Thursday, September 8, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim..





      Melihat ramai yang sudah mula untuk berpuasa enam, aku pun berazam untuk mula puasa pada hari semalam. Realitinya, hajat tidak kesampaian.

     Sedang tekun buat kerja, tiba-tiba aku dapat email dari company, “Farewell Lunch @ T*** R***’s”. Aduuhh Ya Allah. Farewell lunch ni ditujukan khas untuk kitorang budak2 praktikal/intern. Aku betul-betul rasa tak sedap hati kalau tolak pelawaan ni. Akhirnya, aku membatalkan puasa dengan makan burger di restoran tersebut. *sigh*

     Hari ini tak ada apa-apa event yang memerlukan pembatalan puasa TAPI baru tadi aku tengah buat kerja, tiba-tiba ada sorang staff pergi dekat meja aku dan letak mug yang diisi dengan ice cream sekali dengan sudu! Ya Allah. Nak tolak, rasa bersalah pulak sebab special sangat cara ice cream tu dihidangkan/dihiasi. Sekali lagi, aku kantoi. *sigh*

      Oh kenapa aku tak tolak je pelawaan tersebut dan kata aku tengah puasa? Cakap senang boleh la bro. Company ni majoriti-nya orang yang bukan beragama islam. Selagi puasa ni bukan perkara yang wajib, aku rasa agak tak berapa sesuai untuk menyatakan pendirian kita tentang puasa enam, lagi-lagi diorang berwajah ceria untuk menolong (belanja, hias ice cream) kita.

     So, apa pengajaran? Tak ada pun. Saja nak cari modal untuk promote  puasa enam selepas Ramadan. Trolololol *syok sendiri*.


Daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun

[Hadith riwayat Muslim]




Mintak maaf banyak2 eh kepada brader-brader yang bersahur dengan aku sekali. Dah la makanan tak ada, makan maggee pulak kena share 5 orang sebab ada 3 paket je. Haha aseef jiddan bros

Posted by Posted by zabed at 6:01 PM
Categories:

 

4 comments:

me said...

tu la.cam pelik ngan diri sindri.tyme Ramadhan makan pun ala kadar cz nk kejar ibadah.tetibe skrg ni cm xleh control lak.Makan tu rs cm nikmat sgt.ermm?!

CUBATEKA said...

apakan daya...setan2 dah bertenggek2 di hati..=,=.. itulah peperangan yang tak kita nampak..haish...aku pn banyak benda kantoi (dalam bab ibadah)...menjadi2 gile aku rase..=,=..smoga Allah menthabatkan hati2 kita di jalanNya.,.ameen

Inche gabbana said...

ok lagi tuh. bayangkan saya minggu ni je ada dua open house pada hari yg sama; open house bank yg saya kena gi. hari khamis lak tu.

isnin depan ada satu lagi.. -____-"

ini.. ini.. ini btol2 cobaan...!

zabed said...

me:
entah. bersikap jujur dengan diri sendiri lebih bagus kot.


CUBA TEKA:
Thabbit qulubuna 'alaa deenik. Ameen.


Inche gabbana:
wow. banyak betul cubaan tuh.



all:
harapnya sempat la kita semua untuk berpuasa enam sebelum masuk bulan lain. Ameen

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>