Tuesday, January 31, 2012


Bismillaah.


     Setelah sekian waktu tak ada di kl, akhirnya pagi Ahad aku ikut mak aku keluar pergi beli barang dapur kat jusco setiawangsa. Sedang berjalan ke arah gedung tu, singgah kat A&W nak minum air. Malaysia sangat panas sekarang.

     Sampai-sampai tu, tuuuu diaaa. Sekali dua birthday parties kau. Mascot A&W bear tu sampai dua jugak. Highlight bukan yang tu, tapi budak-budak. Ya Allah *face palm*. Bising gila. Jerit macam nak rak sebab main game apa ntah. Music chair ka apa. Yang chicken dance pape je la. Tapi memang, haishhh. Jerit sana sini. Lari sana sini. Excited gila.

     Eh. Aku tak kata budak-budak ni jahat. Diorang ni ibarat kain putih. Siapa yang cat kasi kaler macam #&$*^@ ni?







     Habis berita di tv3, terus keluar opening AJL. Gila grand. Iklan-iklan kat tv tu dah macam 'ada style', tapi bila tengok AJL tu lagi, 'bapak ah grand gila!'.

     Entah lah. Aku pening kepala. Sekarang memang nampak ummat sedang membangun, tapi pihak di 'sebelah sana' macam nak counter dengan gigih segigih mungkin untuk menghalang. Dan bertambah sadis apabila yang menghalang itu adalah mereka yang mengaku secara lidah bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. I'm not saying about Malaysian politics.

     Betul ke Malaysia merdeka? Pening. Aku pening tengok orang yang bersungguh menidakkan apa yang realiti mata persembahkan tetapi mencari hujah-hujah kosong untuk menguatkan statement supaya sesuatu yang terang-terang buruk nampak cantik. Putar belit.



WHAT'S WRONG WITH YOU MALAYSIANS????








Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil,
 
 
 
aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. 
 
 
 
Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini?



-Syed Qutb rahimahullah

Posted by Posted by zabed at 12:48 AM
Categories:

0 comments  

Sunday, January 29, 2012


Bismillaah.

antara 'orang tua' yang dikagumi


Dari Shofwan bin Amr, ia berkata,

"Ketika aku menjadi Gabenor Hums (Syria), aku menjumpai seorang bapak tua warga Syria yang telah turun kedua alisnya. Ia berada di atas kenderaannya bersiap-siap hendak ikut berperang. Lalu aku berkata kepadanya,

'Wahai Paman, engkau dimaklumi oleh Allah untuk tidak ikut berperang.'

Seraya mengangkat kedua alisnya, bapak tua itu berkata,

'Hai nak, Allah telah menyuruh kita keluar baik dalam keadaan ringan maupun berat. Ketahuilah, sesungguhnya Allah selalu menguji orang yang dicintainya.'"


     Baru-baru ni aku balik kedah kerana dapat tau yang datuk sakit dan kepenatan. Sampai kedah waktu subuh dan aku terus tidur sampai waktu tengahari. Aku sangat terkejut bila dapat tau yang datuk masih lagi dapat maintain bangun malam dan solat 8 rakaat walaupun dalam keadaan kepenatan kerana tua. Benarlah sabda Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam,


Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut

[Riwayat Imam Ahmad]


     Hadith ni mengajar kita dengan bahasa senangnya, buat je apa-apa bentuk kebaikan selagi mana tak kiamat/mati lagi. Tapi hari ni mungkin kita 'orang muda' sudah mati berkali-kali.

     Malulah weh kalau hidup ini hanya untuk kepentingan diri sendiri saja. Tak nampak ke masyarakat sedang berubah sedikit demi sedikit?



أَوَلَمْ نُعَمِّرْ‌كُم مَّا يَتَذَكَّرُ‌ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ‌
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir?
[Fatir (35): 37]




wallahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 11:39 AM
Categories:

2 comments  

Saturday, January 21, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Oh dah habis exam. Alhamdulillah. Tapi aku sebenarnya sangat takut sebab aku tau ada 3 paper yang aku kantoi. Sangat kantoi. Papepun, asalnya nak tulis satu post berkenaan tentang pasca exam tapi bila tengok balik post-post lama kat blog ni, rupenye ada 2 posts yang dah bincang tentang hal ni. Jadi aku pun tak nak menambahkan lagi koleksi cerita-cerita pasca exam. Baca je lah kalau sapa-sapa nak baca.



