Bismillahirrahmanirrahim
Krennngggggkk! Pak guard terus mengangkat palang besi, membenarkan aku masuk. Kemudian, aku terus memijak accelerator, masuk ke kawasan Taman TS5. Tiba-tiba kedengaran pak guard tu menjerit, "Hey! Hey!". Ah sudah. Mentang-mentang dah tahun baru terus nak check sticker kereta pulak. Sebelum ni tak check pun. Tak sempat break, hanya mampu melihat apa yang pak guard tu nak cakap. Kemudian, dia sambung menjerit lagi, "Happy new year bro!!". bikin saspen betul la mamat ni.
Tahun Baru, Azam Baru 1
Tolak fireworks, tolak enjoy di tengah-tengah KL, tolak countdown sampai pukul 12, tolak tolak tolak tolak benda-benda yang berunsur bersuka-ria atau hedonisme, antara perkara yang biasa berlaku pabila bermulanya tahun baru pada Gregorian calendar ialah
azam baru
I wish.. I wish.. I wish..
"Tahun ni nak belajar bersungguh-sungguh. Tak nak jadi macam tahun lepas."
"Kali ni, nak memperluaskan lagi bidang perniagaan aku, sampai ke sebelah sana pulak"
"Azam tahun baru kali ni nak menjadi lebih famous di universiti aku. Ahhhh!" [extract dari surat khabar hari Ahad]
"Tahun baru azam baru! Yeahhh! Semangat semangat! Berubah dari tahun lepas! Henshin!"
Azam baru, bermaksud, berbeza dari sebelum ni, suatu bentuk pencapaian, suatu bentuk perpindahan. Ye ke?
Pada mulanya, aku ingat nak post tajuk ni pada maal hijrah beberapa bulan yang lepas, tetapi, lebih ramai yang prefer tahun baru pada Gregorian calendar sebagai benchmark atau titik-tolak mereka. Tapi, sama je kan? New Year ke, Tahun Baru China ke, Maal Hijrah, masuk sem 2 sekalipun kebanyakan orang akan menjadikan waktu-waktu tersebut sebagai titik-tolak kepada azam atau perubahan yang bakal di-implementasi.
Hijrah
Hijrah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud meninggalkan suatu tempat untuk menuju ke tempat lain.
[Hasnan bin Kasan, Panel Penulis JAKIM]
Kita lihat pada peristiwa hijrah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.
Kita semua sedia maklum bahawa keadaan golongan awal memeluk islam (baca: menyerah diri kepada Allah) di Mekah adalah sangat menyedihkan. Mereka diseksa, mereka dipulau, mereka dihina, dicaci dan sebagainya. Kehidupan mereka betul-betul diancam, ke mana sahaja mereka pergi.
Selepas 13 tahun, turunlah wahyu menyatakan bahawa perlunya perpindahan atau hijrah dari Mekah ke Madinah. Kita semua juga sedia maklum beberapa advantage atau kelebihan dengan berhijrah ke Madinah. Selamatkan diri, selamatkan islam, perintah dari Allah dan sebagainya.
Mudahkan kalau kita bercakap dari pihak ketiga? Cuba, kalau kita bercakap dari pihak pertama, atau kita membayangkan keadaan sekiranya kita lah golongan awal tersebut yang perlu berpindah dari Mekah ke Madinah.
Betul, kalau kita berpindah ke tempat lain, kita akan selamat dari gangguan dan seksaan, kita tahu benar lebih banyak kelebihannya sekiranya kita berpindah daripada tinggal di tempat yang tidak aman ni. Tapi, fikir balik, aishhh. Berat hati pulak.
Ni kampung halaman aku. Ni tempat kelahiran aku. Aku dibesarkan di sini, aku menjadi remaja di sini, aku menjadi matang di sini, aku mengenal islam juga di sini. Aku ada ramai kenalan di sini. Semua tempat kat kawasan ni aku dah pernah pergi. Cukup aku kenal selok-belok kawasan ni. Berbagai-bagai jenis pengalaman aku dapat kat sini, manis mahupun pahit. Seolah-olah, seumur hidup aku tidak pernah terfikir bahwa pada suatu hari nanti aku perlu pindah ke tempat lain. Dengan erti kata lain, tempat ini merupakan salah satu bentuk definisi untuk diri aku.
Macam kita lah kan. Kenapa tak pindah dok negara-negara kat luar sana yang lebih modern dan lebih menarik? Gaji pun lebih masyuk. Gaji sapu sampah bersamaan dengan gaji seorang cikgu kat sini. Kenapa? Sebab kita dah selesa kan duduk kat Malaysia walaupun macam-macam masalah yang ada kat sini, tak modern,
first class facility, 3rd class mentality etc ?
