Wednesday, July 7, 2010


     Sebulan dan beberapa hari lebih telah berlalu semenjak peristiwa Mavi Marmara, sudah setahun beberapa bulan telah berlalu semenjak Israel Zionist menyerang Gaza dan sudah 6 dekad ataupun 62 tahun telah berlalu semenjak Palestin dicerobohi oleh 'puak pengecut'.

62 tahun!

     Umur aku baru 20 tahun. Bagaimana keadaanya kalau aku hidup, menetap dan dilahirkan di Palestin selama 20 tahun ini?? Bagaimana cara aku membesar selama 20 tahun ini??

    Pastinya di mata aku telah menyaksikan mak aku dipukul, dihentak kepala di sana sini, disepak di bahagian perut, ditarik tudung sehingga meronta-ronta meminta belas kasihan oleh anasir-anasir kejam, sedangkan mak aku cuba mempertahankan ketiga-tiga anak-anak yang disayanginya, salah satunya masih berada dalam rahim. Aku hanya mampu melihat, kerana masih muda dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berlindung di sebalik tudungnya, memeluk erat tubuhnya, merasa sejuk kerana di situ aku mampu mencari ketenangan di sebalik kacau-bilau ini.

     Dan pastinya aku melihat bapaku yang telah kehilangan tangan kanannya akibat pertempuran yang lalu, cuba mempertahankan ibuku dari diseksa oleh anasir-anasir tersebut, namun tentera tersebut membalas serangan bapaku sehinggakan beliau terjatuh, disambung oleh ketawa dekah-dekah mereka kerana melihat bapaku cuba untuk bangun beberapa kali namun gagal kerana hilang kestabilan akibat tangannya yang kudung itu. Ibuku pula memanggil-manggil "Ayah! Ayah! Ayah!" Selang beberapa saat selepas itu, bunyi tembakan pistol bergema. Dan itulah detik-detik terakhir aku melihat wajah bapaku, seorang pejuang yang mengorbankan diri kerana keluarganya yang tercinta....

     Kini aku berumur 20 tahun, sudah menjadi asam garam kehidupanku bila mendengar bunyi tembakan, letupan di sana sini, suara jeritan kanak-kanak. 3 tahun yang lepas, ibuku menjadi mangsa korban pengeboman secara besar-besaran di salah sebuah kawasan perumahan yang jauh dari tempat pertempuran. Aku ketika itu berada di medan, mana tahu tiba-tiba si celaka Zionist menyerang kawasan tempat tinggal kami. Aku tidak mampu untuk berasa sedih lagi, kerana inilah yang aku alami sepanjang hidup aku! Kematian, penyeksaan, kezaliman merata-rata!

     Aku hanya mampu berdiri di atas bumi yang terletaknya Masjid Al-Aqsa ini, berharap dan berfikir sejenak,

Di manakah saudara-saudara seislamku di luar sana? Adakah mereka telah pupus? Adakah nasib mereka sama sahaja seperti kami? Israel menyerang negara-negara islam yang lain sehinggakan tiada bantuan dihulurkan? Sekiranya kamu tidak mempedulikan kami, nescaya aku akan meminta dari Allah di akhirat kelak untuk menuntut hak kami dari kamu kerana tidak mengendahkan seruan kami insya Allah!

     Aku menarik nafas panjang. Kemudian, aku berdoa, doa yang pendek, namun sungguh aku berharap dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar..

Ya Allah, himpunkanlah jiwa-jiwa kami, satukanlah jiwa-jiwa kami, umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, agar dengan kebesaranMu, kami mampu menjadikan agama yang diredhaiMu menjadi ustzyatul 'alam

********************
     Berapa banyak masa telah berlalu, namun macam tu jugalah diri kita ini, bak kata pepatah Melayu, hangat-hangat tahi ayam. Bila berlaku sesuatu perkara di luar dugaan, mulalah kita berasa semangat, mulalah kita berasa caring terhadap saudara kita, mulalah kita berasa untuk membela saudara-saudara kita di Palestin sana. Kemudian, selepas beberapa waktu, malah tak sampai sebulan pun, hilang, senyap, buat tak taw, sambung balik ke kehidupan asal. Ingat isu Palestin ni bermusim ka? Astaghfirullahal 'azim.

     Oleh itu, pada post ni aku tak nak mengulas atau berbincang dengan panjang tentang isu ni. Kita sendiri tahu kan? malah siap muak lagi asyik-asyik berbincang pasal ni. ye la, dah 62 tahun kan isu Palestin ni? dah selalu sangat dengar ceramah-ceramah pasal Palestin ni kan?

     Bagi mereka yang masih lagi mengambil berat tentang saudara kita yang sedang menderita di sana, ingatlah, JANGAN LUPUT! Jangan luput dari memperjuangkan hak mereka ke atas kita! Jangan luput dari memperjuangkan hak Allah ke atas kita!

    Jadi, bagi yang memboikot barangan Israel, teruskan, biarpun minoriti yang melakukannya tetapi Allah memandang pengorbanan kita kerana berjaya melawan nafsu. Jika Allah menolong kamu, nescaya tiada apa yang dapat mengalahkanmu..
    Bagi yang menginfaqkan harta mereka, teruskan usaha melabur saham anda untuk akhirat kelak. Insya Allah, Allah pasti akan menggantikan harta-harta yang telah kita infaq tu. Tak percaya? Bukak Surah Saba' (34), ayat 39. Siapa yang rugi sekarang? Orang yang simpan harta, tapi tak membelanjakannya di jalan Allah atau orang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, kemudian Allah menggantikannya semula?

    Bagi yang berdoa sahaja , teruskan berdoa, selepas solat fardhu, selepas solat sunat, semasa memandu kereta, semasa berjalan-jalan tak buat pape, dan kalau boleh, include sekali doa lebih kurang macam ni ke:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku seorang hamba yang lemah, yang tidak mampu untuk menyertai muslimin lain yang memboikot barangan israel, yang tidak mampu untuk menginfaq hartaku kepada saudara-saudaraku di Palestin, oleh itu, tetapkanlah aku pada jalanMu, kuatkanlah jiwaku untuk melawan nafsuku, murahkanlah rezekiku agar aku mampu menginfaqkan kesemuanya pada jalanMu.

     *sila click pada link ini untuk membaca post2 aku berkaitan isu Palestin.
     *kalau korang perlukan 'booster', aku challenge korang baca cerpen yang sangat hebat (pasti bukan karya aku), Mana Tuhan Kamu?

     Sebelum mengakhiri, aku nak selitkan satu lagu dari Shoutul Harakah, boleh juga dianggap sebagai 'Lagu Ultraman' (sila baca dulu sebelum membuat apa-apa spekulasi). Sekali lagi, hayatilah...LIRIKNYA!

Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Hahahahahahahahahahaa
Hahahahahahahahahahaa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka



akhir kata, moga Allah meredhai usaha-usaha kita insya Allah. ALLAHU AKBAR!

Posted by Posted by zabed at 6:37 AM
Categories:

 

2 comments:

Aan MI said...

again..
T___T

zabed said...

ehhh jangan la bersedih or touching sangat. yang penting, amal! action! tindakan!

:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>