1. Habis Exam (January 2011) --------> Konsep tawakkal  selepas exam


2. Sesudah 'Exam' (May 2011) --------> Perasaan takut result teruk selepas exam




     Kali ni, saja nak share teka teki matematik yang buat aku berfikir selama satu malam. Haha. Here goes bebeh. Alkisah ada 3 sekawan yang tinggal di rumah sewa yang sama; George, Bobby Luke dan Aku.




      Pada suatu hari, Bobby Luke berhajat untuk membeli nasi kukus ayam dara yang berdekatan dengan kawasan rumah sewanya yang berharga RM5. Oleh kerana Bobby Luke seorang yang jarang pergi cucuk duit kat ATM dan tak ada kereta untuk bergerak ke sana sini, maka Bobby Luke memutuskan untuk berhutang dengan George sebanyak RM10. Setelah mendapat pinjaman wang sebanyak RM10 dari George, akhirnya Bobby Luke pergi membeli nasi kukus tersebut dan bawa balik untuk dia sorang je makan. Tak tolong belikan untuk housemates lain pun. Selfish. Haha ok ok.

     Ingat, Bobby Luke berhutang RM10 dengan George.

      Ok. Selang beberapa hari, George, Bobby Luke dan Aku berhajat untuk makan malam di Restoran Selera Aqim Tomyam selepas selesai solat maghrib di surau. Setibanya di restoran tersebut, Aku mendapati bahawa dalam dompetnya hanya tinggal seringgit saja! Gelabah dan cuak, walhal sebenarnya malas untuk pergi cucuk duit di stesen minyak berdekatan, Aku berhasrat untuk meminjam duit dengan si George sebanyak RM10 juga. Si George dah buat muka menyampah, sebab dia tau yang Aku ni selalu bayar hutang lambat dan duit dalam dompet dia pun tak banyak. Tiba-tiba George teringat satu perkara,



"Eh Bobby Luke. Kau hutang aku RM10 kan?" tanya George.

"Haah. Aku baru teringat. Ko nak sekarang ke?" jawab Bobby Luke.

"Ko bagi je la kat 'Aku' ni sebab dia nak pinjam RM10 dengan aku".

"Ok ok."



     Bobby Luke kemudian menyerahkan wang kertas RM10 kepada Aku. Legalah Aku, kerana malam ni beliau dapat makan nasi goreng USA, bukannya nasi bujang yang berharga RM1. Habis cerita. Tammat.

     Secara logik akalnya, Aku seharusnya bayar balik kepada George sebanyak RM10, betul? Pinjam RM10, bayar RM10, betul? Jadi, soalan teka tekinya ialah:


Kalau George bagi Bobby Luke pinjam RM10 dan RM10 lagi kepada Aku (total = RM20), mengapa akhirnya Aku hanya perlu bayar RM10 sahaja? Mana pergi RM10 lagi? George akan kekurangan RM10 kah??


.
.
.
...
.....
.......
...........
...............
....................



     Cuba try jawab.

     Rasanya agak lame  teka-teki ni. Senang sangat kalau sapa baca betul-betul. Lagi bagus kalau sapa dapat bayangkan situasi ni (sebab hakikatnya berasal dari cerita sebenar). Takpe lah. Kalau dapat jawab dengan betul pun, bukannya aku boleh belanja makan pun. Haha. Bagi sapa-sapa yang tak dapat tangkap, hint teka-teki ni bermain dengan masa.

     Kita hidup dalam dunia 4D. Selain x,y & z (space), ada satu lagi dimensi yang Allah ciptakan untuk kita (setakat penemuan sains sekarang), iaitu masa (time).

     Benarlah firman Allah, orang yang betul-betul dapat 'bermain-main' atau 'control' masa ni sebaik mungkin, memang dia tidak tergolong dalam orang yang rugi. Genius.

