Saturday, September 15, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Aku teringat sewaktu kecik dulu pernah sorang mat saleh datang kenduri kahwin di kampung. Riuh satu kampung. Orang kata sampai 'bumbung tercabut'. Seingat aku mat saleh tu macam orang biasa saja tapi dapat layanan ...fuhh macam artis. Semua pandang je.

     Pastu mat saleh tu dipelawa masuk ke dalam rumah pengantin. Kononnya nak tengok macam mana rumah kampung di malaysia. Perh macam VIP pulak mamat ni. Yang tak boleh blah bila mat saleh tu masuk dalam rumah, semua yang lain pun dok intai-intai nak tengok apa yang mat saleh tu buat. Padahal 'raja sehari' bukan mat saleh tu pun. Aduhh machaa. Haha. I feel you bro *sambil menepuk-nepuk bahu pengantin lelaki*.

     Dr Zainur Rashid Zainuddin (dekan IMU Clinical School, aktivis Aman Palestin & public figure) pernah cerita pengalaman sewaktu bekerja di salah sebuah hospital utama di malaysia. Dia kata ada sekali tu sorang doktor dan jururawat menangis. Bila ditanya kenapa, diorang kata dapat tau yang Princess Diana baru saja meninggal dunia sebab accident (tahun 1997). Makkkk aihhhh. Hebat betul penangan 'mat saleh' ni sampai beribu-ribu batu jauh tuu.

     Aku sangka mat saleh adalah orang yang dibenci oleh rakyat malaysia (especially orang melayu) kerana diorang ni pernah menjajah kita dulu. Ye lah belajar dari tingkatan 1 sampai 5, banyak betul keburukan penjajah British ni diceritakan dalam buku teks tu. Tipu raja, bunuh wira negara, tindas rakyat, kenakan cukai tinggi dan lain-lain. Tapi bila tengok realiti, tak ade la pulak orang menghalau mat saleh-mat saleh ni keluar.

     Mungkin betul jugak kata-kata yang mengatakan bahawa tanah melayu sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British. Betul ke orang British bersikap kasar dengan kita dulu? Kenapa kebencian kita kat diorang tak sama macam orang-orang indonesia benci dekat orang Belanda? Ape jenis 'serangan pemikiran' yang telah diwariskan sejak dahulu sehinggakan hari ni kalau kita dapat bersama-sama dengan 'mat saleh' merupakan kebanggaan terbesar?

     Jangan salah faham pulak. Aku tak mengajak korang untuk membenci orang-orang Barat pun. Cuma pelik sebenarnya bila belek-belek balik buku teks sejarah time sekolah dulu dan lihat realiti sekarang. Semalam Prince William dan isteri Kate Middleton datang malaysia, kebetulan pula lawatan mereka betul-betul pada masa dunia islam tengah berang pasal video 'innocence of muslims'.

     Kadang-kadang aku persoalkan diri jugak, ape yang aku faham dengan maksud 'aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah'? Mungkin betul kenyataan bahawa orang British sebenarnya tak pernah menjajah tanah melayu pun (sebab kerelaan kita mungkin?). Tapi ada persoalan lain pulak timbul, sejak bila pulak kita merdeka?







Jika bukan kerana Rasulullah kita marah, untuk apa lagi kemarahan kita?

[Dr Mursi, Rabithah Ikhwan ]



Wallaahu'alam bis sowabb


blog Lebih Serius post baru: Manajemen warung burger bakar.









Posted by Posted by zabed at 5:29 PM
Categories:

 

2 comments:

Melah said...

salam. bro,, nak bagi suggestion sket bleh tak? huhu.. baru realize entry dalam blog ni bnyk yg bermanfaat.. apa kata bro tmbh setting kat blog ni yg bleh share entry kat fb.. act nk share ngan kwn2 some entry dalam blog ni kt fb cth (Jatuh, atau mati).. tu pun kalau bagi.. huhu,, bleh tambah saham akhirat kalau diluaskan perkongsian.. Syukran bro!

zabed said...

wassalam bro. sebenarnya aku dah try dah letak 'button share' tuh tapi entah pesal tak keluar2 jugak. mungkin ade prob dekat html kot. wallaahu'alam. kalau nak share, copy je link page pastu post kat status fb. nanti dia automatic jadi lebih kurang macam 'share'. insha Allah. itupun kalau nak share la kan. haha.

kalau nak share mane2 artikel pun, amik je. tadak hal lah.

papepun, yang baik itu datang dari Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>