Sunday, July 3, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Semenjak kebelakangan ni, tiba-tiba aku selalu dok teringat kata-kata brader naqib waktu mula-mula sekali aku join usrah;



Kurangnya amal kita kerana lemahnya cita-cita kita!
Berapa ramai yang kata nak masuk syurga tapi berapa ramai pula yang buat (beramal, berjihad etc)?





     'Kurangnya amal kerana lemahnya cita-cita'. Peringatan yang simple, namun terkesan sehingga ke hari ni. Sunnatullah (ketetapan Allah) memang akan berlaku dan itu kerja Allah, tetapi benarkah cita-cita kita sungguh kuat sehingga mampu menghasilkan amal atau jihad yang jitu?


Peringatan untuk aku: Berhentilah dari memberi alasan


 





Wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 1:26 PM
Categories:

2 comments  

Thursday, June 30, 2011


Haah. Memang aku nak ‘kecoh’ pun. Oopss. Sory2.



Bismillaahirrahmaanirrahiim...


     Sempena isra’ mi’raj tahun ni, aku pun tak tau nak tulis apa sebenarnya. Korang sendiri pun lagi banyak tau punya. Kat kawasan rumah aku, kuliah-kuliah maghrib dok pum pam pum pam pasal isra’ mi’raj, so tak perlu la kot aku nak kupas banyak-banyak kat sini.

     Cuma, satu point yang agak simple yang ingin dikongsikan berdasarkan peristiwa isra’ mi’raj ni.

     Mungkin bagi sesetengah orang rasa simple.


     Perasan tak, setiap kali Rasul kita dinaikkan ke tingkat-tingkat seterusnya untuk berjumpa dengan nabi-nabi lain, perkara pertama yang baginda lakukan ialah bagi salam?



It was opened and he saw Adam, the progenitor of mankind. The Prophet sallallahu ‘alaihi wa sallam saluted him and the other welcomed him and express faith in Muhammad’s prophethood…

Gabriel then ascended with Prophet to the second heaven, asked for opening the gate and there he saw and saluted John, son of Zachariya (Yahya bin Zakariya) and Jesus, son of Mary. They returned the salutation…

Then they reached the third heaven where they saw Joseph (Yusuf) and saluted him…

The Prophet, in the company of Gabriel, then reached the fourth heaven where he met the Prophet Enoch (Idris) and saluted him…

Then….fifth heaven…..he met the Prophet Aaron (Harun) and saluted him…

In the sixth heaven, he met Mosses (Musa) and saluted him…

…reached the seventh heaven and met Abraham (Ibrahim) ‘alaihi salam and saluted him

[Source: Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar)]




     Hebat Rasul kita. Jumpa orang terus bagi salam.

     Pagi semalam, aku singgah satu stesen minyak nak topup TouchNGo. Sedang aku berjalan ke arah pintu masuk, aku dah pasang azam nak bagi salam dekat abang cashier tuh. Tapi bila dah sampai, aihh terketaq-ketaq jugak lah nak bagi salam tuh. Fikir 2 3 4 5 6 kali jugak lah ‘nak bagi salam ke tak’, last-last,



“Selamat pagi bang! Nak beli apa-apa??”



     Adusss.. melepas pahala memberi salam ‘lebih awal’. Dan bukan setakat tu je,



Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur
[Riwayat Al-Baihaqi]



     Allah..Jelas betul kat diri ni ada sifat ‘ego’.

     Apa-apapun, memberi salam bisa menghancurkan dinding (break the wall) di antara kita dengan orang lain. Tak semestinya “assalamualaikum” sahaja, “good morning” pun boleh, “salam sejahtera”, “wassup bro?”, “yo ma man” etc.



وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)
[An-Nisa’ 4: 86]



Wallaahu’alam bis sowab....

Posted by Posted by zabed at 7:08 PM
Categories: Labels:

4 comments  

Tuesday, June 28, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim





     Pernah dengar perkataan ‘kiasu’? Tau apa benda tu?

     Ini kisah hari selasa pulak. Keluar dari rumah lambat lima minit je pun…. Boom! Habis lah hang. Jam teruk gila. Lagi teruk dari semalam.

