Sunday, January 8, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Hari ni hari ahad. Lagi berapa jam dah nak hari isnin baru nak post pasal cerita hari jumaat. Haha. Busy sekejap.

     Jumaat minggu lepas, aku lambat sampai ke masjid lalu aku tiba ketika imam sedang khutbah dah. Nak cari tempat duduk, memang harapan la jep. Berdiri je la aku, di terik panas matahari membunuh ni. Tajuk khutbah berkisar pasal peranan seorang pelajar sekolah, sebab minggu ni start sesi sekolah balik kan? Antara isi khutbah ialah belajar rajin-rajin dalam kelas, jangan menghampakan harapan ibu bapa, jangan terlibat dengan gangster buli blablablabla.

     Ironinya, kawasan masjid yang dipenuhi oleh budak-budak sekolah bising gila memekak sembang dengan member. Langsung tak dihirau oleh khatib yang membacakan teks khas untuk mereka. Apa guna khutbah kalau macam tu?

     Jumaat minggu ni pulak, alhamdulillah aku sempat sampai awal siap dapat duduk lagi dalam masjid. Perh. Kira star jugak lah. Aku seorang yang selalu tertidur semasa khutbah jumaat kalau khatib baca pada nada suara yang constant kerana baca teks bulat-bulat. Tapi minggu ni, khatib dia walaupun seorang yang berumur, namun menyampaikan khutbah tanpa melihat teks. Kadang-kadang je. So agak membuka minda juga lah kot.


     Antara isi kandungan khutbah adalah peranan ibu bapa kepada anak-anak. Dia amik contoh isu A C B (malas nak sebut nama. Pandai2 tau la). Kalau isu tu, anak kononnya bersikap teruk kerana mak bapak sendiri yang bagi green light, 'mak sendiri yang beli seluar ketat untuk anak dia'. Jadi khatib cuba menerangkan bahawa isu ini berpunca dari ibu bapa sendiri.




     Sekali lagi, suasana yang ironi berlaku. Kebanyakan kaum bapa yang berada di situ, walau duduk di saff depan, tertidur. Kaum bapa tertidur, sedangkan khatib membacakan teks khas untuk mereka. Apa guna khutbah kalau macam tu?

     Ok ok. Get this straight. Saja nak trolling. Aku tak salahkan khutbah atau sapa-sapa pun. Cuma nak bawak isu ni ke tahap lain (poyo gila ayat).

     Kita semua tau, kita hidup pada era masyarakat yang rosak. Bukan globally sahaja, tapi juga di Malaysia. Isu buang anak, remaja biadab dan gangster, hedonisme yang tak dikawal, isu murtad bertambah, mak bapak bagi green light kepada anak untuk jadi rosak etc.

      Gejala sosial yang berlaku pada masyarakat seperti tidak dapat dibendung, setiap tahun makin bertambah ada lah. Ape je solusi dia? Dan hakikatnya semua tau, sangat-sangat tau, lagi-lagi kat facebook banyak gila orang share article tu la article ni la, bahawa satu-satunya solusi kepada isu ummat kita adalah islam. Yes, sekarang kita dengar pun agak cliche .  Selalu sangat dengar. *menguap*

      Kalau dah tau solusinya, masalah masih lagi tak settle. Bukannya nak bertindak gopoh nak tengok hasil secepat mungkin, tapi tengok keadaan khutbah jumaat tadi. Target audience sendiri tak nak dengar, macam mana kita nak sampaikan islam walaupun pesakit kita dah tau islam adalah solusinya? berbelit sikit.


     Ibarat seorang pesakit dah tau dah nak makan ubat apa, tapi tak nak makan. Why???? Ok ok. Aku tak berhasrat untuk menjadi keyboard warrior , pum pam pum pam je memanjang.

     Mungkin, juru selamat ummat kini ibarat biologist atau cikgu yang mengajar biology (atau yang seangkatan dengannya). Seorang scientist biology sangat mengetahui bidang yang diceburinya, sangat hebat berteori dan mengeluarkan fakta-fakta. Hakikatnya, seorang pesakit tidak memerlukan biologist, tetapi mereka memerlukan doktor, yang boleh beramal dan mempraktikkan apa yang diketahui mereka. Real life experience.

      Benar kata Syed Qutb, islam itu indah bila diamalkan. Apa guna solusi tanpa pengamalnya? Kemudian si khatib quote kata-kata Umar al-Khattab radhiyallahu 'anh ,



"Bangsa Arab menjadi mulia bukan kerana ia Arab, tetapi Arab mulia kerana ia memilih islam. Jika ia meninggalkan islam, nescaya ia kembali menjadi hina"





Posted by Posted by zabed at 10:16 PM
Categories:

 

1 comments:

Anonymous said...

good food for thought.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>