Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Ada orang kata, malam hari sabtu lepas bersamaan 20/8/’11 adalah The Night of Power atau lebih femes dikenali sebagai Lailatul Qadr. Malam ke 21, malam nombor ganjil. “Bingo!” ada orang kata. Dan pada malam Ahad tu jugak aku bangun lambat untuk qiam. Boleh kata, aku dah ‘melepas’. Maka berlakulah lintasan hati yang berbaur kecewa, sedih, menyesal dan hilang semangat 10 malam terakhir.
Kalau berlaku emosi sedih, kecewa dan menyesal tu takpa lagi, tapi kalau semangat dah hilang, kan menurun graf iman tu. Kalau graf naik tu bagus la jugak. Ok so kalau betul lah Lailatul Qadr dah lepas, so what’s next??
“Aih melepas aku Lailatul Qadr dah berlalu. Hilang mood (nak beramal) aku”
“Woohoo aku jumpa Lailatul Qadr doh semalam! So boleh sambung tidur kat rumah pulak la lepas ni”
“Malam ni malam genap, so relak-relak dah lah”
Secara jujurnya dalam dasar hati ni, bila ada member cakap malam Lailatul Qadr adalah 21hb yang lepas, perh, hilang semangat gua. Rasa berat badan nak bergerak untuk iktikaf di masjid. Serius. Rasa macam, “Okay. Get back to normal life”.
Hakikatnya, walau syaitan tak ada pada bulan ni, tapi kesan-kesan idealogi berasal dari hasutan syaitan tu berlegar-legar dalam kepala, sehingga Allah yang menyelematkan hambaNya melalui sepotong hadith:
‘Aisyah RA berkata:
“Baginda dahulunya apabila masuk sepuluh malam yang akhir Ramadan, baginda akan menghidupkan malam, membangunkan isteri baginda dan lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah.”
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
“..lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah..”
PAP! Kepala aku terhantuk lepas dengar hadith ni. Walau (contohnya) Lailatul Qadr dah lepas, walau malam genap ka malam ganjil ka, Rasulullah “..lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah..” pada 10 malam terakhir.
DUDE!! Kau kena ingat sekarang ni masih lagi di bulan Ramadan, bukannya bulan-bulan lain. Takkan lah kau dah lupa Ramadan adalah bulan keampunan?
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu [Hadith riwayat Bukhari]
Kalau Rasulullah pun lebih bersungguh-sungguh dalam beribadah pada 10 malam terakhir, apatah lagi kau hamba yang hina dhaif cacat yang bergunung tinggi dosa? Kau nak jadi hamba kepada Lailatul Qadr atau hamba kepada Allah? Kau nak jadi hamba kepada Ramadan ke kau nak jadi hamba kepada Allah?
So get up, wash your feet, and KEEP WALKING!! Duh.
*tulisan yang berwarna merah di atas adalah dialog antara aku dan alter ego aku sendiri. Dengan bahasa mudah, peringatan khas untuk aku sorang saja.
Yes, dan satu lagi, pernah dengar tak ‘kata-kata orang’ yang Lailatul Qadr adalah malam yang special disediakan Allah untuk hamba-hambaNya yang bekerja keras? Kiranya, tarikh Lailatul Qadr tak tetap pada sesuatu waktu saja, boleh jadi malam ni A jumpa Lailatul Qadr, 2 malam selepas tu B pulak yang jumpa etc.. Wallaahu’alam. Aku tak tau betul ke tak. Tak pernah dengar lagi hadith macam tu. Kalau ada, sila share di ruangan komen.
Apa-apapun, telitilah ayat Quran ni:
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
[65:3]
Kalau benarlah dakwaan bahawa tarikh Lailatul Qadr adalah tidak tetap, maka jangan kita menyangka bahawa Lailatul Qadr dah terlepas, kerana rezeki boleh datang dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Who knows? Sebab tu lah kita jangan menyangka atau membayangkan bentuk pertolongan/kemenangan/nikmat/hidayah dari Allah.
Akhir kata, ingatlah Allah Maha Adil. Balasan akan diberikan SETIMPAL dengan apa yang diusahakan. Semoga Allah mempertemukan kita dengan The Night of Power .
Macam cool la plak sebut 'The Night of Power'. Lol.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُBarangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.[99:7]
p/s: antara kemenangan pada 10 malam terakhir Ramadan, rejim Gadafi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Allahu akbar!
Wallahu’alam bis sowab..
2 comments:
tu la hikmahnya Nabi SAW tak reveal bila tarikh sebnar dapat jumpa ngan Makcik Laila n Pakcik Qadar. Kalau tak sume org fokus satu malam je. Tak idop la 10 malam terakhir Ramadhan tu..
tp honestly sy rasa ntok kali ni, makcik laila blom muncul lg. iAllah masih ada harapan ntok anda..! XD
jom jom kita lari pecut...!
p/s: eh pnah terfikir tak. kalau malam kat sini, tempat lain mcm mesir ke, UK ke, blom mlm lg. so kiranya, lailatul qadar ni sebenarnya satu hari ah, sbb merentas negara. tak ke..? ^^
harapnya macam tu lah insyaAllah.
psl LQ merentas negara tu, pernah jugak terfikir, tapi last2 tak menyumbang kepada 'pergerakan tubuh badan' lalu dilupakan. haha wallaahu'alam
Post a Comment