Bismillaahirrahmaanirraahiim
Salaam 'alaikum. Ni 'random thoughts' yang berlaku pada jumaat lepas. Kalau dah nama pun cerita, jangan harap cerita ni 100% betul. Ape-apepun, dah lama tak update blog, rasa bersalah.
Pada malam hari jumaat, ada beberapa brader ajak 'lepak' kat serdang lepas isya'. Lepas dapat sms tu, aku terus mandi dan bersiap nak solat maghrib kat surau berdekatan dengan kawasan rumah sewa. Selesai solat maghrib, macam kebiasaan surau-surau atau masjid-masjid di malaysia, mesti berselawat sambil bersalam 'ikut barisan'.
Dengan muka yang diisi dengan senyuman dan kasih sayang (*puking ), aku salam sorang pakcik ni. Pakcik tu pandang muka aku dengan wajah yang sangat-sangat tidak ceria dan macam nak mengamuk. Melihat ekspressi wajah pakcik tersebut, aku menggenggam erat tanggannya semasa bersalam sambil berkata "AS SAA LAA MU A LAI KUM!!" dengan nada suara yang tinggi. Pakcik tu terkejut. Aku pun cepat-cepat blah dari surau tu takut apa-apa terjadi.
Aku buat camtu sebab "pesal kau salam-salam orang lepas solat tapi muka macam tak puas hati je? Bersalam-salaman ni kan bertujuan untuk bermesra dengan manusia lain? Baik tak payah salam langsung kalau muka macam nak mintak penampar je! "
Masuk kereta, terus gerak ke serdang sorang-sorang. Habis solat isya' di serdang, dapat sms kata tangguh pukul 10 pulak. Tengok jam, masih ada 45 minit lagi. Orait, sempat lagi nak dinner ni. Restoran sebelah je dengan surau. Sambil membawa sebuah Quran kecik, aku berjalan ke arah restoran tersebut yang penuh padat dengan 1001 jenis manusia. Serius first time tengok restoran ni penuh dengan orang. Jakun jap.
Duduk je, terus ada sorang pekerja ni pergi ke arah meja aku. Aku senyum tengok brader tu. Brader tu pun membalas senyuman yang lebih mesra. Haa. Ni baru betul jang. Baru lah namanya sedekah. Ke brader tu senyum sebab nampak aku pakai kopiah dengan janggut panjang ditambah lagi atas meja ada sebuah Quran? Seluar jeans tu lain cerita la. Haha gurau-gurau la bro. Berdosa besar aku sekiranya itu tujuan aku mengikut sunnah.
Lepas order, aku melihat sekeliling restoran seperti orang freak atau stalker . Bising gila restoran tu sebab ramai sangat, ditambah lagi dengan gaya pelik-pelik individu-individu yang berada di situ. Tiba-tiba hati tergerak untuk membaca maksud surah As-Sajdah, memandangkan tu surah feveret.
Aku terus membaca maksud, sehinggalah tersentak dengan 'ketukan' pada ayat ketiga.
Bergetar hati. Tertunduk sekejap. Muhasabah balik. Kemudian pandanganku teralih ke arah timur laut, kelihatan seorang perempuan Melayu tidak bertudung dan berseluar pendek. Lihat ke arah barat laut pulak, juga seorang perempuan Melayu, bertudung belit-belit, tapi pakaian tetap menampakkan tubuh badan jugak. Melihat ke arah hadapan, seorang lelaki Melayu dengan t-shirt tertera perkataan "Behemoth" (blackmetal). Di sebelah kanan pula, sepasang suami isteri Melayu yang tidak menutup aurat sedang mendidik anak-anak mereka.