Sama sahaja seperti mereka pada zaman Mekah. Mereka dah selesa tinggal di kampung halaman mereka, betapa beratnya hati mereka untuk meninggalkan tempat kelahiran mereka sehinggakan salah seorang sahabat mendendangkan syair berkisar Mekah semasa di Madinah mengakibatkan beberapa sahabat yang lain sedih mengingatkan kampung halaman mereka.
Kenapa mereka,
bersusah-payah ?
*****
Tahun 2 Hijrah, bermulanya perang pertama dalam sejarah islam, perang Badar. 313 tentera islam berlawan 1000 orang tentera musyrikin Mekah. Malah, ada di kalangan tentera islam hanya membawa pelepah tamar (kurma) sahaja kerana tidak mampu untuk memiliki pedang. Tentera musyrikin, dengan pedang berkilau dan tombak-tombak yang tajam, dengan satu set lengkap pakaian besi, pengangkutan yang banyak seperti kuda dan unta dan makanan mewah-mewah semasa hendak berperang.
Tentera islam tahu benar kondisi atau keadaan musuh mereka yang lengkap dengan peralatan berperang berbanding mereka yang hampir tidak memiliki apa-apa. Secara theoretically-nya, tentera islam akan kalah. Pelik kan tengok mereka, tentera islam ni. Dah la baru 2 tahun berpindah dari kampung halaman, pastu berperang pula dengan orang-orang dari kampung halaman mereka, malah ada saudara-saudara sekandung mereka sendiri. Mengapa.....?
Kenapa mereka, bersungguh-sungguh ?
Susah Payah & Bersungguh-sungguh
Dalam bahasa Arab, susah-payah disebut sebagai jahdu. Bersungguh-sungguh pula disebut sebagai juhdu. Kedua-dua perkataan jahdu & juhdu adalah asal perkataan kepada...
JIHAD
Haaa takut takut. Sebut jihad je, ingat perang. Sebut jihad je, ingat terrorisme. Sebut jihad je, ingat pengeboman berani mati. Sebut jihad je, ingat September 11. Dan berbagai lagi perkara negatif.
Hakikatnya, asal maksud perkataan jihad berasal dari 2 perkataan; bersusah-payah & bersungguh-sungguh.
Apa Kaitan?
Ramai orang boleh menyuarakan azam mereka pada setiap tahun baru. Tahun ni nak buat ni. Masuk tahun depan, azam yang lebih
up pula. Senang cerita, ramai yang boleh cakap lebat, kencang bila berbicara tentang azam-azam mereka. Pada awalnya, boleh nampak yang kita bersemangat betul-betul dengan apa yang kita cakap pada 1hb Januari. Kemudian, macam biasa. Slow. Lupa terus azam. Tak ada
stamina. Tetapi, berapa ramai pula yang sanggup
berjihad (baca: bersusah-payah & bersungguh-sungguh)
untuk azam mereka?
[1] Orang Jepun pada zaman dahulu, pernah berdoa, "Ya Tuhan! Berikanlah aku kesusahan & cabaran!"
[2]
Rain, seorang artis dari Korea, yang telah mem-popular-kan dirinya di seluruh dunia, pada awal kehidupannya bukanlah orang yang berada atau
mid-class sekalipun. Rumahnya hanya berlantaikan simen yang sejuk, sehinggakan detik-detik terakhir emaknya hanya berlantaikan simen tersebut, tanpa alas atau pelapik. Bertitik-tolak dari peristiwa kematian emaknya, beliau
bersusah-payah &
bersungguh-sungguh untuk mengejar azamnya, walaupun orang di sekeliling mengkritiknya kerana
han yang terlampau hina.
(note: han dengan kata lain adalah unfinished business dalam budaya Korea. Contoh dalam cerita Rain, han beliau ialah beliau tidak dapat melayan ibunya dengan sebaik mungkin semasa jangka hayatnya. Disebabkan unfinished business beliau terhadap ibunya, beliau berazam untuk menggantikan unfinished business tersebut dengan menjadikan dirinya seorang artis terkenal, sebagaimana beliau berjanji dengan ibunya ketika detik-detik terakhir)
[3] Adolf Hitler, ketika ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1923, menulis buku yang merupakan ideologi kepada Nazi,
Mein Kampf (My
Struggle). Pada tahun 1934, beliau merupakan
Führer und Reichskanzler atau dengan bahasa yang kita faham, presiden atau ketua negara German.
