Bismillaahirrahmaanirrahiim
Pernah sekali aku dan beberapa ikhwah atau braders sedang nak lintas jalan. Kerana terlalu khusyuk bersembang, kami tak perasaan sebuah kereta mewah sedang bergerak laju ke arah kami.
Maka langkah kami terhenti dan teragak-agak nak terus berjalan atau bagi laluan. Kereta mewah tu pun berhenti, teragak-agak jugak nak bagi kitorang lintas dulu ke atau sambung pecut. Kemudian kami bagi dia jalan dulu namun pemandu kereta mewah tersebut memberi isyarat tangan suruh kitorang jalan dulu, ala-ala bunyi dia lebih kurang macam ni la,
"Jalan je lah budak-budak!"
Hahaha. Dari riak wajah nampak macam sedikit emo makcik driver tersebut. Kitorang pun terus berjalan dan berjaya melintas jalan tersebut. Kereta mewah tersebut pun blah, meninggalkan kami. Semakin jauh displacement kereta tersebut. Vroom!
Berkatalah seorang akh (brader) ni,
"Inilah bukti bahawa harta mewah tidak dapat memerdekakan jiwa seseorang." (edited)
Teringat dialog antara Rib'i bin Amir dengan panglima tentera Parsi, Rustam. Ketika itu, Rib'i hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai dan kuda yang pendek. Manakala Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas ranjang yang diperbuat dari emas.
Sebahagian riwayat menyatakan ketika Rustam melihat kuda Rib'i yang sangat kurus, pakaiannya yang compang-camping dan tombaknya yang tumpul, Rustam mentertawakannya dengan penuh ejekan dan berkata kepadanya; "Wahai Rib'i, kalian datang untuk membuka dunia ini dengan kuda yang kurus, tombak yang tumpul dan pakaian yang compang-camping ini?"
Here comes the coolest part. Rib'i membalas,
"Allah telah menghantar kami untuk mengeluarkan* sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan islam. "
Mengeluarkan* = memerdekakan.
Subhaanallah. Nabi-nabi dan para sahabat bukannya orang yang kaya pun. Kadang ada mereka yang hidup di tepi jalan dan tidur atas lantai ibarat pengemis zaman sekarang, tetapi mereka tetap happy berbanding dengan orang yang kaya-raya, kereta mewah-mewah, rasuah di sana sini tetapi hidup gelisah gundah gelana. Banyak masalah.
Bukan nak suruh kita hidup miskin, merempat tepi jalan, makan nasi bujang setiap malam etc., tetapi nak membangkitkan persoalan, adakah jiwa kita merdeka? Merdeka dari rantai-rantai yang membelenggu.
Wallaahu'alam bis sowabb.
0 comments:
Post a Comment