Monday, July 5, 2010


     Baru-baru ni aku berjumpa atau dengan bahasa orang remaja; melepak dengan sorang kawan aku ni. Kepada kawan aku ni, ko baca title ni pun ko dah boleh agak dah aku nak cerita pasal hang. Haha tapi relax, gua bukan nak malukan ko, tapi gua nak orang yang membaca mengambil pengajaran. Aku dulu pun pikir sama macam hang. Haha alkisah...


     Perbualan ini berlaku pada waktu malam dalam kereta bernombor plate nama blog ini, dalam perjalanan dari Semenyih pulang ke KL.


Gua: Bro, lu nak dengar tak satu lagu yang cukup membakar semangat? Memang ko akan rasa semangat gila lah bila dengar lagu ni.


Farid (bukan nama sebenar): Em boleh la. Aku try dengar.

Kemudian, aku 'on' radio kereta aku dan play CD yang mengandungi lagu yang dimaksudkan itu; Gelombang Keadilan oleh Shoutul Harakah, satu band dari negara seberang, Indonesia.

Dum dum dum dum dum!

Habis je lagu Gelombang Keadilan tersebut, gua terus tanya si Farid.

Gua: Amacam Farid? Ada best? Bakar semangat ko tak lepas dengar lagu ni?

Farid: (dengan muka toya) haha macam lagu ultraman pulak aku dengar.



Hampeh




     Lagu punya lah semangat, membara-bara, boleh dia kata lagu ultraman. Haampehh sungguh. Pastu, aku pikir balik, pikir sejenak, tiba-tiba aku tergelak sorang-sorang. Baru aku teringat. Dulu-dulu first time dengar pun aku pikir lagu ni macam lagu ultraman. Haha apa daa..




Dulu

      Setiap sebulan, akan ada program selama 2 hari yang diberi nama daurah, salah satu program usrah. Daurah lain sikit daripada usrah mingguan, program tersebut membabitkan pelajar-pelajar dari IPT-IPT lain. Setiap daurah akan ada tajuk-tajuk khusus yang akan dibincangkan.

     Kebiasaan orang yang memberi pengisian adalah brader-brader yang masih lagi belajar. Jarang sekali kalau ada pakcik yang datang yang beri pengisian. Aku mula pergi program daurah ni tahun 2009, time tu dah nak habis foundation dah kat UNiM ni. Time tu memang tak serius lagi bab-bab Islam ni, so aku pergi pun kadang-kadang je, and tak bersemangat langsung. tsk tsk tsk.

     Kalau pergi pun bila betul-betul free, dengan gaya tak bersemangat, apa korang expect? Time dengar pengisian tu konferm la terhangguk-hangguk je keje. Atau dengan bahasa lain, mengantuk. Bukan kerana isi kandungan yang boring, bukan kerana penceramah yang tak bersemangat, bahkan penceramah gila bersemangat siap lompat-lompat lagi kadang-kadang tu! Tapi tu la, kalau aku datang pun macam nak tak nak, memang harapan la aku nak take it as a serious matter.

     Well, brader tu seorang yang betul-betul semangat. Memang aku respect dia sampai sekarang. Tapi, kecewa dia tengok kadang-kadang tu ada 2 3 orang yang dah 'terhangguk-hangguk' ni termasuklah aku. Yang bestnya, brader ni bukan buat tak taw atau tak kisah bila ada orang mengantuk, mesti dia ada plan punya nak kasi diorang yang mengantuk ni untuk segar balik. Apa plan tu? Dia suruh kitorang nyanyi lagu. Semua orang sekali. Dia suruh berdiri pastu suruh tengok dekat screen projector tu untuk tengok lirik dia sekali.

     Lagu apa ni? Tak pernah dengar pun. Lagu dari Indonesia, bertajuk Gelombang Keadilan. Aku pun fikir ok lah macam tu. Sekurang-kurangnya aku tak ngantuk.

    Tengok-tengok memang betul aku tak mengantuk pun, sebab, aku menahan gelak.

"Biar betul lagu ni? Macam lagu ultraman je! Pelik aku tengok budak-budak ni boleh bersemangat pulak."

     Memang time tu aku rasa macam lame gila dengar lagu-lagu macam ni. Lagu semangat ape macam ni? Buat orang gelak ade la! Semenjak tu, lagu2 dari band Shoutul Harakah & Izzatul Islam tidak pernah aku cuba untuk dengar dan hayati sampai lah lama-lama aku dah lupa.

     Itu cerita dulu.....


Kini

     Ade sekali tu, aku ikut seorang kawan aku ni pergi kolej dia dekat area Bangi. On the way ke Bangi tu, dia pasang satu CD lagu. Dengar-dengar...

Gua: Eh? Macam pernah dengar lagu ni?? Time kat daurah kan?

Amin (bukan nama sebenar): Haah. Betul la tu. Yang akh Hussin (bukan nama sebenar) pernah play time dia bagi pengisian tu. Alaa selalu je dia play time kat daurah.

