Sunday, February 13, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Priittt! 


     Wisel berbunyi. Ramai-ramai terus pecut dengan laju walaupun larian amal ini dinamakan 'jogathon'. Aku pun pecut jugak sebab tak nak nampak macam loser. Agak hectic jugak mula-mula tuh; awal-awal lagi semua peserta dah laju gila lari.

     Kira-kira dalam 300 meter dari pagar sekolah, dah boleh nampak beberapa peserta mula  berjalan. Hahaha. Dah pancit dah lepas sprinting. Motivasi pertama: Tak nak jadi loser seperti mereka-mereka yang pancit ni, aku terpaksa menguatkan stamina badan untuk terus jogging.

      Masuk pagar belakang UIA, nampak pemandangan yang lebih luas sikit. Sejuk mata memandang sebab langit biru. Pastu building design nampak pelik sikit berbanding tempat-tempat lain kat area Gombak tuh. Teruskan jogging dan jogging dan jogging dan jogging dan jogg.... Perh penat dah bhai. Gelak kan orang, sendiri dah pancit. BUKAN MAIN BESAQ (besar) UIA GOMBAK NI!!!

     Saat aku mula lemah, terasa nak berjalan, tiba-tiba dari jauh nampak brader yang jaga checkpoint. Daripada aku berjalan, alang-alang jogging dulu sampai amik kertas checkpoint tu baru start berjalan. Motivasi kedua: Untuk jangka masa yang pendek ni, baik aku berhempas pulas sekejap je, lepas tu jalan macam biasa dah la.

     Dah amik kertas checkpoint, jauh sikit dari tempat brader tu berdiri, aku mula berjalan. Sambil berjalan tu, tiba-tiba aku terfikir, "Kata nak dapat top 10, mana boleh kalau jalan ni!!", lalu niat aku untuk berjalan terus bertukar untuk berlari mengejar kemenangan! HUH! Motivasi ketiga: Cita-cita untuk mencapai top 10 memandu aku untuk terus berlari! RAWRRR!!!

     Aku terus berlari, berlari, berlari, berlari, berlarrrr...huhh penat. Tak jadi ni. Walaupun aku bercita-cita untuk mencapai top 10 sekalipun, masih lagi tak cukup untuk merealisasikannya. Aduhhh. Pandang sekeliling, tak ada orang langsung. Tengok depan, perhh jauhnye mamat tu lari! Arghhh tidak. Hancur berderai cita-cita aku....

     Memang tak ada orang langsung time tu. Brader yang jaga checkpoint seterusnya pun tak nampak lagi. Sekejap aku lari, sekejap aku jalan, sekejap lari, sekejap jalan. Kebanyakan masa; berjalan. Stamina kureng kat situ. Motivasi pun takdak. Keqing (kering).

     *****

     Dah habis cerita?? Nope. Saya nak cakap sikit (gaya orang Kedah).

     Menjadi norma atau sunnatullah dalam kehidupan, manusia memang akan futur ! Futur: Mudah kecewa, putus asa, etc. Walau setinggi mana cita-cita kita, walau sehebat mana fizikal tubuh kita, walau secerdik mana otak kita, walau seberat gunung sekalipun harapan kita, manusia memang akan futur ! Kita boleh kata; MANA ADA! SMOOTH JE SEKARANG? Walau smooth sekalipun perjalanan kita sejak dari permulaan lagi, manusia memang akan futur !  

     Tension je kan bace benda yang berulang-ulang. Bukannya nak tolong explain dengan lebih detail.

     Manusia memang akan futur ! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR! FUTUR!

     Hambik kau. Biar melekat sikit dalam kepala.

     Jadi, hidup ini kena; 'sekejap aku berlari, sekejap aku berjalan, sekejap lari, sekejap jalan, kebanyakan masa; berjalan'  ???


*****

     Sedang aku berada dalam keadaan futur; 'sekejap lari, sekejap berjalan, kebanyakan masa berjalan', tiba-tiba terdengar bunyi enjin motor. Toleh, eh ustaz Amil (nama rekaan)!

