Sunday, September 19, 2010


Selamat sejahtera.

     Mungkin post yang paling pendek kot. Yang penting message tu macha.

     Haha kelakar pulak time raya ni banyak gila TV paparkan/siarkan cerita-cerita hantu. 2 3 tahun lepas dulu cerita lawak spastik extreme. Sekarang cerita hantu. Yang lagi lawak, bila ada iklan promote cerita2 ni, dengan waktu bila dan bila, kemudian tiba-tiba disusuli pula dengan slogan (atau 'penyejuk jiwa') "Ceriakan Aidilfitri anda bersama *tuttttt*". Tengok cerita hantu boleh 'ceria'?? Haha tu yang aku gelak tu. "Takutkan/Seramkan Aidilfitri anda bersama *tuttt*".

     Aku pun nak buat iklan gak ah camni.



Ceriakan Aildilfitri anda dengan berpuasa enam!


Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun"
[Hadith riwayat Muslim]



     Ni baru la 'ceria' geng. 30 + 6 = 36 hari. Tak sampai dua bulan pun, tapi boleh dapat ganjaran ibarat setahun berpuasa. Mana tak sengih kita dapat ganjaran free-free macam ni. Dosa kita dah la berlambak-lambak. Ceria tak Aidilfitri kita?



Posted by Posted by zabed at 10:32 AM
Categories:

 

1 comments:

langittasbih said...

:)

mari puasa 6!
insyaAllah hati selalu ceria.
dpt makanan rohani..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>