Wednesday, August 3, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim




Hari pertama Ramadhan:

     Secara fizikalnya, terasa seperti hari-hari biasa. Segar. Pagi tadi bangun sahur pun sempat makan mee goreng. Ok la. Atau mungkin ini hanya mentaliti aku je kot? Mungkin sebab hari pertama, tak rasa penat sangat kot?


Hari kedua Ramadhan:

     Okeh. Mula terasa penat, ops. Bukan penat, tapi lapar. Bila buat kerja tu memang susah betul nak fokus. Lagi-lagi bila surf tenet, dekat ads tu banyak promo makanan. Memang mengundang betul.

     Oh. Hari ni sahur setakat minum air je. Alasan tak makan sebab mengantuk. So, mungkin inilah kot sebabnya?


Hari ketiga Ramadhan (hari ni):

     Mungkin tak sesegar atau secerdas hari pertama, tapi tak seteruk kemaruk makanan macam semalam. Masih ok lagi. Sahur? Tadi makan 3 biji kurma, 2 gelas susu & satu gelas air sejuk. Nak makan berat-berat macam nasi2 ka apa ka tak sempat sebab lambat sampai rumah.

*Melencong ja kerja hang ni*   suara latar

     Mungkin orang kata makan kurma mana cukup. Aku sendiri mengaku, tak puas pun makan kurma walau 3 biji. Tapi, tak seteruk semalam, langsung tak makan.

     Jadi, konklusinya, bersahurlah. Salah satu cara untuk ‘stay fit’ dan ‘stay healthy’ semasa bekerja, study etc. Sekurang-kurangnya, tak ada la nampak fitnah sangat kan bila orang luar tengok kita lemah longlai pada bulan ni padahal berapa banyak je peperangan islam yang menang besar pada bulan ni.

    Bukan setakat pengalas perut untuk kerja@study@dakwah pada esok siang, tapi dapat jugak melatih kita untuk qiam setiap hari.  Perh. POINT BESAR NIH

     Sesungguhnya, aku bercakap di hadapan cermin (maksud: peringatan untuk diri sendiri).




“Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-malaikatNya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.”
[hadith riwayat Ahmad]




Wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 12:55 PM
Categories:

 

7 comments:

nursabirah azhari said...

share hadis ni ye :))

zabed said...

terasa janggal pulak bila orang mintak izin nak 'share hadith'. hadith kan untuk semua, so rasanya tak perlu meminta izin 'kot'.

apa2pun, tolong share hadith ni ye. dapat jugak saham time ramadhan ni. alhamdulillah

nursabirah azhari said...

erk.astaghfirullah.ok,noted :))

FarizDanialz said...

tips ana time kat universiti/kolej, ana makan 3 bijik kurma je. rase tak cukup tambah la 5-7.. alhamdulillah sepanjang hari tu tak la rase kebulur..

zabed said...

fariz danial: perh. jazaakallah khair for tip sharing.

*senang sahur dengan kurma ni. tak payah masak, tak payah basuh pinggan, just buang je biji dia. lol

Inche gabbana said...

eh anda dah tak menulis dah ke..? ke ni hibernasi ntok fokus sepenuhnya beramal di bulan ramadhan..? masha-allah, doa saya ntok anda.. ;)

rindukan tulisan2 basah anda.. ^^

zabed said...

hibernasi? boleh lah. fokus sepenuhnya beramal? masih lagi sedang mencuba.

jzkk kerana mendoakan. saya pun mendoakan yang terbaik untuk inche gabbana pada Ramadan kali ini. Amin~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>