Monday, December 26, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Sejak 2 hari balik rumah ni, kakak aku je tolong masak untuk aku dan adik aku. Mak bapak aku balik Kedah lawat datuk aku sakit. Wow. Kakak aku masak sorang-sorang je. Aku tak terdaya nak menolong apa-apa sebab aku memang tak reti memasak. Setakat masak nugget, hotdog, sardin, telur dadar tu boleh la. Aku nak belajar memasak sesuatu yang kompleks, yang ada potong-potong sayur ke, tambah herba apa2 ke, tambah gula garam etc. ke. Huh. Benarlah kata Syed Qutb,



"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil.
Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar."



     Lelaki dayus. Pondan. Lambakan daging yang berserakan atas bumi. Hidup menyusahkan orang. Pelaburan yang sia-sia. Mulai sekarang, aku kena hidup untuk memikiran tentang hidup orang lain. Erti hidup pada memberi.

     Apa-apapun, serius weh aku nak belajar memasak. Ada tak apa-apa website atau buku yang nak direkemen? Atau tips / nasihat / 'cooking for dummies'?



Semoga Allah membalas jasa baik kamu dengan kebaikan. Amin...



fakta di sekeliling masyarakat aku: Lelaki-lelaki yang pandai masak biasanya gemuk-gemuk belaka (tengok masterchef), yang tak pandai masak biasanya kuruih kering macam aku. Kebetulan dengan apa yang dikatakan oleh Syed Qutb?? LOL!! Wallaahu'alam bis sowab :p

Posted by Posted by zabed at 9:10 PM
Categories:

 

8 comments:

Anonymous said...

ce try my resepi.com
membantu gak
btw, try yang orang lain dah try
ade komen2 orang kat situ

Anonymous said...

http://www.trymasak.my/

Anonymous said...

salam..memasak nih try n error je. cam awal2 buat usrah dulu. msti ada yg trpaksa jd guinea pig. ye x. all the best. yg penting bismillah n buat je. all the best

zabed said...

anonymous 1: ejaan dia myresipi kan? bagus gila ada komen sekali.

anonymous 2: graphic dia lagi cantik dari myresipi tapi tak sempat nak explore habis.

anonymous 3: betul gak. try n error. insha Allah kena berani try ar. hahaha




Apa2pun, jazaakumullahu khairan!

Anonymous said...

salam..kalau ikut cara orang melayu,bahan asas ataupun foundation untuk semua masakan adalah bawang merah dan bawang putih. kalau perlu baru tambah halia.insyaAllah confirm jadi. try yang simple-simple dulu.

masak any type of sambal:tumis bwg merah+putih, kemudian cili boh.then tmbah la apa suka. garam+belacan+kicap.

goreng sayur: tumis bwg merah+putih bersama ikan bilis ditumbuk atau perencahnya. nak sedap tambah sos tiram slps tumisan kekuningan dan naik bau. then tambah air sikit n masukkan sayur. Simple!

Selamat mencuba ^_^ !!!
dari hamba Allah yang sedang belajar masak juga.

zabed said...

wa'alaykumussalaam.


wow. serius cool. *terpana sekejap*

Jazaakallah khairan kathiira



dari hamba Allah yang sedang belajar memasak dengan member, dan telah mengaplikasikan beberapa tips yang diberi di sini

Melah said...

cari buku "1 hari 1 Resipi". senang giler..bnyk resepi basic..dia tunjuk step by step and ada gambar berwarna..mmg utk org2 yg baru nak belajar masak.. gud luck bro! ~Bront

zabed said...

haha macam menarik je. style2. tq ah bro

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>