     Adakah entry kali ini lagha  atau sia-sia? Tak, sekiranya otak kita berfikir se-kritikal mungkin daripada stalk  orang kat Facebook. Haha.

     Insha Allah selama seminggu lebih ada 'kerja lain', jadi nak update blog tak dapat la jep. Harapnya 2 posts di atas yang disebutkan dapat menjadi saham di akhirat untuk aku ketika seminggu lebih ni. Amiin.



Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah. Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun baru cina. Drive safely macha.

Posted by Posted by zabed at 1:05 PM
Categories:

0 comments  

Monday, January 16, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Aku tak suka musim exam sebab stress study. Aku rasa semua orang macam tu kot. Haha. Baca notes, kalau otak dah tepu, melencong ke YouTube. Tengok orang main gitar.

Alexi "Wildchild" Laiho

     Bermula dengan perasaan curious, "Apa jadi dengan Alexi Laiho sekarang ni? Lama tak dengar cerita depa nih", terus aku taip nama gitaris tu kat youtube search engine. Lepas satu video, bukak video lain, pastu video lain, berkesinambungan. Serius aku teruja gila tengok Alexi Laiho main. Yeap. Boleh kata dia pemangkin semangat aku untuk terus aktif dengan dunia gitar beberapa tahun dulu.

      Aku jadi high semacam bila tengok video-video tuh. Terus dalam kepala otak berfikir nak keluarkan duit untuk beli gitar letrik baru. Lagi-lagi sekarang ni kerajaan bagi rm200 cheque free-free macam tu je. Aku mengelamun, berangan sorang-sorang. SERIUS AKU KENA BELI GITAR DOH!

      Satu demi satu video dibukak, akhirnya aku 'terjaga' dari mengelamun bila terkejut dah nak dekat sejam aku dok layan YouTube. Gila. Tengok balik notes, aisehman, tak masuk otak langsung. Terus aku pikir nak tido jap.

     Baring atas katil. Ya Allah, tak boleh tidur pulak. Sebab dok pikir pasal gitar. Dah berkali-kali aku tulis dalam blog bahawa isu utama kenapa aku berhenti main gitar bukan sebab isu halal haram, tapi isu tak sedap hati. Berkali-kali jugak aku pujuk hati bahawa gitar juga boleh menjadi sumber dakwah. Aku rasa rugi gila bila skill-skill gitar yang dibelajar bertahun-tahun dibuang macam tu je, tak boleh dipraktikkan untuk dakwah langsung ke?

     Berpijak pada bumi realiti, itu semua angan-angan. Itu lebih kepada syok sendiri, bukan kepada ummah. Aku tak macam brader Sham Kamikaze (rujuk: Bersama Sham Kamikaze) yang boleh menyalurkan skill gitarnya kepada masalah ummah. Aku sendiri boleh rasa, kalau aku gunakan nama dakwah untuk kembali bermain gitar, itu hanyalah alasan. Iman aku tak sekuat brader Sham.

     Hakikat ni memang pahit. Serius pahit. Hati pulak memberontak, meronta-ronta untuk mencari alasan lain agar gitar 'halal' buat aku. Tapi tu, lah. Sendiri kena mau ingat lah. Kena bersikap lebih rational, bukan emotional.



وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ  
dan aku (iblis) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka...
[An-Nisa' (4): 119]




زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaiti perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya.
[Al-i-Imran (3): 14]





     Takkan Allah tarik sesuatu nikmat dari seorang hamba itu melainkan Dia menggantikan sesuatu yang baru. Ya. Without doubt kalau sekarang ni ada gitar letrik di hadapan, memang aku akan merasai nikmat bunyi-bunyi heavy distortions dan kepala berawang-awangan bersama rentak irama lagu.

     Kerana aku memilih jalan untuk menjual nikmat heavy distortions tersebut, telah Allah ganti dengan nikmat lain. Serius. Gua lagi high  kalau dapat 'rasa' nikmat ni.