"Kamu jalan je Zaid? Kenapa tak semangat nak lari? Nah amik air ni"

     Siuuuuu! Air mineral dilontarkan kepadaku, lalu aku sambut ala-ala Monta dalam Eye Shield 21. Waaa! so refreshed maaa!! 

"Tenkiu ustaz!!!" Ustaz Amil pun melepasi aku dengan pandangan macho spek hitamnya sambil buat pacak atau wheelie. (Tipu)

*Amil, pinjam gambar :p

     Alhamdulillah... Aku minum sikit pastu tuang kat kepala. Motivasi keempat: ada orang pass air untuk proses penyegaran! Yeargh!!

     Aku pun terus langkah dengan laju! Laju, laju, laju, jogging! Nampak brader yang jaga checkpoint, pastu dia jerit,

"Dik! Laju lagi! Laju lagi! Laju lagi! Laju lagi! Last chekcpoint ni!!"

     Aku pun berkobar-berkobar berlari mendapatkan kertas checkpoint terakhir. Ala-ala one touch sahaja aku amik kertas tersebut, dan brader tu terus tepuk-tepuk belakang aku seolah-olah memberi semangat. Hidung aku terus mengeluarkan asap! Bertambah kobar-kobar! Motivasi kelima: ada orang tepuk-tepuk belakang aku untuk terus berlari!

     Akhirnya aku berlari sehinggakan keluar daripada pagar utama UIA Gombak, hanya tinggal beberapa kilometre sebelum pagar sekolah. Namun, tiada lagi checkpoint, bermaksud, tiada lagi brader yang akan bagi semangat. Oh~~~

     Hari yang cukup panas. Matahari terik. Air yang basah kat kepala tadi kering, diganti dengan peluh pulak, dan sekali lagi, tiada langsung orang di sekeliling. Sekali lagi, aku kembali ke keadaan futur. Astaghfirullah. Sekejap lari, sekejap jalan, kebanyakan masa; berjalan.

     Namun, kali ni kondisi futur tidak lama seperti sebelum ni. Tiba-tiba ada seorang brader upper form yang menjadi peserta melepasi aku sambil berkata,

"Ko budak form 2 kan? Power gak eh kau (*bangga jap) boleh jauh sampai sini. Aku dengar-dengar carta lower form masih lagi dalam top 10. Baik ko lari cepat-cepat! Sikit lagi ni!"

"Hah?! Aku tengah top 10 la ni??"

     Vrooommm terus hidung aku berasap lagi, terus berlari selari mungkin. Motivasi keenam: ada orang memberikan khabar gembira! Aku berlari selaju mungkin. Kemudian nampak beberapa budak lower form, betapa ghairahnya aku memecut budak-budak lower form yang aku nampak tu.

      Detik terakhir, aku mula lemah, hilang stamina, namun futur kali ni tak nak lama! Jogging jap, pastu nampak pagar sekolah terus pecutan terakhir, dan sampai ke garisan penamat! Yearrggghhhhh!! Pastu daftar nama untuk kedudukan peserta.

"Nama apa?" Cikgu jaga kaunter pendaftaran tanya aku.

"Za..yid Ha..Haarithah.. Bin Moooo...hammad Baddd..ry" aku sebut dengan tercungap-cungap. Pastu tengok aku dapat no berapa. NO 14?????????? ARGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

*****
     Bila ingat balik, kelakar pulak. Dapat no 14 ok la tu. Mungkin aku tak menang secara fizikalnya, tetapi aku menang secara spiritual. Hah ape bende tu? Pikir la sendiri. Ha ha ha.



'Ada orang'

     Ape bende yang aku dok garis-garis dari motivasi 4-6 tu? Ada orang?

     Selama aku hidup 20 tahun 2 bulan ni, banyak benda yang aku telah cuba, tapi semua tak jadi kecuali satu sahaja.

     Main ragbi selama-lamanya? Mula-mula memang semangat habis main ragbi lagi-lagi musim Eye Shield 21 tengah hot ketika itu. Pastu, dah tak dapat wakil sekolah, naik uni pun aku dah start malas-malas bersukan, last-last, berkubur la cita-cita aku nak main ragbi selalu.

