Sunday, October 30, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim.


     Pagi tadi aku ikut mak aku pergi beli barang rumah kat supermarket. Habis beli barang, aku tolak troli ke arah kereta. Dalam perjalanan, aku nampak seorang budak kecik ni. Dia dok syok bermain-main dengan air pancut-pancut tu. Tengah-tengah panas tengahari. Mak bapak dia layan je la.

     Serius best kalau dapat jadi macam budak tu. Tengah-tengah panas ni main air. Perh. Tak ada sapa nak gelakkan budak tu. Pak guard pun paham sampai tak perlu untuk menghalau budak kecik tu. Orang ramai yang lalu lalang pun buat biasa je. Budak tu lagi la. Main dengan happy sungguh. Tak rasa malu langsung. Seperti tak diminta pertanggungjawaban atas setiap perkara yang dilakukan.

       Budak kecik......hangpa pun tau la kan. Depa ni bukannya boleh pikiaq lagi. Anugerah akal yang waras masih lagi di tahap tak matang. Bagi la macam-macam benda pun, depa ni pikiaq nak main ja. Gigit sana, gigit sini. Ouch.

        Kadang berlaku lintasan hati. Aku bersyukur sekiranya aku mati pada usia tidak baligh lagi. Free-free je masuk syurga. Tentulah, mereka ni tidak diminta pertanggungjawaban atas nikmat-nikmat yang diberikan.


        Yang peliknya, bila otak kita dah waras, makin banyak benda yang kita minta dari Allah. Macam-macam permintaan pelik-pelik kita pinta. Bukan nak kata salah, cuma lagi banyak benda yang kita dapat, lagi banyak tanggungjawab akan dipersoalkan kelak.


With great power comes with great responsibility  [Uncle Ben, Spiderman 2002 ]


         Orang kafir lagi lah. Betapa menyesalnya mereka di akhirat kelak sehinggakan mereka bukan sahaja tak nak jadi budak kecik, tetapi kalau boleh nak jadi tanah terus. Langsung tak punyai apa-apa. Habuk pun.




إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
[An-Naba' (78): 40]






      Perut yang kosong, kalau disuapkan nasi kosong pun dah sedap. Dapat kicap Habhal manis pun boleh menangis.

Posted by Posted by zabed at 7:38 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>