Monday, January 24, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



"Oh dah habis exam. Tawakal je la sekarang."


     Dari sekolah rendah habis UPSR, masuk sekolah menengah habis PMR, pastu pindah pulak sekolah asrama penuh sampai SPM, pastu masuk kolej persediaan, pastu masuk universiti, bahkan dari zaman dulu-dulu lagi, kalau bahas tentang tawakal memang tak pernah habis.

     Thus, macam mana "orang-orang macam kita", yang bukannya dari sekolah pondok, nak senang faham erti tawakkal sebenar? *Perh, cara aku cakap macam ustaz yang power pulak. Haha mengundang*


"Berserah diri kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh"


     Ni aku recap  balik jawapan untuk Pendidikan Islam SPM. Berserah diri kepada Allah, yes, berserah diri, ramai orang faham habis sahaja segala usaha penat lelah yang kita curahkan, hanya menunggu keputusan, time tu barulah kita 'memperbanyakkan ibadah kita, banyak berdoa kepada Allah, bangun malam tiap-tiap hari untuk solat hajat' etc.

     Namun, sejauh mana, atau selama mana tempoh waktu kita berserah diri kepada Allah tersebut? Adakah sehingga keputusan diperoleh kemudian kita berhenti berserah??? *Sekali lagi terasa macam ustaz yang pum pam pum pam kat ceramah agama*

     What if, sekiranya, keputusan yang diperoleh adalah 180 darjah berbeza daripada apa yang diharapkan? Penat-penat lelah berusaha, penat-penat lelah berdoa, keputusan yang diperoleh adalah yang tidak DIHARAPKAN LANGSUNG!




     Sia-sia je kan kita bangun malam setiap hari, habis solat berdoa? Kalaulah itu yang kita faham dengan konsep tawakal, LEBIH BAIK TAK PAYAH BERTAWAKKAL! Habis usaha, lebih baik aku enjoy je hidup aku. Kan??


The pens have been lifted and the ink of the pages has dried up.

Pena telah diangkat, dakwat telah pun kering.

[Riwayat At-Tirmidzi]


     Ni satu lagi masalah bila bincang tentang tawakal 'yang dipahami ramai'; TAKDIR. Sampai bila-bila bincang pun takkan habis. Ok FULLSTOP!

     Allah yang menentukan takdir untuk kita sehinggalah kita mati, jadi, persoalan yang biasa diungkapkan bila berbahas tentang tawakal ialah, "buat apat bertawakal kalau Allah dah tentukan kesemuanya?". Ok FULLSTOP! Ni bincang sampai bila-bila pun tak habis, dan aku tak mengharapkan orang comment persoalkan tentang takdir.

      Oleh itu, sekali lagi, kembali kepada persoalan awal-awal, bagaimana 'orang-orang macam kita' nak memahami konsep tawakal?

       Ada berbagai-bagai konsep tawakal yang dikemukakan oleh imam-imam yang masyhur, dan kesemuanya dengan tema yang sama. Kenal Imam Al-Ghazali? Antara salah satu bentuk definisi tentang tawakal menurut beliau, yang kemudian diterjemah oleh kepala aku sendiri ialah kita berasa happy atau gembira dengan ketentuan Allah.

     Happy? Gembira? Bahagia? Puas? Atau dengan kata lain, kita benar-benar redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan, kita benaar-benar berasa gembira dengan keputusan yang diberikanNya. Nah! Senang kan nak paham?

     Berusaha bersungguh-sungguh, kemudian menunggu keputusan. Kita pun, berserah diri kepada Allah, dengan ibadah-ibadah yang disebutkan, kemudian keputusan yang diperoleh adalah 100% bertentangan dengan harapan. Kita tawakal, kemudian kita bergembira melompat kerana kita tahu, pemberian dari Allah, itulah the best!

     Sama sahaja untuk orang-orang yang tak berusaha. Dapat keputusan yang betul-betul 100% bertepatan dengan usaha kita, kita melompat kegembiraan kerana kita tahu, pemberian dari Allah, itulah the best!


Ketika Haram bin Milhan radhiyyallahu anhu ditusuk dengan tombak, tombak diambil dari tubuhnya, dan ia melihat darah mengucur dari tubuhnya, ia malah berkata, "Demi Allah, aku beruntung."

[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad]


     Segala bentuk keputusan atau takdir yang Allah tetapkan untuk aku, walau keputusan itu bertentangan dengan harapan dan usaha kebersungguhan aku, itulah the best!

     *Sapa-sapa yang perlukan penjelasan lebih lanjut, boleh refer article Kisah Kermit, khas untuk rakan-rakan yang tak lepas fly.


     Pengajaran; sentiasalah husnu dzon dengan Allah. [Bersangka baik dengan ketentuanNya]



Who created death and life to test you; which of you is best in deed.

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.

[Al-Mulk (67): 2]


Teks asal definisi tawakal menurut Imam Al-Ghazali:

"Menyandarkan diri kepada Allah dalam menghadapi setiap kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana, dengan jiwa yang tenang dan hati yang tenteram."


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 2:51 PM
Categories:

 

5 comments:

Catheeya said...

Alhamdulillah :)

Anonymous said...

salam....
hurm..mcam mana ek bila kita rasa kita tak bg yang terbaik yang kita boleh pastu rasa malu dgn Allah utk bertawakal.sbb konsep tawakal kan selepas kita berusaha bersungguh2.so how?

zabed said...

zarith: Alhamdulillah~ (lagu maher zain)

anon: nak malu dengan Allah pun kena bertempat jugak. Jangan disebabkan terlalu malu dengan Allah, sehinggakan nak bertaubat atau memohon pertolongan dari Allah pun tak berani. Kan dah rugi dah 'malu' kita yang tak bertempat tu?

Anonymous said...

ni ikut ape yg saya phm..bile bace blog ustaz2 yg hebat2..hehe

bile kita da berusaha sungguh2, then kita berdoa supaya usaha kita diterima Allah, diredhaiNYA --> tawakkal

bile kite da dpt keputusan exam (baik @ tidak), kite tetap bersyukur and gembira dgn ape yg kite terima --> redha (rase cukup dgn nikmat Allah)

wallahua'lam

-org KL-

zabed said...

orang KL: betul tu! jazaakallahu khair!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>