Assalaamu'alaykum warahmatullaahi wabaarakaatuh.
Sekarang dah pukul 2.51 a.m. Lagi 9 minit dah pukul 3. Hakikatnya, dari pukul 12 tadi aku cuba untuk tido. Dari tadi aku hanya golek-golek atas katil je. Tak tau pasal tak boleh lelap mata ni. Mungkin sebab aku terlalu stress dengan kerja menjadi seorang pelajar akhir tahun. Wallaahu'alam. Aku tak tau nak cakap camana.
Busy? Ye. Mungkin itu alasan aku dah lama tak update blog. Nak baca blog pun tak ada masa. Ewahhh. Kau perdana menteri ke ape ni? Berpijak kepada bumi realiti, 3 jam dibazirkan macam tu je. Ape bende yang aku busy sebenarnye? Syok sendiri?
Pakcik Hassan Al-Banna pernah berkata, "Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada". Ramai ikhwah atau brothers setuju dengan apa yang dikatakan oleh Pakcik Hassan Al-Banna. Aku pun setuju.
Cuma aku tak setuju bila kata-kata Hassan Al-Banna ini digunakan setelah kita rasa kita telah buat baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kerja dakwah. 1000km ke tempat destinasi. Setiap malam ade je tempat minta diberi pengisian. Sabtu ahad berulang alik ke program dari setiap sudut lapis umur. Sebelum subuh kena bertolak balik ke rumah sebab ada kelas pada keesokan pagi. Nak bermesra atau bina hubungan dengan objek dakwah lagi. Dan macam-macam 1001 kerja yang kita boleh senaraikan.
Kadang kita merasakan tanggungjawab yang telah kita laksanakan telah melangkaui magnitud masa itu sendiri. Kemudian kita gah memperkatakan, "tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada". Itu syok sendiri namanya. Realitinya,
"Masa yang ada terlalu banyak berbanding tanggungjawab yang kita ada"
Allah itu Maha Adil. Setiap orang telah diperuntukkan masa yang cukup sebelum tamatnya ujian. Rugilah bagi mereka yang 'berlengah-lengah' dengan masa tersebut. Tak ada kes "banyaknya kerja sampai tak cukup masa!"
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir?
[Fatir (35): 37]
Pakcik Hassan Al-Banna tak salah. Yang salah adalah pemikiran kita yang merasakan kerja kita terlalu banyak sehinggakan perlu 'extra time'.
Pengajaran: Hakikatnya, kerja yang telah dilaksanakan adalah sedikit berbanding waktu yang disediakan. Mungkin aku akan pergi baca buku fikrah kejap lagi untuk buat aku rasa mengantuk. Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada menghadap facebook berejam-rejam ataupun bergolek-golek di atas katil mengharapkan siling berwarna putih menjadi hitam.
Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kesilapan manusia itu sendiri.
5 comments:
this post is absolutely correct!
ape yg 'hang' try to eksplain dgn statement "gelas yg kosong jika x diisi dgn air akn diisi udara?
jzkk...
wassalam. sorry lambat reply comment.
gelas tu analogi.
"Masa kalau tak diisi dengan A, akan diisi dengan B"
hal fahamta? :p
hang faham ke dak? :p
oh...kalau bukan diisi dgn 'I',akan diisi dgn 'J'
:)
betul tu. tapi ramai ikhwah kita guna perkataan "T" daripada "I". haha
Post a Comment