     Ni bukan jam yang biasa dilalui, ni jam yang tak bergerak. Dalam 2 3 minit camtu baru la bergerak sikit. Punya lah menyesal gila keluar lambat pagi tadi.


     *Sebelum tu, perkara yang akan dinyatakan selepas ini hanya bisa difahami oleh mereka yang selalu terperangkap dalam traffic jam sahaja. Yang kurang atau tak pernah mungkin blur-blur sikit. Teruskan membaca kalau anda berminat. Bismillaah.


     Tau-tau je la kan kalau dah jam teruk, mesti ramai yang cuba nak larikan diri ke ‘lane’ lain. Aku biasanya akan lari ke lane paling kiri sebab tak nak terlalu ‘tertekan’ atau pressure  berada di lane kanan. Tapi nak pindah masuk ke lane lain tu hang ingat senang? KEDEKUT GILA!

     Kamon la brader. Tengah-tengah jam ni yang hang kalut sangat tak nak bagi orang lain masuk lane ni pasaipa? Hang bukan boleh pi mana pun. Awat selfish sangat ni??

     Haaa. Yang tu lah dinamakan sebagai ‘kiasu’.



Literally: ‘fear of losing’ (Mandarin Chinese: 输)

Kiasu is commonly used to describe behavior where it means to take extreme means to achieve success
[Wikipedia]



     Bunyi macam komunisme je? Wallahu’alam.

     Pentingkan diri. Tidak mengambil kisah faktor-faktor sekelilingnya yang lain asalkan sampai matlamat. Lebih kurang macam tu la maksud ‘kiasu’.

     Apa pendapat anda tentang muslim yang kiasu pula?

     Lebih kurang macam ni la definisi ‘muslim kiasu’ mengikut kepala otak aku:

Seorang muslim yang bercita-cita hendak masuk syurga. Mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata hendak memperbanyakkan ibadah untuk Tuhannya. Pagi malam diisi dengan solat, dzikir, berpuasa selang-seli, sujud etc. tanpa ‘turun ke padang’.



      24 jam beribadah kepada Allah. Tak disibukkan dengan urusan dunia, mengasingkan diri tanpa berhubungan dengan manusia langsung. Macam tu ke caranya hendak masuk syurga?  Wallaahu’alam.

     Jang oii, kalau macam tu la caranya nak masuk syurga, memang senang. Tapi Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 214 bahawa nak masuk syurga bukan senang. Kalau begitulah caranya untuk masuk syurga dengan mengasingkan diri dengan masyarakat dan terus beribadah non-stop, jangan harap pada hari ini kita bergelar sebagai seorang muslim. Jangan harap bahawa ibu bapa kita juga adalah muslim.

     Selepas wahyu pertama berkisar tentang iqra’, wahyu kedua pula bisa menjadikan hati Rasulullah terasa berat untuk melaksanakannya. Baginda bersabda bahawa ‘waktu tidurku telah berlalu’selepas turunnya wahyu kedua, bermaksud bahawa selepas ini tiada lagi waktu untuknya bersenang-lenang dan hidup seperti manusia biasa.

     Apakah saranan wahyu tersebut?



 يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
قُمْ فَأَنذِرْ

Wahai orang yang berkemul (berselimut)!
Bangunlah, lalu berilah peringatan.
[74:2]


     Berilah peringatan! Tanpa arahan berkisar ‘memberi peringatan’, tidak wujudlah sahabat-sahabat seperti Abu Bakar, ‘Umar al-Khattab, ‘Uthman bin Affan & ‘Ali bin Abi Talib. Sahabat-sahabat inilah yang berjaya mengembangkan dakwah islam ke seluruh pelusuk dunia, sehinggakan kita ni yang duduk di ceruk tenggara asia pun boleh terkena tempias mereka.

     Dengan kata lain, tiada dakwah, tiadalah kita. Betul? Dan tidak wujud juga lah istilah ‘islam is for all’. Betul?

     Jelas, hidup kita bukan hanya berkisar hablu minallah (hubungan dengan Allah) semata-mata, akan tetapi hablu minannass (hubungan dengan manusia) juga ditekankan dalam Quran. Menurut sebuah kajian (correct me if I’m wrong ), lebih dari 50% isi kandungan Al-Quran adalah berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia.

