Bismillaahirrahmaanirrahiim
Sedang dunia dikejutkan oleh berita di Mesir, tiba-tiba kepala aku teringat tentang Children of Bodom.
Apa dah jadi eh dengan diorang? Lama dah aku tak update pasal depa ni. Entah-entah dah ada album baru kot?
Aku pun Google perkataan "Children of Bodom", keluar website dia, aku click dan tengok. Yeap, diorang dah keluarkan album baru.
'Relentless Reckless Forever' ? Maksud mendalam ni. Hit single? 'Was It Worth It?' Try dengar...
Aku bukak YouTube tajuk lagu tu. Perh, siap ada trailer lagi. Maju diorang ni, makin famous. Kemudian, aku try dengar lagu dia kat youtube. Herm not bad.... Then, aku baca comment daripada uploader dekat video tu.
Uploader:
Metal heads all over the world, listen!
The world is changing! The tallest player in the NBA is asian!
And the chick with the highest pitched voice is Justin Bieber!
No one listen to metal anymore! Justin Bieber's 'baby' video currently has over 450,000,000 views! What the f*! Everybody unite on Feb 21st and watch Children of Bodom! Refresh your page 5 times to give it 5 more views! Thumbs this up so it gets noticed! And copy + paste to all metal vids of your choice! UNITE!!!
[80 like this]
Haha aku gelak jap baca comment ni. Sedar pun diorang yang kiamat dah dekat. LOL. Pastu, ada reply untuk comment tersebut:
Anonymous:
I wouldn't mine if everyone would refresh this 10 timess ;)
[28 like this]
Semangat habis diorang ni! Pastu aku scroll lagi nak baca comment lain pulak.
Anonymous:
If you want to prove metal is alive, start going to live shows even to underground metal shows and buy merchandise from the band. Millions of views in youtube proves sh*! Let's prove that metal worths our money and time.
[0 like this]
"Let's prove that ". Perh. Ni lagi mantap. Dah termasuk kategori da'wah bil haal dah ni! Da'wah bil haal: da'wah yang mengedepankan perbuatan nyata. Ni mesti baru lepas baca salah satu risalah hasan al-banna; Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyyun? -- Adakah Kami Golongan Yang Beramal?
Berapi-api gila semangat mereka! Apa yang mendorong mereka sebegitu? Aku tanya diri sendiri, apa yang best sangat sampai nak 'UNITE ' untuk metal band ni? Opppss silap. Dalam menilai orang lain, kita kena, "walk a mile in my shoes " dulu. *Meaning: you should try to understand someone before criticising them.
Kemudian, aku cuba bayangkan sekiranya aku berada di tempat diorang. Hermm teringat kisah lama. Kalau aku tak join tarbiyyah, memang definitely aku akan 'bersama' diorang. Aku berjuang kerana band metal; aku akan buat seperti mana yang dianjurkan oleh uploader tersebut, aku akan copy statement tersebut kemudian paste dekat status Facebook, aku akan sebarkan berita tersebut di kalangan member-member di Melawati untuk teruskan 'perjuangan kita' & aku akan teruskan promote beberapa lagu-lagu metal kepada orang awam agar mereka dapat menerima sedikit demi sedikit. Serius gua pernah buat sekali yang promote bagi orang dengar tu. Dulu time foundation ada sorang housemate dari Nigeria. Ya know, orang-orang sana mana minat lagu-lagu metal yang keras-keras ni. Diorang dengar lagu hip hop & R&B je. Pastu, gua keep on 'dakwah' beliau setiap hari sehinggalah akhirnya dia menerima satu lagu Trivium - Like Light to The Flies. Dia kata best. Perh, betapa sukanya hati aku bila 'dakwah' berjaya!
So, apa yang mendorong atau motivate aku (old version) dan mat-mat metal ni? Diorang ni walaupun tidak menjadikan Allah sebagai matlamat mereka, namun 'motivasi' mereka mampu untuk menggerakkan seluruh anggota badan mereka untuk menyebarkan fahaman diorang. Pelik? Tak pelik.
