak berjumpa dengan orang lain untuk meminta pandangan atau consult? Siapa lagi yang harus kita berpaling?


     Sujudlah menghadap Allah. Menangislah sepuas-puasnya. Berbicaralah dengan Allah. Ceritakanlah kepadaNya masalah-masalah kita. 



    Menangislah sepuas-puasnya. Tiada orang yang lebih memahami masalah kita dengan lebih mendalam melainkan Allah, Yang Maha Pengasih.





Fazkuruuni azkurkum

So remember Me; I will remember you 

Ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu 

[2:152]

Posted by Posted by zabed at 12:16 AM
Categories:

 

3 comments:

Mister Mirull said...

thnx for the reminder... dulu ana berfikiran cam enta gak... tp mkin lame dok kat uni omputih celup ni... prinsip2 camtu dah mula pudar sikit demi sikit... akhirnya menjadikan ana orang yang rugi... Astaghfirullahaladzim~

zabed said...

ana melekat pada prinsip: semua masalah yang berlaku adalah berpunca dari diri kita sendiri
[lihat asy-syura(42): 30]

Watak Sampingan said...

sentiasa menarik post nta...
byk tauladannya...
keep it up...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>