Bismillaahirrahmaanirrahiim
Monday blues . Lagi-lagi lepas seminggu cuti raya. Oh mai gawd.
Hanya Tuhan saja yang tau betapa mengantuknya aku hari ni walaupun tidur awal semalam. Pagi tadi, berkali-kali aku snooze alarm handphone. Bengkek sungguh bila rakan se-carpool tidur semasa aku drive ke ofis. Bertambah berat lagi hati ni bila highway/jalan ke ofis lengang, tak jam sangat kerana ramai yang mintak off day hari ni *kot*. Bila jam , sekurang-kurangnya aku lebih peka sikit, boleh hilang rasa ngantuk tu. Maha hebat Allah kerana menciptakan setiap perkara ada baik dan buruk.
Dah sampai ofis, dengar lagi penerangan oleh miss supervisor. Ya Allah. Aku tatau pebende yang aku dapat hasil dari penerangan tersebut. Aku angguk, “ya bos. Ya bos” saja, padahal hati dah melayang kat atas katil rumah.
Habis penerangan, aku check balik kerja-kerja yang aku tinggalkan sebelum cuti raya. Tengok, tengok, tengok, last-last otak jammed sebab tak tau nak start dari mana. Frust. Bukak buku teks, cuba ‘menghidupkan’ otak dengan menulis nota. Setelah beberapa minit, baru aku sedar hakikat sebenar bahawasanya aku tertidur sambil menulis/menconteng di atas kertas. AIH TAK BOLEH JADI NIH!
Kalau sekarang bukan bulan Ramadan, dah lama aku pi minum kopi nak hilangkan ngantuk. EH??? PAP! *facepalm * Boleh pulak lupa yang Ramadan dah lepas. Apa lagi. Aku pun bergegas ke dapur ofis untuk buat ayaq kopi.
Letak cawan, tekan butang. Zztttttt . Siap satu air mocha. Aku pun tambah lagi 2 sudu susu tepung untuk tambah kalori (Ye aku sedar aku manusia kuruih kering). Duduk balik kat workstation , dengan lagak macam iklan Nescafe, aku hirup air mocha tu. Perh. Berapa lama aku tak rasa air ni. Sebulan Ramadan tak pernah minum air ni pun. Jakun jap.
Hirup, hirup sampai habis. Tak pueh den. Buat lagi air yang sama + 2 sudu tepung susu. Dah habis minum, aku letak balik cawan tu. Tak rasa mengantuk dah. Hakikatnya, bukan perasaan ‘biologically’ mengantuk yang mengurangkan produkitiviti kerja pada pagi ni. There is something else that is missing in this tiny heart of mine.
Ya. Jauh di sudut hati, aku merindui Ramadan.
Bercakap seperti orang gila, aku dah tak rasa lagi aura/chi/chakra/Force/geist sepertimana pada Ramadan yang lepas. Secara fizikal pula, aku tak rasa seolah-olah seperti ada dinding yang menghalang untuk melakukan perkara maksiat. Dan tiada lagi ‘bidadari’ yang melambai-lambai untuk menggalakkan bertambahnya keredhaan Allah (sumpah ayat tak boleh blah).
Kalau sebelum ni semasa Ramadan, bila melakukan maksiat walau lagha sekalipun, pasti saja kedengaran suara menegur, “Woi woi bulan puasa ni”. Kalau sedang lengang, tak buat apa, tengah free, dengar pula suara memanggil, “Lapar perut ke bang? Roh tak lapar?”.
Lepas tu, dicampur lagi dengan iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir. Berjemaah sekali bila qiamullail . Sebak hati bila mendengar orang di sebelah kita menangis teresak-esak ketika imam membacakan ayat-ayat Quran. Walau tak paham, kita turut menangis kerana jauh di sudut hati, kita tahu bahawa keampunan dan rahmat dari Allah sungguh luas. Melihatkan diri sendiri yang kotor bergelumang dengan dosa, apa lagi yang diharapkan selain keampunan?
Perasaan berjihad melawan nafsu dan akhirnya menang, wow. Memang best. Memang syahdu. Ramadan memang best. Kenapa baru sekarang aku cerita pasal Ramadan? Kenapa tak tulis post ni sebelum atau semasa Ramadan?

Post ini ditulis khas untuk mereka yang menzalimi diri sendiri ketika Ramadan. Atau, mensia-siakan Ramadan. Jangan salah anggap kononnya aku nak marah, kutuk, caci atau bertindak sarcastic pada post ni. Cuma, nak tanya korang. Beza tak suasana Ramadan lepas dengan sekarang?
Kalau timbul bibit keinsafan, alhamdulillah. Walau menzalimi diri sendiri ketika Ramadan lepas namun timbul pula perasaan menyesal kerana mengabaikannya, alhamdulillah. Bangunlah, dirikan solat, dan berdoalah dengan penuh harapan. Mudah-mudahan Allah memegang hati kita untuk menerima hidayah, sehinggakan kita tidak lagi akan mensia-siakan Ramadan 1433 dan seterusnya. Ameen~

Panjang lebar aku tulis. Aku tak tau pebende yang aku tulis sebenarnya. Papepun, aku merindui suasana Ramadan, dan aku harap korang yang tengah baca ni pun sama. 11 bulan lagi.
0 comments:
Post a Comment