Friday, April 22, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Tarik nafas panjang-panjang

Ssiiiiiiipppppppppppp! Ahhhhhhhhhh~

Ok. Boleh teruskan membaca.


*******



     Pulang dari Careers Fair kat Mid Valley, bawak kereta kawan, kereta manual. Bukan reti sangat pun bawak manual, tapi saja-saja seronok.

     Hari semakin malam. Pukul 10++. MRR2 ni memang betul laa. Malam-malam pun masih lagi banyak kereta. Mentang-mentang esok Monday Blues , entah berapa ramai la yang baru balik dari Pantai Timur dan Utagha nuh.

     Sibuk berpot-pet-pot-pet dalam kereta, tiba-tiba aku sedar kelajuan kereta tidak menambah walaupun accelerator  dipijak. Herm. Ni mesti aku tak masuk gear betul-betul ni. Aku pun pijak clutch , tukar gear rendah dengan smooth  dan terus tekan accelerator  sekali lagi. Aik? Tak laju pun? Tak ada bunyi enjin pun? Ah sudah. Mati enjin pulok.


"Zabed?"

Aku jawab, "Mati enjin pulak."

"Akhi, baca bismillah."


      Bismillah, cuba hidupkan enjin, tapi tak boleh gak, semput. Elok-elok je kat right lane  nak mati, MRR2 pulak, depan Tesco Ampang. Pergh, combo. Tekan hazard light , keluar kereta. Berapa ramai hah kau kereta dok hon-hon tak puas hati.


"Yang kau pergi berenti kat right lane kenape budak!!!"


     Bukak bonnet kereta, oh air dah kering. Patut la tadi kipas asyik bunyi je walaupun dah cabut kunci. Dipendekkan cerita, bawak jumpa pomen keesokan pagi, check masalah, total cost of repair  RM600. ENAM RATUS HINGGIT!!! Kan dah tersembur air liur bila aku dengar harga tuh. Mana aku nak cari duit??

     Apa benda yang pertama sekali keluar dari mulut untuk menyedapkan hati orang bila berlaku dugaan macam ni? "Sabar...ini ujian dari Allah. Ada hikmahnya tu."

     Hohoho. Selalu baca artikel, blog, nota etc. yang berkaitan dengan ujian & dugaan ni, mesti ada satu pattern  yang sama; mula-mula ditimpa musibah, pengakhirannya pasti sesuatu yang baik. Sebab apa mesti cerita tentang pengakhiran yang baik? Sebab nak sedapkan hati. Baaagusssssss. Aku sendiri pun pernah tulis benda-benda macam ni, lepas ujian pasti ada ganjaran.


     Kadang-kadang, kita sendiri dah muak kan baca cerita-cerita macam ni?


     Cuma kali ni, satu perkara yang aku belajar dari perisitwa ni, buat aku teringat tentang kisah sahabat yang mula-mula masuk islam dulu.

     Kalau kita bukak Quran sekarang, betapa banyak fakta-fakta sains seperti gunung sebagai pasak bumi, proses kitaran hujan, air sungai dan laut tidak bercampur, Big Bang , proses penciptaan manusia dari sperm hingga daging, elemen tanah dikaitkan dengan protein dan bermacam-macam lagi. Tak masuk lagi janji-janji Allah seperti syurga, neraka, kemenangan ke atas Parsi oleh Rom, penaklukan kota konstatinopel dan lain-lain.

     Perlu diingatkan, sekarang zaman sains, jadi kebanyakan ayat-ayat dalam Quran mampu dibuktikan dengan teknologi terkini. 1400 tahun yang dulu ada ??????

     Kalau kita ni orang luar pada zaman Nabi dulu, mesti kita akan pandang sahabat-sahabat ni dengan pandangan pelik, kemudian berkata, "Eh? Ape bende yang korang dok percaya ni? Mana buktinya?"


إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
 
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata, "Dogeng-dongengan orang-orang dahulu kala." [68:15]


     Cuba bayangkan bagaimana keadaan sahabat. Mereka dalam keadaan ditindas, diseksa, miskin, minoriti. Dan ayat Al-Quran yang diturunkan pada awal penurunan adalah bertemakan seperti kiamat, janji-janji manis syurga dan kemenangan. Seolah-olah, Allah hendak menguji mereka, agar percaya dan yakin, atau bahasa lagi tepat, beriman dengan Allah, beriman dengan Al-Quran, walaupun keadaan realiti persekitaran menggambarkan sesuatu yang berlainan dengan janji-janji Allah (miskin, kena siksa, lemah etc.).

     Dengan bahasa lain, ibarat janji-janji Allah adalah mustahil.


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, [94:5] 


     Bagaimana ya, bagaimana. Bagaimana perasaan sahabat-sahabat time tu? Beriman dengan kemenangan yang djanjikan walhal janji-janji itu jauh? 


     Satu pengajaran untuk aku, agar tidak terlalu ber'harap' dengan bentuk-bentuk 'kemenangan' yang difikirkan dalam otak, kerana 


وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
[65:3] 


     Oleh itu, jangan berhenti berharap dengan janji-janji kemenangan dari Allah yang jauh lebih indah daripada apa yang kita imaginasikan. 

     Siapa sangka seorang penzina diampunkan dosanya setelah memberi minum kepada anjing yang kehausan?



فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus [17:84]




Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 5:23 PM
Categories: Labels:

 

2 comments:

Anonymous said...

jazakallahu khayran, zabed for the entry. jangan berhenti berharap! ;)

zabed said...

wa iyyak. insyaAllah~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>