[4] Kerajaan islam yang pertama dalam sejarah ialah Madinah al-Munawwarah. Selepas orang-orang islam bersusah-payah meninggalkan kampung halaman mereka sendiri dan berhijrah ke Yathrib (Madinah), akhirnya mereka berjaya membina kerajaan islam di sana. Pada perang Badar, orang-orang islam sanggup bersusah-payah malah, bersungguh-sungguh walaupun bilangan tentera yang sedikit, ditambah lagi dengan kelengkapan berperang yang mundur, tambahan, mereka sedang berpuasa pula ketika itu. Akhirnya? Mereka juga yang menang!
Tahun Baru, Azam Baru 2
|
f(x) = jihad |
Tak kira lah hari apa-apa pun, waktu mana pun, bermulanya titik-tolak, atau niat perpindahan kita (Hijrah), pasti akan disusuli dengan jihad. Kita pasti akan diuji. Sebab tu, tak ramai yang betul-betul boleh mendapat impian mereka sebagaimana yang mereka berapi-api menyatakan azam mereka dulu.
Apa azam kita kali ini? Apa-apapun azam kita, mudah-mudahan adalah sesuatu yang mampu mengejar keredhaan Allah, bukan sebaliknya. Berusahalah, Allah bersama hamba-hambaNya yang bersabar.
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (pangkat/darjat). Dan berikanlah berita gembira kepada...
orang-orang yang sabar
[Al-Baqarah (2): 155]
Bonus: Gunung Nuang
Sedang aku membelah kayu api dengan menggunakan parang, tiba-tiba layunan aku terkena tangan kanan aku. Tiba-tiba ada seorang ikhwah atau brader terkejut, "Uish ya Allah!". Aku tengok, alhamdulillah. Calar sikit je. Pastu, aku sengaja bermain-main dengan menghayun-hayunkan parang tersebut, simbolik seperti saja nak kenakan ikhwah tersebut, seolah-olah hayunan parang itu tidak mampu mencederakan tangan aku. Sedang aku bermain-main dengan parang tersebut, sengaja mencuba dengan menghayunkan ke arah kayu api tadi, dengan takdir Allah, hayunan parang tersebut tidak mengenai kayu, tetapi terkena jari tangan kiri aku. Sekali tengok, hesh, calar sikit jugak ni, cuma makin besar sikit je. Sikit je? Tengok betul-betul kat luka tersebut, Ya Allah. Ternampak tulang jari aku! Terkejut aku bila tengok darah mula mengalir!
Memandangkan itu adalah pertama kali, aku benar-benar blur atau tidak tahu langsung untuk buat apa dengan kecederaan sebegini. Tiba-tiba, ada ikhwah lain kata, "Pergi basuh guna air! Pergi basuh guna air dulu!". Aku pun pergi ke muara sungai, membasuh luka tersebut. Berkali-kali basuh, darah tetap mengalir. Kemudian, sekali lagi aku blur nak buat apa. Toleh ke belakang, kelihatan seorang ikhwah bergegas ke arah aku dengan membawa iodine, kapas & plaster. Beliau sendiri yang menyapu iodine pada jari aku, kemudian meletakkan plaster. Alhamdulillah, lega sikit. Namun, darah masih lagi mengalir, di celah-celah plaster tersebut. Muncul pula ikhwah yang lain yang merupakan pelajar perubatan tahun ketiga, dengan membalut luka tersebut dengan kapas dan kain pembalut. Dengan kekuasaan Allah, darah tersebut berhenti mengalir. Alhamdulillah.... *Pedih*
Saudara-saudara yang dirahmati Allah,
Dalam kesibukan kita mengejar impian kita, azam kita, penghijrahan kita, pentingnya mereka-mereka yang di sekeliling kita yang boleh dipercayai, saudara-saudara se-aqidah kita, kawan-kawan kita, semasa perjalanan kita untuk berhijrah. Di saat kita kecundang, di saat kita menimpa dugaan, di saat kita dilukai, mereka-mereka yang boleh dipercayai akan datang dan membantu kita, agar kita bangkit semula, mengejar kembali ke arah destinasi kita. Sama seperti seerah, saat ketika orang-orang islam di Mekah berberat hati untuk berhijrah ke Madinah, orang-orang islam di Madinah juga yang menolong mereka dengan menyediakan pelbagai bentuk kemudahan agar beban mereka dikongsi bersama. Pentingnya ukhuwwah, indahnya ukhuwwah, manisnya ukhuwwah bukan ketika kita menerima, tetapi ketika kita memberi.
|
Gunung Nuang |
|
Masjid Putrajaya |
|
Port Dikcson |
|
|
|
*dua kali panjat gunung nuang, 2 benda yang aku belajar; jihad & ukhuwwah
Wallahu'alam bis sowab
2 comments:
post zabed tak pernah mengecewakan :)
aku tengok layout blog ko pun tak pernah mengecewakan :)
Post a Comment