bismillaahirrahmaanirrahiim. *koff koff* tersedak sikit.
Mimpi pebende ni? Camana lagu Janji Ditepati boleh masuk dalam mimpi aku ni? Kemudian aku tengok jam kat henset. 5.30 pagi. Aish tak boleh jadi ni. Kena balik rumah sekarang jugak, kalau tak jam tak hingat punya. Lalu aku bingkas bangun dalam keadaan mengantuk, kepala sangat kusut dan berjalan terhuyung hayang ke arah kereta. Start enjin, terus blah.
Tengah driving tu...ya Allah. Bahaya gila. Terhuyung hayang. 'Nasib baik' (bukan nasib yang baik, tapi lebih kepada penggunaan kata yang dah biasa guna) kereta tak ada kat atas highway. Yo lah jang. Tidur pukul 2.30. Bangun pukul 5.30. 3 jam je tidur mane cukup jang. Mengantuk gila.
Keadaan aku semakin lama semakin teruk. Dah kira 'dangerous driving' dah ni. Aku pun berhenti di 7-eleven berdekatan untuk minum air gas yang betul-betul boleh segarkan mata. Keluar kereta, badan masih lagi dalam keadaan tidak segar. Mata sangat sepet orang kata, tapi gagahkan diri jugak berjalan ke arah peti ais 7-E tuh.
Mountain Dew. Botol warna hijau tu aku angkat. Manis yang merangsang otak. Ditambah lagi dengan gas karbonat yang mencucuk lidah. Sangat sesuai untuk orang yang tengah mengantuk macam aku. Dan aku bawak botol tersebut ke kaunter cashier.
Aiseh man. Ada amoi pulak depan aku ni. Banyak pulak barang dia beli. Selepas barang-barang yang dibeli oleh amoi tersebut dimasukkan ke dalam plastik, amoi tersebut pandang aku. Aikk, syok kat aku ka? Hahaha takde ah. Dia pandang aku dengan muka pelik. Pesal minah ni? Sebab aku terlalu selekeh? Kusut masai? Ada aku kesah? Haha. Janji aku dapat minum air mountain dew ni.
Sampai la giliran aku di kaunter cashier ni. Kali ni akak cashier tu pulak pandang pelik dekat aku. Pulak dah. Kemudian akak tu bersuara,
"Encik, betul ke nak beli ni?"
Aku senyap. Tak keluar apa-apa perkataan. Aku pandang tepat ke arah muka akak tersebut dengan mesej yang membawa maksud "Aku tau la muka aku dah macam mat pit dah sekarang ni, tapi jangan la ingat macam aku ni tak ada duit pulak nak bayar air Mountain Dew ni".
Are you kidding me? |
Melihat muka aku serius tanpa keluar sepatah perkataan, akak tu terus sambung buat kerja dia. Dia scan botol tersebut dan bersuara,
"Sembilan ringgit."
Sembilan ringgit?? Ko biar betul? Aku amik satu botol je pun bukannya.........Eh? Botol kaca? Eh? Eh? Eh? Eh? Eh?!!!
Cepat-cepat aku cancel urusan jual beli tersebut dan berlari ke arah peti ais dan ambil botol Mountain Dew yang sebenar dan kembali ke kaunter cashier. Eheh. Sori kak. Saya tak paham tadi. Kali ni akak tu pulak yang memandang serius ke arah muka aku dengan mesej:
"Sebab tu aku tanya kau tadi budak. Mentang-mentang malam ni Merdeka Night, selamba badak je la ko nak minum Carlsberg hah??"
I tried to warn you kiddo |
Hahaha. Anggaplah ini cerita rekaan semata. Bukan betul pun. Sebagai muqaddimah saja. Aku start menulis entri ni pun sebab baru balik dari Dataran Merdeka yang "Janji Bersih" tu. Saja pegi. Nak tengok apa jadi. Dan......aku kecewa sebenarnya. Aishhhh sedih sedih. Bukannya "Janji Bersih" itu yang mengecewakan, tapi sikap remaja yang mengambil kesempatan sempena perhimpunan ni. Depa ni pikir nak enjoy je, kesah la pulak pasal bersih-bersih ni. Baca ni: Najib, wife become butt of joke. This is not funny at all.
"Ada sebuah negara, sudah 64 tahun terjajah, sebahagian kecil darinya dikepung dan dikenakan pelbagai sekatan ekonomi dan pergerakan keluar-masuk; darat, laut dan udara.
Pada hemat aku negara yang terjajah ini lebih merdeka dari kebanyakan negara yang mendakwa telah merdeka dari penjajahan asing dan berdiri sebagai sebuah negara berdaulat.
Kerana kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan jiwa dan kemahuan. Walaupun tanah air terjajah dan batang tubuh terpenjara namun jiwa dan raga tidak pernah menyerah kerana jiwa itu telah lama sujud kepada Allah dan kepada Allah sahaja.
Inilah dia manusia merdeka."
[Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad]
"Beliau yang lebih selesa dikenali sebagai Ummu Muhammad menceritakan bahawa saat dua orang anaknya itu syahid, naluri seorang ibu yang membesarkan mereka turut menangis di atas kehilangan permata hatinya. Namnu keadaannya berubah setelah dia mengalami satu mimpi. Di dalam mimpi itu, kedua-dua orang anaknya datang memujuknya lalu mengatakan, "Ummi jangan menangis lagi. Kami kini di syurga, ummi." Lihatlah, apalagi yang membahagiakan seorang ibu apabila melihat anak-anak dari rahimnya kini bergembira di syurga? Setelah itu, wanita ini bertekad mengumpul kekuatan untuk mengirim seramai mungkin anak-anaknya yang masih bersamanya sebagai syuhada' yang akan menebus Palestin dari Israel. Semangat seperti ini tidak akan saya temukan di tanah air sendiri kerana para ibu di Malaysia lebih memanjai anak-anaknya dengan kesenangan"
[Noorhasyimah Ismail, Ahli Misi A2G2 'Ramadan di Palestin Bersama Aqsa Syarif 2011']
Rupa-rupanya kehidupan di Gaza lebih tenteram dari kita di sini. Lebih mendamaikan. Tak kusut macam kita sekarang. Jiwa yang merdeka. Janji sudah ditepati, kini masa balas budi??? *koff koff*. Tersedak lagi. Adeh.
Wallaahu'alam bis sowab
Lebih Serius post baru: Daging merah + telur bungkuih.
0 comments:
Post a Comment