Gua: Erm.. (khusyuk mendengar)

Segores luka, di jalan Allah, kan menjadi saksi pengorbanan!

     Ya Allah. Indahnya lagu ni. Bukan irama atau rhythm, tetapi liriknya yang menyentuh hati! Ya Allah, sungguh tenangnya hati mendengar lagu ni.

Mati di jalan Allah adalah... cita-cita kami tertinggi!

      Masya Allah. Semangat sungguh rasanya hati ni nak pergi berkdakwah! Pengorbanan selama ni, penat lelah ke sana sini, hilang terus!

Gua: Eh Amin. Ada lagu yang lain tak? Semangat pulak dengar lagu-lagu band ni!

Amin: Ade-ade. Jap nak tukar.

     Tangan Amin terus menekean button radio nya untuk menukar lagu lain.

Dum dum dum dum!

     Eh, ni la lagu yang aku kata macam lagu Ultraman tu. Gelombang Keadilan!

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

     Urgh! Subhanallah! Membara-bara jiwa ini! Kenapa lagu macam ni boleh aku cakap macam lagu ultraman??

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga
!

     Allahu Akbar! Sungguh aku tersentuh bila dengar lagu ni. Dulu aku dengar tak ada feeling, malah siap kata macam lagu ultraman lagi. Sebab dulu aku tak kenal islam. Sekarang, Alhamdulillah, Allah sahaja Yang memberikan hidayah kepada hamba-hambanya, bila aku dengar lagu ni, aku rasa bersemangat, dan kadang-kadang tu, rasa macam nak menangis pun ada.

     Bukan kerana bunyi orchestra lagu tersebut, bukan kerana instrument musik yang digunakan berkualiti tinggi, bukan kerana suara para penyayi yang merdu, tetapi lirik nya yang memberi maksud yang sungguh mendalam, dan hanya beberapa orang sahaja yang mampu memahami liriknya, sekiranya mereka benar-benar berada di jalan ini, jalan yang dipilih oleh semua Rasul, jalan dakwah.

     Orang kata bila kita feeling dengar sesuatu lagu tu sebab seolah-olah seperti lagu tu melambangkan keadaan kita. Kalau putus cinta, dengar lagu-lagu rock jiwang karat, pastu menangis. Macam tu lah aku rasa bila dengar lagu ni, rasa down kerana dakwah, Allah jualah  yang memberikan kembali semangat untuk terus maju melalui lagu-lagu seperti ini! Allahu Akbar!

Dan selamanya...?

     Sungguh, jalan yang dipilih oleh para Rasul dan sahabat bukannya jalan yang dipenuhi dengan sorakan orang-orang sekeliling, bukannya jalan yang dibentangkan karpet merah, bukannya jalan yang menjamin kehidupan mewah di atas bumi ini, bukannya jalan yang diberi tabik hormat oleh masyarakat sekeliling, bukannya jalan yang senang.

     Sungguh, jalan yang dipilih oleh para Rasul dan sahabat sememangnya merupakan jalan yang dipenuhi dengan tohmahan-tohmahan, caci perli, maki hamun oleh orang-orang sekeliling, sememangnya merupakan jalan yang dibentangkan karpet yang berduri-duri, yang ada bara di bawahnya, sememangnya jalan yang mengakibatkan wang ringgit tidak berada lama dalam kocek seluar, sememangnya merupakan jalan yang diberi tendangan dan sepakan, dipukul dan dihempuk oleh masyarakat sekeliling, sememangnya merupakan jalan yang susah.

    Baru aku paham kenapa budak-budak bersemangat bila dengar lagu ultraman.

     Aku tak nak mengulas panjang, kerana sangat panjang sekiranya ingin diceritakan dengan detail. Jadi, apa yang memotivasikan kami untuk bergerak ke hadapan?

     Semestinya, Jannah Mu Ya Allah!

    Oleh itu, biarpun lagu-lagu seperti ini dirasakan seperti lame dan tak bermakna, namun bagi kami, ia adalah sangat-sangat bermakna untuk terus thabat di jalaan ini. Insya Allah.

Ala bizikrillahi tat mainnal qulub. Dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati manusia =)

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh redha Illahi!




Hayatilah.....LIRIKNYA!

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga


Kata seorang akh kepada aku, Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Posted by Posted by zabed at 9:40 PM
Categories:

 

3 comments:

Aan MI said...

kalau bc entry kau mesti aku touching..
x paham knp..
bgus laa kau zaid..
ishh tp aku rs kdg2 tu ayat kau hiperbola..
jgn laa sampai ckp tak kenal islam..
tp aku faham laa makna terisrat ayat tu sbb kau bold kan...
ermhh...

__dah tak main gitar ekk skrg??

zabed said...

eh bukan hiperbola la, memang betul statement tu.

"kenal islam dengan akal, tak sama dengan kenal islam dengan hati."

besar beza tu.

guitar kadang2 aku main kalau ada orang ajak ke, ade pape ke. retiree sudeyy. haha

Anonymous said...

ahaha..aku ingat ko ketawa time tu...ko xbgtaw apsal..akhrnya aku taw..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>