Geleng kepala. Tapi jelas di ayat tadi bahawa sebenarnya tak boleh nak salahkan mereka 100% atas kesilapan mereka kerana mereka ini orang yang tidak tahu. Tak boleh nak menghukum sesuka hati. Tak boleh nak cakap "buat apa pakai tudung kalau pakaian masih ketat?", tak boleh juga nak cakap "kalau mak bapak pun camni, jangan salahkan orang lain la kalau anak-anak jadi macam set** bila dah besar nanti". Dan sama sahaja kes aku dengan pakcik kat surau tadi. Hakikatnya, mereka tidak tahu. Dan lebih parah lagi, tak ada orang yang nak beri peringatan kepada mereka.
Astaghfirullah. Istighfar banyak kali. Lupa daratan betul aku ni. 3 tahun yang lepas aku pun seperti mereka. Berseluar pendek dan t-shirt band metal, pastu ke hulu hilir ke Annexe Hall di Pasar Seni semata-mata nak tengok gig-gig metal. Pastu head banging. Langgar sana, langgar sini, laki ke perempuan ke langgar je. Janji ada feel.
Termenung sekejap. Waktu tu, sapa je lah nak tolong dakwah orang-orang macam kami ni. Yang selalu dengar caci-caci macam tadi la. The so-called serbanistas ni tau nak hukum-hukum, marah-marah, jeling maut je. Bukannya kami ni tak nak islam. Bukannya kami ni beriya-iya nak masuk neraka. Hakikatnya kami memang dahagakan sinar islam. Kami tercari-cari ketenangan dalam hati ni. Luaran gila-gila, dalaman tak happy bro. Banyak masalah serabut jiwa. Tak ada orang yang nak dakwah kami secara hikmah waktu tu. Alhamdulillah, takdir Allah, muncul juga seorang murabbi (brader usrah) yang juga seorang ex-rockstar, datang kepada kami dan menceritakan tentang islam. Mahasuci Allah yang melembutkan hati-hati yang sekeras batu.
"agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu"
Sungguh aku rasa bersalah gila dengan pakcik surau tu. Sambil aku makan, sambil aku kenang bagaimana cara kita rakyat malaysia berdakwah. Isu buang anak merata hanya disalahkan kepada ibu bayi-bayi tersebut. Isu JAIS & gereja hanya disalahkan kepada paderi-paderi dan ibu-ibu tunggal muslim. Isu Lina Joy hanya disalahkan kepada Lina Joy sahaja. Remaja yang makin gah dengan hiburan pun hanya disalahkan kepada kerajaan sahaja. Semua orang pun salah, kau sorang je betul. Kau sorang je tuhan, yang tak buat salah.
Dude, kalau dah rasa pandai sangat, cerdik gila a.k.a "orang yang tahu", kenapa tak "memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan"?
Kita tahu, maka kita mengajar mereka yang tidak tahu. Itu sifir mudah. Itu fenomena normal di bumi ni. Kita tahu dan mencaci pula orang yang tidak tahu, kan zalim namanya tu? Ada power tapi salah gunakan. Hosni Mubarak betul la kita ni.
Selesai makan, dapat sms berbunyi, "Akhi, anta kat mana?". Aku bingkas bangun, lap mulut dan berjalan ke arah kereta. Bila dah masuk kereta, tiba-tiba aku macam teringat suatu perkara yang sangat penting. Apa dia eh? Ade aku buat salah ke tadi? Ada tafsiran yang lebih dalam ke selain dari ayat ke 3 tadi? Tup tap tup tap tup tap...........................................
.......
.......
.......
.....
...
...
...
..
..
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU LUPA NAK BAYAR PULAK!!!!
Tammat.
p/s:
1. Jangan salah anggap bahawa post ini bertujuan untuk menghalalkan dosa kita dengan alasan "Allah tak turunkan hidayah kat aku lagi".
2. Bukan semua yang berpakaian serban adalah teruk, perkataan 'serbanistas' ditujukan kepada mereka yang melebihkan penampilan luaran berbanding dalaman.
2 comments:
wow~~da bayar lom bro??
syurga kt dunia ni bukan bayar ngan pahala tau..tapi ngan duit..hahaha..:P
kiddin...
dah kot. insyaAllah. haha
Post a Comment