Berusaha sekuat tenaga untuk menekan hawa nafsu itu adalah kelezatan. Kelezatan di atas segala kelezatan.

[Syaikh Ahmad Muhammad Rasyid]


Kenikmatan jalan kebenaran memudahkan segala kesulitan, membuat hal yang susah menjadi gampang (senang), rintangan menjadi tak berarti dan menjadikan seseorang redha dengan Allah ta'ala, kendati misalnya ia menjalani masa paling sulit sekali pun.

[Dr Najih Ibrahim, Taushiyah Untuk Aktivis Islam ]



      Ketika Haram bin Milhan radhiyallaahu 'anhu  ditusuk dengan tombak, tombak diambil dari tubuhnya, dan ia melihat darah mengucur dari tubuh-tubuhnya, ia malah berkata, "Demi Allah, aku beruntung." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

       Seorang sahabat bernama Utsman bin Madz'un radhiyallaahu 'anhu , dicukil matanya di jalan Allah pernah berkata, "Demi Allah, mataku yang sehat perlu merasakan apa yang juga dirasakan mata lain di jalan Allah." (Riwayat Abu Nu'aim).

     Khalid al-Walid juga pernah berkata, "Aku lebih menyukai malam yang sangat dingin dan bersalju, di tengah-tengah pasukan yang akan menyerang musuh pada pagi hari, daripada malam aku mendapat pengantin yang aku cintai atau aku diberi kabar kelahiran anak laki-laki" (Riwayat Ibnu Al-Mubarak dan Abu Nu'aim)

     Orang kata kalau ikut hawa nafsu boleh jadi high , hakikatnya melawan nafsu lebih lazat. Benarlah kata Allah, nikmat high  tu boleh rasa bila kita yang memulakan langkah dulu.



وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ 
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

[Al-'Ankabut (29): 69]




      Fitrah seorang manusia normal, tak pernah lihat syurga. Oleh itu jangan pelik kenapa susah untuk jadi baik. Tapi berada di atas jalan ke syurga, merasai perit penat lelah di jalan ini, ya Allah. Kelezatan di atas segala kelezatan. Berada di atas jalan ini dan istiqomah sudah cukup untuk kita merasakan secebis nikmat di syurga walaupun syurga itu tak zahir pada mata kita. How cool is that huh?

     Terima kasih Allah kerana nikmat ini. Segala puji hanyalah untuk Mu, pemilik syurga dan neraka.



Dakwah adalah cinta. Cinta itu membutuhkan pengorbanan. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.


Dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang lulu lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.


Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Kalau iman dan syaitan terus bertempur, pada akhirnya salah satu harus mengalah. 


nukilan Allahyarham Ustaz KH Rahmat Abdullah

Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 6:41 PM
Categories:

2 comments  

Wednesday, January 11, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Sekarang musim exam, dan aku agak teruja apabila melihat masjid dipenuhi oleh manusia sehingga 8 saff walaupun pada waktu asar! Subhaanallah. Kalau hari-hari biasa, memang tak dapat la jep sampai 8 saff. Banyak tuh.

     Ada yang kata, musim exam baru lah nak dekatkan diri dengan Allah. Lepas exam, lesap. Ada yang menggelarkan mereka sebagai "Exam Muslims". Ewahhhh. Bab-bab ni, gua no komen. Teringat waktu mula-mula belajar di sini.



Ni nama baru. Dulu nama 'Sports Complex' je.



      Waktu petang biasanya memang ramai orang bersukan kat sport complex. Main dari pukul 6 sampai waktu maghrib. Bila azan maghrib dikumandangkan, sorang pun tak hirau panggilan dari Allah, termasuklah aku time tu. Haha. Azan ke tak azan ke, main je. Macam tak ada beza.

     Selepas 4 tahun, suasana di sport complex masih lagi sama, cuma bilangan student semakin ramai dan facilities semakin stylo. Bila tiba waktu azan maghrib dikumandangkan, seluruh court futsal berhenti bermain. Walaupun non-muslims ! Bagi pelajar muslim, kebanyakannya dah ready nak balik dan habis main terus. Lepas azan maghrib, baru diorang sambung main. Pelajar muslim yang masih lagi main hanyalah minoriti.

