Tuesday, April 19, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Baca surah Saba, terasa gatal-gatal kat hidung. Rupa-rupanya, terkena batang hidung. Ayat 15-17.



لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ ﴿١٥﴾ فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ ﴿١٦﴾ ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُم بِمَا كَفَرُوا ۖ وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا الْكَفُورَ

     Sungguh, bagi kaum Saba ada tanda di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan)


"Makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik sedang Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun."


     Tetapi mereka berpaling, maka Kami kirim kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi pohon yang berbuah pahit, pohon Asl dan sedikit pohon Sidr.


     Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.


[Saba 34:15-17]


      Fuuuh!  Aku hembus nafas yang banyak melalui mulut. Lihat balik ayat 15-17 sambil duduk bersila. Kemudian, aku pandang atas, pastu bawah. Lutut digerak-gerakkan. Kemudian aku pandang kanan dan kiri. Tunduk kepala jap. Pastu pandang depan, diiringi suatu jeritan dalam hati, 


APAHAL SEBIJIK SANGAT AYAT NI DENGAN AKU?????????




Preview Kaum Saba

     Ini adalah kisah yang dirakamkan dalam Al-Quran tentang kaum Saba, selepas ratu Balqis berkahwin dengan Nabi Sulaiman 'alaihi salam, dan ketika itu kaum Saba menyerahkan diri kepada Allah (islam).

    Dan kaum Saba telah mengalami suatu 'evolusi' seperti yang diterangkan dalam ayat 15. Mereka modern , pandai, bijak, intelek, 1st class mentality , etc. Mereka hebat, pandai reka bermacam-macam sistem, suatu peradaban mantop. Dan juga, kalau kita ingat balik buku sejarah tingkatan 4, zaman jahiliyyah di tanah Arab bermula selepas Empangan Maarib runtuh. Yang buat empangan maarib tu la kaum Saba. Hebat kan?

     Dah la muslim, pastu dianugerahkan suatu bentuk kebijaksanaan dalam engineering  pulak tu. Tetapi, ditimpa bala, kerana kekafiran????



     Dah jadi 'muslim' pun dikira sebagai kafir? 



Tujuan Hidup: Kitar Semula

     Bagaimana perspektif masyarakat melihat seorang anak kecil?

     Sejak aku kecik lagi, aku diajar oleh masyarakat untuk 'bercita-cita'. Wah, bagus tu. Kecik-kecik dah berwawasan.

     Sewaktu darjah 1, bapak kawan aku tanya, "Ayah kerja mana?". Gua jawab, "Selekom (Celcom)" time tu buta huruf lagi. What do you expect man?!  Pastu, pakcik tu tersengih dan tanya lagi, "Besar nanti nak jadi apa?". Aku pun dengan bangga jawab, "Nak jadi polis!!!"

     Dulu nampak polis terasa macam jadi hero . Wooh! Biasa la. Budak-budak kan. What do you expect man?!

     Pastu, cita-cita murni bertukar bila menjadi murid darjah 3. Cikgu kat kelas tanya sorang-sorang tentang 'cita-cita' hidup, ramai yang jawab nak jadi doktor, cikgu, pilot, jurutera, etc. Tapi ada sorang kawan tu, bila ditanya, dia jawab dia nak jadi seorang scientist . Satu kelas senyap, semua tergamam. Wow. Cita-cita apa tu? Terus ramai budak tanya "Scientist  tu apa cikgu?", kemudian cikgu pun terang la panjang-panjang. Aku pun masa tu bersinar-sinar mata mendengar perkataan scientist , maka terus-menerus mengubah cita-cita dari polis kepada seorang scientist. *feeling geeky *


     Masa berlalu dengan pantas, dari uniform seluar biru tua bertukar kepada seluar hijau gelap. Zaman tu, racun manga  mula meresap dalam kepala. Balik sekolah baca komik. Gila komik, sampai kagum tengok tauke kedai Kinokuniya. Semenjak tu, fikiran nak jadi scientist  lenyap, nak jadi kartunis pulak, tapi lukisan buruk. Ah! Jadi tauke kedai komik pun ok gak, kan??


     3 tahun berlalu, warna seluar pun bertukar kepada khaki. Mula menjejakkan kaki kat tengah-tengah ceruk hutan di Semenanjung Malaysia. Dekat sini la baru mula-mula memahami 'tujuan hidup' mengikut perspektif masyarakat sekarang. 2 tahun berada di sini, baru aku sedar yang aku tak diberi pilihan langsung. Kamu kena pilih elok-elok, kamu kena berjaya, kamu kena banyak duit, kamu akan hidup senang, kamu duit kamu berjaya kamu kereta besar kamu kamu kamu . Dengan banyak duit, itulah definisi berjaya. Simple  sahaja kan equation  tu? Ramai cikgu syorkan jadi D atau J. Orang ramai kata D susah, jadi dekat borang, aku tulis nak jadi J. Ape benda jurutera tu?

