Sunday, November 20, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Baru-baru ni, ada seorang pelajar muslim di uni. mengaku yang dia adalah seorang atheist. Antara alasannya ialah kerana apa yang terkandung dalam Quran adalah hanya cerita semata-mata. Ala-ala bedtime stories gitu. Mungkin ada alasannya yang lain lebih kukuh. Wallaahu'alam.

     Tentang Al-Quran, aku ada celoteh panjang gila kat link Kemuliaan Al-Quran.

     Pada post kali ni bukan isu al-quran yang nak disentuh, tetapi nak pergi lebih general  lagi. Tentang praktikaliti islam. Sekarang, pernah persoal diri sendiri apa yang membuatkan kita rasa islam adalah agama paling benar?

     Jangan hanya sekadar berteori tentang bukti saintifik yang dibenarkan Quran. Ada banyak lagi yang sains tak dapat nak cover.

     Sekarang kita bermain sesuatu yang logik pulak. Siapa di kalangan kita pernah melihat Allah? Bagaimana kita boleh kata bahawa islam itu adalah benar kerana datang dari Tuhan? Nabi Muhammad pun kita tak sempat nak lihat sedangkan baginda adalah contoh ideal man. Apa praktikalnya islam?

     Kalau kita perasan, Allah ada berfirman bahawa Dia akan menjaga Quran sehingga kiamat:


لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ

Tidak ada (seorangpun) yang dapat merubah kalimat-kalimat-Nya
[Al-Kahf (18): 27]


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku."
[Khutbah terakhir Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam]


     Persoalan-persoalan semua di atas dijawab apabila Allah memberi jaminan bahawa Dia akan memelihara al-Quran sehinggalah kiamat. Quran lah bukti bahawa Allah wujud, islam itu benar.

     Satu-satunya jawapan atau bukti kepada benarnya islam itu kini telah dipersoal. Di mana relevannya Al-Quran kalau ianya hanyalah himpunan kisah-kisah atau pernyataan hukum semata?

     Ok ok bro. Lemme get this straight chap. Bukannya islam tak praktikal, hakikatnya muslim (orang yang mengaku islam) tu yang tak praktikal.

     Dulu sebelum aku join tarbiyah, pernah jugak aku terfikir, apa relevannya Allah cerita tentang kisah Nabi Yunus, Nabi Nuh dan lain-lain? Tak de la sampai aku persoalkan kebenaran islam, cuma tercari-cari di mana relevannya kisah-kisah yang diceritakan ni.

     Dan persoalan tu terjawab bukan kerana aku mencari di mana praktikalnya Quran seperti penemuan saintifik dan sebagainya, akan tetapi ketika aku sendiri nak berubah (cuba) menjadi muslim yang praktikal. Aku seorang muslim yang cuba mempraktikkan islam, bukannya nak kata aku ni muslim yang ideal (jangan salah faham pulak).

     Kalau kita sedar, Allah beri kita pilihan dalam hidup kita. Yes or no. Good or bad. +ve or -ve. Islam atau jahiliyah. Kita yang memilih dan akhirnya Allah yang tentukan hasilnya. Dan apabila kita memilih untuk menghidupkan islam atau mempraktikkan islam, Allah akan tunjuk jalan. Ini janji Allah.




وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِي

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-'Ankabut (29): 69]



     Subhanallah. Benar-benar Allah tunjuk apa mesej tersirat Al-Quran kepada mereka yang benar-benar berjihad. Dan ketika itulah baru kita tahu bahawa betapa praktikalnya Al-Quran ini, betul-betul dari dasar hati kita, tanpa perlu pengesahan saintifik blablablabla semua tuh.

     Mungkin masalah kita pada hari ini ialah terlalu berteori tentang islam. Teori je memanjang, secara praktisnya tak pulak. Pastu kita nak convince kepada orang lain bahawa islam itu benar melalui teori? Tak boleh jep. Tak boleh tak boleh. Kalau macam tu lah perangai kita, bukan setakat orang luar, kita sendiri lambat-laun akan rasa islam tak praktikal.



"Wahai Ikhwan! Sebenarnya saya ingin senantiasa beramal dengan tidak banyak bercerita. Kepada amal saja kami wakilkan pembahasan tentang Ikhwan dan langkah-langkahnya,"

[Imam Hasan Al-Banna]



      Cuba lah menjadi muslim yang praktikal. Jangan jadi muslim yang teoretikal kalau betul-betul nak "membela" islam. Bukan setakat orang luar, aku sendiri pun menyampah + meluat kalau teori je memanjang. Mungkin aku agak streotaip, tetapi itulah realiti mengikut perspektif aku. Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari aku yang banyak berteori. As-salaam.

Posted by Posted by zabed at 1:58 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>