     Dulu, islamic society di uni hanya dianggotai oleh 7 orang sahaja. Sekarang, lebih 500 students menjadi member, sejurus dinobatkan "The largest society/club members".

     Dulu sambutan new year's eve di malaysia dipenuhi dengan konsert-konsert, nyanyi melalak sana sini, party club situ sini. Tahun ni, lebih dari 80,000 orang menghadiri sambutan new year's eve bersama Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam, walaupun soalan yang dilemparkan agak......haha no komen.

     Walaupun perubahan berlaku selama 4 tahun ni, say... taklah memberansangkan mana pun. Ramai orang boleh komen macam-macam.


"Waktu maghrib orang baru nak keluar sport complex! Bukannya nak solat maghrib kat masjid sekali!"


"500 members je pun. Itupun yang betul-betul pergi program diorang berapa ramai je"


"Konon islamik sangat lah tu konsert ni. Ustaz dia pun main gitar. Soalan yang ditanya pun entah hape je. Tak ada hiburan konon. Piii gi dah!"


     Yes. Ramai orang pandang enteng atau tak hirau pun perubahan yang kecik gila ni. Sekurang-kurangnya, kita tau bahawa kemenangan islam secara total sedang berlaku, betul? Lebih baik bergerak perlahan, daripada tak bergerak langsung. Better late than never, aite ?


     Ibarat keretapi, hon dibunyikan tanda keretapi nak bergerak. Slowwwwwwwly kita nampak keretapi tu bergerak, padahal enjin dalam keretapi tu bekerja keras gila agresif kan? Bila dah ada momentum dan inertia yang cukup, barulah keretapi tu bergerak dengan laju.

     Globally, kita sungguh tau bahawa masyarakat sangat rosak, dan 2x5 saja malaysia ni. Tapi kita juga tau, berapa banyak gerakan-gerakan islam di dunia ini sedang bergerak dengan agresif. Malaysia tak terkecuali. Slooooowwwwwwwwwwwwwly, kemenangan islam itu sedang bergerak, dan apabila sudah cukup momentum dan inertia, it's show time.

     Lihat realiti sekarang. Sama ada nak ikut bersama jemaah menaiki keretapi ini, atau hanya melihat keretapi ini bergerak, atau menentang gerakan keretapi ini. Mana yang akan kita pilih?




"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup seperti orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil.
Tapi orang yang hidup bagi orang lain, akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar."


Syed Qutb

.
.
.
.
.
......
...........
...........................



     Berbalik kepada isu 8 saff di masjid sewaktu musim exam, aku lebih bersikap optimis, bukannya bermaksud aku dah berasa puas dan selesa dah dengan pencapaian ini. Harapannya, perasaan optimis yang lahir ini mampu menggerakkan tubuh badan yang kecil ini agar lebih bekerja keras selepas 'era' ini.

     Apa-apapun, jangan sesekali memperlekehkan amalan yang kecil tetapi beterusan.



Daripada 'Aisyah radhiyallaahu 'anhu, Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.


Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.


Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."


[Riwayat Al-Bukhari & Muslim]



Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 5:27 PM
Categories:

2 comments  

Sunday, January 8, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Hari ni hari ahad. Lagi berapa jam dah nak hari isnin baru nak post pasal cerita hari jumaat. Haha. Busy sekejap.

     Jumaat minggu lepas, aku lambat sampai ke masjid lalu aku tiba ketika imam sedang khutbah dah. Nak cari tempat duduk, memang harapan la jep. Berdiri je la aku, di terik panas matahari membunuh ni. Tajuk khutbah berkisar pasal peranan seorang pelajar sekolah, sebab minggu ni start sesi sekolah balik kan? Antara isi khutbah ialah belajar rajin-rajin dalam kelas, jangan menghampakan harapan ibu bapa, jangan terlibat dengan gangster buli blablablabla.

     Ironinya, kawasan masjid yang dipenuhi oleh budak-budak sekolah bising gila memekak sembang dengan member. Langsung tak dihirau oleh khatib yang membacakan teks khas untuk mereka. Apa guna khutbah kalau macam tu?