Bila aku refresh balik zaman sewaktu aku terlibat dengan benda-benda ni, akhirnya aku faham juga kenapa; Kerana rasa 'best'. Kerana manisnya rasa 'best' menghayati lagu metal, munculnya suatu perasaan dalam diri bahawa perlunya share atau kongsi perasaan manis ini kepada orang yang berada di sekeliling. Betul ke? Tanya diri sendiri laa!
Ingat lagi cerita Kerana Manisnya Epal yang kita belajar time SPM dulu? Kenapa pakcik Buchanan tu masih lagi berjuang untuk kebun epal tersebut walaupun tentera dah on the way ke kebun tersebut? Walaupun dah diberi tawaran yang lumayan untuk membeli tanah kebun epal tersebut? Kerana Manisnya Epal ! Baca tajuk laa!
kerana manisnya atau feeling-nya bermain gitar |
Kemudian, aku teringat kata-kata naqib aku:
"Kalau kita tak rasa 'best' dengan islam, kita tidak akan menyebarkannya"
Zzappt! Setuju 100%.
Bagaimana kita? Adakah kita benar-benar berasa 'best' menjadi muslim? Apa sahaja usaha kita? Jihad study??? Jihad ekonomi???
Jihad
Berdasarkan pengalaman, ramai yang akan mengatakan bahawa mereka sedang 'jihad study' atau 'jihad ekonomi' bila diajak untuk jihad yang sebenar-benarnya [22:78]. Berdasarkan pemerhatian, input tidak sama dengan output. Gua tak nak comment panjang-panjang pasal jihad study atau jihad ekonomi ni. Kang nanti ada yang terasa, berjela-jela pulak. Baca Jihad Study kalau nak taw sangat pasal benda ni.
Cuma, nak tambah sedikit. Jihad berasal dari perkataan jahdu = bersusah payah dan juhdu = bersungguh-sungguh. Kalau betul-betul la kita kata kita berjihad, selagi mana kita tak berasa susah atau diancam, selagi mana kita tak bersungguh-sungguh, selagi itulah jangan sesekali berani membuta tuli kata bahawa, "Aku sedang jihad study / jihad ekonomi ". Habis tu, bentuk yang macam manakah jihad yang sebenarnya itu diaplikasikan kepada manusia??
Utusan Allah; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, qudwah atau contoh ikutan kita. Bagaimana Nabi Muhammad berjihad? Adakah baginda berasa senang-senang atau aman dengan jihad baginda? Adakah baginda berasa selesa atau berada pada comfort zone semasa baginda berjihad? Baginda ditentang! Baginda diboikot! Baginda dihina! Baginda dicaci, diejek! Baginda dituduh orang gila! Baginda dilontarkan kantung najis haiwan! Baginda dilemparkan batu sehinggakan berdarah kepalanya! Kerana apa baginda diancam sebegitu rupa sedangkan baginda sebelum diangkat menjadi rasul diberi gelaran al-amin (yang dipercayai), malah berasal dari keluarga terhormat di Quraisy, dan pada diri beliau sendiri sangat-sangat dihormati oleh rakyat-rakyat Quraisy? Kerana apa baginda keluar dari zon selesa dan aman? Nah, inilah dikatakan jihad dengan sebenar-benar jihad. Kerana 'best'nya menjadi seorang muslim, kerana manisnya syurga, kerana manisnya mengharapkan keredhaan Allah, mereka tetap berjihad (baca: bersusah-payah dan bersungguh-sungguh) untuk menyebarkan kalimah "Laa ilaaha illallah ", tiada yang berhak disembah melainkan Allah.
Seorang muallaf berbangsa 'biologically ' Cina Malaysia yang sedang belajar di UIA pernah ditanya, kenapa sanggup bersusah-payah demi islam, sehinggakan dihalau oleh keluarga, terpaksa mencari rezeki untuk makan minum serta menuntut ilmu di UIA dengan hasil usahanya sendiri. Kemudian beliau menjawab dengan tenang,
Akhi, dunia ini sekejap. Sekejap lagi kita akan tinggalkan
Allah.....Tertunduk kepala gua dengar statement ni. Ini muallaf yang menganut islam, eh silap, faham islam selama 2 tahun. Kerana 'best'nya menjadi muslim, kerana manisnya syurga, kerana manisnya mengharapkan keredhaan Allah !
