Bismillaahirrahmaanirrahiim..
culture shock versi sponge bob |
“Fok! This is tasty!”
“What? (do) you need another fork?”
“No no! I said, ‘fok! this is tasty!’” dengan muka senyum.
Aku bingung jap. Sedap sangat ke nasi goreng tomyam ni sampai perlu 2 garfu? Walaupun aku tak berapa faham budaya orang-orang dari negara dia, aku cuba untuk buat-buat faham,
“bro, you can get your extra fork over there” sambil menunjuk ke arah kaunter cashier.
“No no no no!” menggeleng kepala seganas mungkin.
“Hear me once. I said, “ sambil menunjuk ke arah pinggan dia, “This food is foking tasty!”
Aku terkaku jap. Mamat ni culture shock ke? Dulu waktu mula-mula kenal dia, dia ni agak ‘warak’. Warak versi Christian. Asal terkejut sikit terus cakap, “Jesus!”. Kalau cakap benda cool sekali pun dia akan cakap, “Jesus!”.
Dulu pernah dia bercerita dekat aku dan sorang kawan ni tentang agama Christian. Walla. Memang kuat agama betoi dia ni. Berpegang habis dengan prinsip-prinsip kristian. Warak tak warak, ada sekali tu kantoi dia dengar lagu hip hop yang banyak mencarut dan aku pun terus tanya pendapat dia (ala-ala wakenabeb) tentang pegangan kristian tentang lagu-lagu macam ni. Dia jawab,
Don’t get this wrong bro. I just love the beats, rhythm, rapping etc., not those bad words.
Coooooooool. Just the beats huh? Sekarang ni? Mak aih. Seriously, aku ingat budak-budak melayu je boleh pakai term culture shock ni, rupanya orang yang berlainan 180˚ ciri-ciri budaya kita pun boleh culture shock.
“So now you’re a gangsta huh?”
“Yeaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh!”
Kemudian kami saling bertumbukan (buku lima bertemu buku lima) sambil aku melihat rantai leher bling-bling yang baru dipakai hari ni.
Qarun pun culture shock jugak. Dulu punyalah rajin ibadah, soleh, selalu menceritakan masalahnya kepada Nabi Musa ‘alaihi salam . Bila diberi kesenangan kekayaan yang berganda-ganda, tu diaaaaaaaaaaaaaa. Culture shock habis.
Kita selalu dengar kisah Rasulullah dan sahabat yang berjihad dan diuji habis-habisan sehinggakan wujud kerajaan islam yang memayungi 2/3 dunia selepas beberapa abad. Bila kerajaan islam terlalu bersenang-lenang dengan kekayaan dan kemewahan, tentera Mongol menyerang sehingga habis ranap kerajaan Abbasiyah.
Ramai yang mendoakan agar diberi kesenangan, tapi berapa ramai yang sedar kesenangan pun adalah ujian? Aku rasa ujian kesenangan lagi berat dan bahaya dari ujian kesusahan atau mudarat.
Kalau kita buat salah pastu kena lempang, normal la tu. Sekurangnya kita tau kita salah walaupun pedih. Kalau insaf, tu dia maiii dah kemanisan iman untuk merawat sakit kena lempang tadi. Kalau kita buat salah tapi diberi duit dan kekayaan, makin la kita berterusan buat salah. Lagi teruk bila kita syok sendiri dengan kesalahan tersebut (Muntalaq: futur yang dihiasi), makin bertambah-tambah kesalahan dan berterusan pulak tu. Nampak sangat macam Allah tinggalkan kita, dah tak kisah langsung dah pasal kita. Abaikan kita. Tak sayang kita. THAT IS DEADLY! Naudzubillahi min zaalik.
Bersenang-lenanglah kamu dengan kekafiranmu [39:8]
..maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya [9:24]
Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? [9:38]
4 comments:
hohoho..be carefull yea..futur yang di hiasi sangat marabahaya ma..=,=..na'u dzubillah min dzaalik!!
camne nk capture gambar gune komputer? :)
dah lama tak bukak blog kau ni. sekali bila bukak... ouch~~ meremang.
so true. ujian kesenangan memang lagi susah dari ujian kesusahan. moga2 Allah can bear with us throughout the way, amin.
SUPIR DAKWAH: naudzubillaahi min zaalik
M: tekan 'shift' dan 'print screen'.
Nadia Adam: insyaAllah. aaaminn~~
Post a Comment