     Jumaat minggu ni pulak, alhamdulillah aku sempat sampai awal siap dapat duduk lagi dalam masjid. Perh. Kira star jugak lah. Aku seorang yang selalu tertidur semasa khutbah jumaat kalau khatib baca pada nada suara yang constant kerana baca teks bulat-bulat. Tapi minggu ni, khatib dia walaupun seorang yang berumur, namun menyampaikan khutbah tanpa melihat teks. Kadang-kadang je. So agak membuka minda juga lah kot.


     Antara isi kandungan khutbah adalah peranan ibu bapa kepada anak-anak. Dia amik contoh isu A C B (malas nak sebut nama. Pandai2 tau la). Kalau isu tu, anak kononnya bersikap teruk kerana mak bapak sendiri yang bagi green light, 'mak sendiri yang beli seluar ketat untuk anak dia'. Jadi khatib cuba menerangkan bahawa isu ini berpunca dari ibu bapa sendiri.




     Sekali lagi, suasana yang ironi berlaku. Kebanyakan kaum bapa yang berada di situ, walau duduk di saff depan, tertidur. Kaum bapa tertidur, sedangkan khatib membacakan teks khas untuk mereka. Apa guna khutbah kalau macam tu?

     Ok ok. Get this straight. Saja nak trolling. Aku tak salahkan khutbah atau sapa-sapa pun. Cuma nak bawak isu ni ke tahap lain (poyo gila ayat).

     Kita semua tau, kita hidup pada era masyarakat yang rosak. Bukan globally sahaja, tapi juga di Malaysia. Isu buang anak, remaja biadab dan gangster, hedonisme yang tak dikawal, isu murtad bertambah, mak bapak bagi green light kepada anak untuk jadi rosak etc.

      Gejala sosial yang berlaku pada masyarakat seperti tidak dapat dibendung, setiap tahun makin bertambah ada lah. Ape je solusi dia? Dan hakikatnya semua tau, sangat-sangat tau, lagi-lagi kat facebook banyak gila orang share article tu la article ni la, bahawa satu-satunya solusi kepada isu ummat kita adalah islam. Yes, sekarang kita dengar pun agak cliche .  Selalu sangat dengar. *menguap*

      Kalau dah tau solusinya, masalah masih lagi tak settle. Bukannya nak bertindak gopoh nak tengok hasil secepat mungkin, tapi tengok keadaan khutbah jumaat tadi. Target audience sendiri tak nak dengar, macam mana kita nak sampaikan islam walaupun pesakit kita dah tau islam adalah solusinya? berbelit sikit.


     Ibarat seorang pesakit dah tau dah nak makan ubat apa, tapi tak nak makan. Why???? Ok ok. Aku tak berhasrat untuk menjadi keyboard warrior , pum pam pum pam je memanjang.

     Mungkin, juru selamat ummat kini ibarat biologist atau cikgu yang mengajar biology (atau yang seangkatan dengannya). Seorang scientist biology sangat mengetahui bidang yang diceburinya, sangat hebat berteori dan mengeluarkan fakta-fakta. Hakikatnya, seorang pesakit tidak memerlukan biologist, tetapi mereka memerlukan doktor, yang boleh beramal dan mempraktikkan apa yang diketahui mereka. Real life experience.

      Benar kata Syed Qutb, islam itu indah bila diamalkan. Apa guna solusi tanpa pengamalnya? Kemudian si khatib quote kata-kata Umar al-Khattab radhiyallahu 'anh ,



"Bangsa Arab menjadi mulia bukan kerana ia Arab, tetapi Arab mulia kerana ia memilih islam. Jika ia meninggalkan islam, nescaya ia kembali menjadi hina"





Posted by Posted by zabed at 10:16 PM
Categories:

1 comments  

Tuesday, January 3, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Pernah sekali aku dan beberapa ikhwah  atau braders sedang nak lintas jalan. Kerana terlalu khusyuk bersembang, kami tak perasaan sebuah kereta mewah sedang bergerak laju ke arah kami.