     Tahun 2008, mula masuk zaman selepas sekolah. GILA BORING ENGINEERING! Dah la tak minat, leceh, entah hape terlampau detail, explanation  lagi blablabla. Masa tu mula aku pelik tengok diri sendiri,  sebab setiap keputusan di-'takdir'-kan oleh orang luar. At that time , hampir setiap kali sebelum tidur, selalu aku persoalkan tentang bidang yang aku amik ni. Apesal aku amik kos ni? Oh sebab time sekolah dulu ramai 'orang' syorkan, bagus-bagus.



    Baring atas katil. Tengok kipas bergerak dengan laju. Aku pelik tengok diri sendiri. Kenapa aku buat sesuatu yang aku tak suka, just for the sake  untuk 'hidup senang'? Bukankah aku tengah senang ke ni? Tengah baring atas katil, ada kipas lagi. Kehidupan 'senang' yang macam mana masyarakat definisikan?

     Aku puas je dengan kipas ni, kenapa perlu tukar air-cond ? Aku puas je dengan katil buruk ni, kenapa perlu tukar tilam Dreamland  ? Aku puas je bawak kereta kecik, kenapa perlu tukar kereta besar? Oh! Sebab masyarakat sekarang mendefinisikan kehidupan yang 'senang' atau 'berjaya' dengan memiliki material yang  *Wow!* , kemudian kita akan dipandang tinggi. Hak tuihhhhh! Aku bukan hamba kepada masyarakat!


     Kalau inilah definisi tujuan hidup mengikut perspektif masyarakat, sebenarnya aku bakal menjadi hamba kepada manusia. Isshhhhhh taknak aku! Dan, 'mentaliti' begini akan berulang bila aku ajar benda yang sama tentang 'cita-cita' hidup kepada anak aku. Seolah-olah kitar semula. Atau bahasa kasar, kitaran bodoh! Sampai bila nak berhenti?????



     Sebab tu bila baca ayat 15-17 surah Saba, aku gatal hidung. Diorang muslim, sama macam kita. Pandai, sama macam kita, teknologi bermacam-macam, tetapi kufur, gilakan harta, gilakan pangkat, tak pernah puas dengan apa yang ada, sama macam kita. Lagi banyak nikmat yang diberi, lagi 'lemak' kita naik. Gatal hidung tak baca ayat 15-17 ni?

     Setiap hari baca paper , cerita Palestin yang tidak berkesudahan letup di mana-mana. Di Libya, US masuk campur untuk menggulingkan pemerintahan kuku besi. Kacau daun gila. Syria pun, opposition  dibantu oleh US. Jepun? Masih tak redha lagi masalah tsunami. Baru-baru ni banyak pula gegaran kecil-kecil dekat sana. Mungkin, definisi 'kehidupan yang senang' bagi mereka yang hidup dalam keadaan getir hanyalah untuk terus hidup. Nak hidup pun susah, bila-bila je boleh melayang. Kita kat sini? Tak pernah 'senang' dengan hidup yang sudah senang. Bina lemak je keje.


     Tutup surat khabar. Tarik nafas. Aku dongak ke langit. Apa sebenarnya tujuan hidup aku?


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami [3:8]








p/s: ini lah dikatakan dengan tadabbur Al-Quran, bukan sekadar bacaan berlagu atau tajwid yang sahih sahaja. baca: Kemuliaan Al-Quran  *tajuk macam tak best je *
Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 4:27 PM
Categories:

 

6 comments:

Anonymous said...

terasa2...mmg cukup kene dgn btg idung ak...ehehe

zabed said...

terasa saja tak cukup tu. apa tindakan kita selepas terasa???

herm..muahasabah untuk diri aku sendiri

me said...

kamu tau x..saya berpuluh2 kali baca surah saba' sjak kecik agi.but xpenah terpikir mcmne kamu pikir.Allah Yaftah Alaik!

zabed said...

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia memberikannya KEFAHAMAN dalam Ad-Din
[Bukhari & Muslim]

yang memberikan kefahaman kepada manusia adalah Allah, jadi selayaknya segala puji hanya bagi Allah.

dan teruskan berdoa kepada Allah agar diberi kefahaman seperti mana yg dikatakan dalam hadith.

wallaahu'alam bis sowab. yang baik itu datang dari Allah

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Thank you, your writings make me think a lot lately

zabed said...

wa 'alaykum salaam. papepun, yang baik itu datang dari Allah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>