     2 tujuan hidup manusia, ad-Dzaariyat: 56  & al-Baqarah: 30 , betul? Kalau kita perhatikan al-Baqarah: 30 , itu lebih ke arah hablu minannass  betul?

     Konklusinya, jangan menjadi ‘muslim kiasu’.  Jangan terlalu syok sendiri dengan ibadah kepada Allah yang terlampau banyak sekiranya kerja ‘memberi peringatan’ tidak dilaksanakan. Kongsikan perasaan manis yang kita rasa ini dengan orang lain, jangan kedekut.

     Bro, Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang setia dengan ‘memberi peringatan’.



إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
[9:111]



     InsyaAllah, mati di jalan Allah adalah cita-cita kami yang tertinggi. Amin~




Notakaki:
Jangan salah anggap bahawa hablu minallah tidak perlu dititik beratkan pula. Hakikatnya, hubungan dengan Allah lebih penting daripada hubungan dengan manusia, tetapi tidak boleh diperlekehkan langsung hubungan dengan manusia. Be the best of both worlds. Segala-galanya akan kembali kepada Allah jua.



Wallahu’alam bis sowab…

Posted by Posted by zabed at 7:15 PM
Categories:

3 comments  

Monday, June 27, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Pukul 7 pagi, hujan lebat di MRR2. MRR2 + hujan lebat = JAM GILA! Lama jugak driving ke ofis, ada dalam sejam lebih baru sampai kot. Wah la.. so productive maaaa.

     Semasa perjalanan ke ofis, kelihatan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh 2 orang wanita. Ish kesian. Dah la tak pakai jaket hujan, basah kuyup baju kerja diorang. Tu tak campur lagi kesakitan sebab melawan arus hujan. Pedih mat.

     Secara jujurnya aku  rasa bersalah. Kereta aku hanya ada aku sorang je padahal boleh muat lagi 3 orang. Siap berbumbung lagi, boleh elak hujan.

     This kind of phenomenon should not happen. I say, this is unfair. No, seriously.

     Ada beberapa sebab mengapa Allah memberi beberapa kelebihan kepada lelaki berbanding perempuan. Aku rasa seolah-olah aku lebih layak berada di pihak penunggang wanita tersebut, dan kedua-dua wanita itu seharusnya berada di pihak aku.

     Betul ke? Terasa seperti Spiderman pulak.

     Ada sekali aku didedahkan dengan sebuah  video tentang kehidupan masyarakat Palestin di kem pelarian tak-ingat-nama. Rasanya takkan keluar kat tv kot sebab ‘pakcik’ kat aqsa syarif tu yang record sendiri. Amateur recording rasanya.

     Ya Allah. Memang dhaif. Saluran paip air bersepah-sepah. Tidak tersusun. Dilonggok-longgokkan. Sama juga dengan kabel elektrik. Bersepah-sepah, tidak tersusun. Nampak macam kerja last minute tanpa diambil kira tentang keselamatan orang yang lalu-lalang. Tak tau nak cakap camana keadaan yang bersepah-sepah atau ‘chaotic’ tersebut.

     But then, here in Malaysia,

     Berapa banyak kereta Mercedes boleh kita nampak kat atas jalan raya? Bukan murah tu. Paling murah pun rm200k.

     Tau BMW X6? Harga lebih dari setengah juta ringgit tapi beberapa bulan selepas pelancaran model tersebut sehingga sekarang, bersepah-sepah X6 tu ada kat atas jalan raya kat Malaysia, lagi-lagi kat KL.

     Kereta baru: Golf GTI. Ni memang hot cakes, pisang goreng. Kat mana-mana memang akan jumpa punya lah. Harga: rm200k ++. Kumpulkan kesepuluh sekali, kita ada aset bernilai lebih dari sejuta ringgit.

     Kaya tak kaya rakyat Malaysia betul? 1 juta ringgit bukan suatu masalah pun sebenarnya. I say, it’s quite a common phenomenon around here.