     Maka langkah kami terhenti dan teragak-agak nak terus berjalan atau bagi laluan. Kereta mewah tu pun berhenti, teragak-agak jugak nak bagi kitorang lintas dulu ke atau sambung pecut. Kemudian kami bagi dia jalan dulu namun pemandu kereta mewah tersebut memberi isyarat tangan suruh kitorang jalan dulu, ala-ala bunyi dia lebih kurang macam ni la,


"Jalan je lah budak-budak!"


     Hahaha. Dari riak wajah nampak macam sedikit emo makcik driver tersebut. Kitorang pun terus berjalan dan berjaya melintas jalan tersebut. Kereta mewah tersebut pun blah, meninggalkan kami. Semakin jauh displacement kereta tersebut. Vroom!

     Berkatalah seorang akh (brader) ni,



"Inilah bukti bahawa harta mewah tidak dapat memerdekakan jiwa seseorang." (edited)


     Teringat dialog antara Rib'i bin Amir dengan panglima tentera Parsi, Rustam. Ketika itu, Rib'i hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai dan kuda yang pendek. Manakala Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas ranjang yang diperbuat dari emas.

     Sebahagian riwayat menyatakan ketika Rustam melihat kuda Rib'i yang sangat kurus, pakaiannya yang compang-camping dan tombaknya yang tumpul, Rustam mentertawakannya dengan penuh ejekan dan berkata kepadanya; "Wahai Rib'i, kalian datang untuk membuka dunia ini dengan kuda yang kurus, tombak yang tumpul dan pakaian yang compang-camping ini?"

       Here comes the coolest part. Rib'i membalas,



"Allah telah menghantar kami untuk mengeluarkan* sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan islam. "



     Mengeluarkan* = memerdekakan.

     Subhaanallah. Nabi-nabi dan para sahabat bukannya orang yang kaya pun. Kadang ada mereka yang hidup di tepi jalan dan tidur atas lantai ibarat pengemis zaman sekarang, tetapi mereka tetap happy berbanding dengan orang yang kaya-raya, kereta mewah-mewah, rasuah di sana sini tetapi hidup gelisah gundah gelana. Banyak masalah.

     Bukan nak suruh kita hidup miskin, merempat tepi jalan, makan nasi bujang setiap malam etc., tetapi nak membangkitkan persoalan, adakah jiwa kita merdeka? Merdeka dari rantai-rantai yang membelenggu.

      Wallaahu'alam bis sowabb.






Posted by Posted by zabed at 1:59 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, January 1, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Rasanya, terpanggil untuk promote berita-berita ni. Tak rasa berita sebegini akan keluar di surat khabar atau berita tv. Baca je, ambil tahu. Komen lebih-lebih tu, terpulang kepada akal yang waras.


















Perlukah polis pukul pelajar sampai macam ini? - DrMAZA.com






Safwan Anang Sasaran Utama Pihak Polis - Gazebodaily











     Aku bukanlah seorang yang pro kerajaan dan bukanlah seorang yang menyokong penuh tindakan pembangkang. Ada seorang kawan pernah persoalkan, "mengapa mahasiswa seharusnya terlibat dengan perkara-perkara sebegini? Seorang mahasiswa seharusnya fokus pada pembelajarannya, score first class degree, lepas tu kerja hebat-hebat. Itu barulah dikatakan jihad! Baru kita ada wakil dari orang islam di setiap bidang!"

     Realitinya, di UPM ada seorang professor 'muslim pada kad ic' tetapi berfikiran seperti seorang atheist. Ok stop. Aku tak nak berjela-jela komen isu ni. Nanti bila jadi debat, sangat hodoh situasi tu.

     Apa-apapun, nak share petikan dalam buku Muqaddimah Fi Zilal Quran , karangan Syed Qutb,



Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak , kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?





     Apa-apapun cita-cita kita, jangan cita-cita tersebut berhenti apabila kita mati.



Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara;Sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan ke atasnya"
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i dan al-Bukhari]

Posted by Posted by zabed at 11:58 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>