Bismillaahirrahmaanirrahiim
Bila balik rumah dan kakak tak ada kat rumah, aku akan tidur kat bilik dia. Apasal? Sebab waktu kecik-kecik dulu, aku dengan adik aku selalu lepak dekat bilik kakak aku. Sebab ada tv, walaupun boleh tengok tv1, tv2 dan tv3 saja. Senang cerita, tempat berkumpulnya ketiga-tiga adik beradik kami.
Dulu kalau aku balik rumah lepas waktu maghrib atau tak makan malam bersama-sama dengan keluarga, bapak aku akan marah kerana tidak ada 'kebersamaan' bersama ahli keluarga. Sekarang, semuanya dah berubah. Semua dah besar. Adik aku pun nak masuk umur 20.
Rumah yang pernah dipenuhi oleh 5 orang, sekarang selalunya hanya 2 atau 3 orang saja. Oleh kerana aku tak menghargai faktor 'kebersamaan' bersama keluarga waktu kecik dulu, maka sekarang aku merindui perasaan tersebut, lalu aku selalunya tertidur di bilik kakak aku.
Bila aku tengah belajar, adik atau kakak aku pulak cuti. Bila aku cuti, diorang pulak belajar. Nak jumpa pun waktu hujung minggu, itupun kalau tak ada hal lain.
Sampai satu tahap, atau satu penghijrahan yang Allah tetapkan, kita akan rasa berat hati untuk meninggalkan platform asal. Atau kalau tak berat hati pun, kita akan rasa menyesal kerana tak menghargai peristiwa lama bila berada di platform baru. Walaupun kita tahu dan beriman sekalipun bahawa setiap penghijrahan itu adalah for the greater good , hangpa ingat senang ka nak tinggalkan tangkuk lama?
Walau peristiwa penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah dianggap nikmat yang sangat besar dan suatu bentuk kemenangan buat islam (kerana islam pertama kali ada kerajaan sendiri; suatu bentuk 'kekuatan'), tapi hangpa ingat mudah ka bagi Nabi nak tinggalkan kampung halaman dia?
Selalu tengok filem Hollywood, bila hero kena tinggalkan kampung dia sebab nak sambung belajar/kerja/mission baru/for the greater good/etc. akan bermula dengan babak dia kemas-kemas baju dia. Pastu bila tren dah sampai, dia akan tarik nafas sedalam mungkin dan melihat ke belakang untuk kali terakhir. Walaupun hero tu tau yang penghijrahan dia tu sebenarnya for the greater good , tapi tetap tak mudah bagi dia untuk naik tren blah macam tu je.
Bak kata mat saleh,
Banyak benda dapat melalui penghijrahan? Penat tak berhijrah banyak sangat? Berapa banyak dah perkara terpaksa dilepaskan?
Kadang-kadang aku mengeluh sorang-sorang, bila tengah futur atau iman down. Aku rasa penat bila terlalu banyak hijrah (aku rasa la 'banyak'). Setiap kali ke destinasi baru, tahap ujian itu makin berat sampai kadang-kadang tu sampai aku rasa yang "aku tak ready lagi tapi dah kena hijrah dah".
Tapi betul apa yang dikatakan Dr. MAZA. "Inilah kehidupan. This is life. Nak pi taqaq (takat) mana? Taqaq ni lah selagi mana ia dipanggil kehidupan."
Sampai satu tahap bila kita dah jauh sangat berhijrah, kita akan pulang balik ke kampung halaman kita. Sama kan macam orang-orang tua yang dah pencen? Kalau dulu duduk Kedah, lepas tu kerja kat KL, bila dah pencen mesti balik duduk Kedah. Aku rasa semua orang macam tu, ye dok?
Kita dulu asalnya tanah, maka nanti kita pun akan kembali kepada tanah.
إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Tengok cerita Puss In Boots, asalnya dari San Ricardo (kampung halaman dia). Misi dia dalam cerita ni, macam mana dia nak balik ke kampung halaman dia dalam keadaan suci dari dosa? Orang kampung dia boleh terima dia tak bila dia balik?
Kita asalnya dari syurga. Rasa-rasanya Pemilik syurga nak terima kita tak bila kita balik??
*krikk krikk krikk*
Selamat berhijrah. Harapnya setiap penghijrahan tersebut dapat menghapuskan dosa kita, harapnya Pemilik 'kampung halaman' meredhai dengan kepulangan kita dan meredhai keberadaan kita di sana kelak insha Allah.
Strive towards Mardhatillah!
2 comments:
masyaallah...right to read this at this moment*tengah down n rindukn family.thanks zabed
alhamdulillah. all credit goes to Allah :)
Post a Comment