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (pangkat).
[Al-Baqarah (2):155]
Selagi kita berada dalam comfort zone, berada di kawasan 'aman', selagi ujian-ujian yang disebut dalam ayat 2:155 tidak dirasa kita, selagi itulah jangan mengotori erti jihad sebenar (baca: bersusah-payah & bersungguh-sungguh) dengan jihad yang kita selalu claim tersebut (i.e jihad study, jihad ekonomi, jihad demonstrasi etc).
Kembali kepada persoalan; sekiranya kita tidak rasa 'best' dengan islam, maka kita tidak akan menyebarkannya. Benarkah kita rasa 'best' menjadi muslim? Apa sahaja usaha kita? Kita yang mengaku pemuda islam?
Imam Hasan Al-Banna (pengasas Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai Muslim Brotherhood) telah merumuskan dua jenis pemuda dalam sebuah ucapannya (atau dalam risalah Ila Syabab -- Kepada Pemuda).
1. Pertama, pemuda yang lahir dan hidup dalam kegetiran, prahara. Mereka ini pemuda perjuangan. Setiap pagi mereka bangun memikirkan bagaimana untuk survive pada hari tersebut. Otak mereka ligat mencari jalan untuk menyelamatkan wajah-wajah kesayangan mereka daripada kekejaman musuh Allah.
2. Manakala satu jenis lagi adalah anak muda yang lahir dalam sebuah negara yang aman damai. Keselesaan menyebabkan mereka lalai, lupa tanggungjawab yang wajib digalas.
Itu klasifikasi untuk pemuda menurut Imam Hasan Al-Banna. So, kita pemuda islam? Tanya diri sendiri, selama aku hidup sebagai muslim, pernah tak aku rasa 'best' menjadi seorang muslim ni? Adakah perasaan best menjadi muslim tu pernah mendorong kita untuk bergerak dan beramal? Sebagaimana mat-mat metal yang comment kat video YouTube Children of Bodom tu? You ask yourself laa bro!
Mungkin ya, mungkin tidak. Bro, camana nak rasa 'best' tu? Aku kagum tengok semangat diorang meluap-luap despite ditentang habis-habisan. Apa benchmark atau titik rujukan perasaan 'best' tu?
Mungkin ya, mungkin tidak. Bro, camana nak rasa 'best' tu? Aku kagum tengok semangat diorang meluap-luap despite ditentang habis-habisan. Apa benchmark atau titik rujukan perasaan 'best' tu?
Daripada Anas bin Malik radhiyallahu 'anh, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan atau keindahan iman iaitu:
1. Kasihnya kepada Allah dan RasulNya melebihi kasih selainnya
2. Dan mengasihi seseorang hanya kerana Allah dalam urusan mentaatinya
3. Dan perasaan benci kembali kepada kekufuran (kerana Allah telah menyelamatkannya dan memberi hidayah kepadanya) sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam neraka.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
*Mungkin bagi sesetengah orang, no 1 & 2 tu susah. Tak pa. Step by step bro. Mulakan dengan no 3 dulu, betapa 'best'nya menjadi muslim bila kita benci untuk kembali ke kehidupan jahiliyah lama kita
Naqib gua juga pernah cakap,
"Semasa zaman kebangkitan islam (sekarang), adakah kita akan bersama-sama muslim yang sedang berjuang? Atau duduk dan tengok sahaja (complaint, excuses etc)? Atau bersama mereka yang menentang muslim yang berjuang?"
Mudah-mudahan, Allah menurunkan hidayah kepada saya dan mereka-mereka yang sedang membaca, supaya kita berasa 'best' menjadi muslim. Amin~~ :)
Wallahu'alam bis sowab
2 comments:
Salam akhi,fuh mmg mantop.. ^_^ ana loike sesgt.. anyway, Its a great job.. Moga2 akan keluar lagi dgn penulisan yang menarik jiwa utk membaca.. ^_^ ilmu2.. alhamdulillah.. Part pemuda dan hadith kemanisan iman plg ana suka.. ^_^
wassalaam. ini ana banyak quote dari orang sekeliling. apa2pun, yang baik datang dari Allah. :)
Post a Comment