     Tapi di Indonesia, aku sedekah 1000 rupiah dekat sorang pakcik yang ‘tengah bengang kerana sebab-sebab tertentu’ pun boleh tersengih panjang lebar gila. Padahal 1000 rupiah tu lebih sikit nilainya dari seringgit!

     Jadi, banyak sebenarnya pengajaran yang boleh dikupas melalui beberapa fenomena-fenomena yang diceritakan. ‘umat islam tiada kesatuan’, ‘kita perlu sedekah kepada yang memerlukan’, ‘jangan melebihkan kehidupan dunia’ dan etc. pum pam pum pam.

     Point aku dalam post ni senang je; jadilah seperti Spiderman.





With great power comes with great responsibility
[Uncle Ben, Spiderman 2002 ]



     Berapa banyak kelebihan yang kita ada, baik berbentuk tenaga, kemahiran mahupun harta, hakikatnya ada tanggunjawab yang akan dipersoalkan.

     Nak jadi kaya tak ada masalah. Tapi berwaspadalah dengan kelebihan yang kita ada, atau dalam bahasa orang Roman moden, ‘be aware of what we possess



Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.

[Hadith riwayat Tarmizi]



Wallahu’alam bis sowab…

Posted by Posted by zabed at 9:59 PM
Categories: Labels:

3 comments  

Thursday, June 23, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Ada sekali, pernah aku join program pendakian bukit dan ditakdirkan Allah, 2 orang peserta naik kereta bersama aku. Maka berlakulah 2 cerita dalam kereta;


Cerita 1



Peserta 1: Bang, saya sebenarnya dulu ada pasang jugak cita-cita nak jadi pejuang islam.

Gua: Oh bagus cita-cita tu. Kenapa sekarang tak nak jadi pulak?

Peserta 1: Bukan tak nak jadi, cuma tak berpeluang aje. Saya sekarang amik course IT.

Gua: Herm? Ape kene mengenenye?

Peserta 1: Sebab dulu saya ingat nak masuk tentera, tapi sekarang saya belajar kat uni. Haihhh tak tau la camana bang.

Gua: *Muka hairan*


Cerita 2



Peserta 2: *sambil memandang Peserta 1* Akhi, jangan bermuka sedih. Kita nak pergi berjihad ni. Anta sepatutnya rasa gembira!

Gua: Berjihad? Cuba terangkan sikit.

Peserta 2: Akhi, kalau anta betul-betul merasai kemanisan dakwah, Allah.. Kalau kita sedang kelaparan dan diberi pilihan antara segunung nasi dan dakwah, pastinya kita akan memilih dakwah kalau kita benar-benar merasai kemanisannya!

Gua: Dulu anta sekolah mana?

Peserta 2: Ana dulu belajar kat Maahad *tak ingat nama* kat Kelantan. Ada jemaah ______ masuk sekolah ana dulu.


Ohh patut lah semangat semacam.


Gua: Bagus! Habis tu macam mana kita nak salurkan semangat atau perasaan kemanisan dakwah ini? 

Peserta 2: *senyap untuk beberapa minit*



Pengajaran


      Tak nak ulas panjang-panjang. Berfikir dengan mendalam lebih baik daripada mendengar bulat-bulat. Jadilah seperti ulul albaab.

Cerita 1: Jihad berasal dari 2 perkataan arab iaitu jahdu  (bersusah-payah) dan juhdu  (bersungguh-sungguh). Perjuangan islam tidak terhad hanya pada bentuk ketenteraan sahaja, malah islam itu syumul , merangkumi segala-galanya. Kalau kita seorang pemuda, manfaatkan tenaga yang ada pada diri kita dan sinergikan dengan islam.

Cerita 2:  Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampus bercakap namun hanya sedikit yang mampu bersabar ketika beramal. Tidak sama orang yang sedang duduk dan orang yang sedang berlari.


     Point yang paling penting, peristiwa ini merupakan gambaran atau amaran kepada aku agar membahaskan kefahaman dengan amal, bukan menanam tebu di tepi bibir.


Wallahu'alam bis sowab....

Posted by Posted by zabed at 11:56 AM
Categories:

3 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>