     Nak jadi kaya dengan bisnes topup? Mula-mula bila tengok sorang kawan aku ni berjinak-jinak dengan bisnes ni, aku pun berminat nak ambil tahu sikit. Pegi website company tersebut, perh, first time aku kenal apa itu MLM. Tengok cara dia explain kat website tu, perh, berapi-api! Aku pun terus join. Semangat gila mula-mula promote kat member-member yang aku dah mula buat bisnes topup. Bila ramai member selalu topup dengan aku, mula la kepala aku dok bayang laptop baru, handphone baru, nak beli iPod Touch (dulu kan famous benda ni), nak beli kamera, nak beli Golf GTI etc. Pastu, member-member pun dah start bayar lambat-lambat, aku pun mula futur, habis ditinggalkan bisnes topup aku tu, hilang jugalah angan-angan aku yang tahpape tu.

     Study hard selama-lamanya? Dulu pernah setiap pagi lepas subuh terus aku study. Study hard punya sebab kononnya dah masuk degree. Tapi, aku futur walaupun motivasi diri dah tinggi untuk dapat distinction. Akhirnya, lepas subuh selalu tidur.

     Dan banyak lagi. Hakikatnya, ketiga-tiga bidang yang diceritakan, motivasi diri sangat tinggi pada permulaannya. Motivasi main ragbi: Eye Shield 21. Motivasi bisnes topup: Golf GTI. Motivasi study hard: distinction marks.

     Namun, motivasi tersebut tak lama pun. Tak ada, stamina. Biasa la kan manusia ni akan pancit jugak walaupun sebanyak mana stamina yang ada. Manusia memang akan futur !

     Eh jap, aku tak cerita lagi kan apa satu perkara tu yang masih lagi aku pegang sampai sekarang kan?

     Join tarbiyyah. Haaa takut takut. Aku tak taw kenapa setiap kali aku bukak cerita benda-benda camni boleh nampak riak wajah yang lain macam. Wallahu'alam. Aku ni kot yang tak bersangka baik dengan orang. Astaghfirullah. Bukannya nak cerita pasal tarbiyyah pun, nak cerita antara perkara yang menyumbang kepada teguhnya atau masih-lagi-aku-berada-di-sini.

     Sebab, ada orang yang selalu memberi kata-kata semangat, kata-kata perangsang untuk terus tsabat. Tsabat: Keteguhan.

      Mula-mula waktu join, motivasi ialah nak masuk syurga. Tapi, biasa la kan. Manusia memang akan futur. Tapi, yang menarik pasal tarbiyyah ini ialah, kita tak akan rasa lama pun perasaan futur  tersebut! Bila rasa lemah, ada orang yang akan mengingatkan kita untuk kembali bertaubat. Rasa futur, pasti ada orang yang akan tegur kita, secara lembut mahupun keras agar kita sedar akan kesilapan kita. Rasa down sikit, pasti ada orang yang akan menggembirakan hati kita dalam bermacam-macam bentuk seperti belanja makan atau bawak pi jalan-jalan ka etc.

     Sebab ada orang. Sebab ada ikhwah (saudara-saudara seislam). 


Sebab ada tautan hati di antara kami.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


     Berdasarkan pengalaman, pernah aku nampak seorang mat metal berambut panjang, gangster, tetapi solat tetap dijaga. Pernah aku nampak seorang yang perangai gila-gila, tetapi solat tetap dijaga. Pernah aku nampak seorang yang gila perempuan (baca: seks), tetapi solat tetap dijaga. Pernah aku nampak seorang pencuri, tetapi solat tetap dijaga. Dan macam-macam lagi.

     Ketepikan perkara-perkara buruk mereka dahulu. Mereka ini ibarat orang-orang yang dikatakan; motivasi untuk masuk syurga dah ada, cuma futur, tak ada orang untuk care pasal mereka. Betul? Cuba kalau kita cakap dari sudut pandang pertama.

     Kita memang orang islam, takut pada Allah, nak masuk syurga, tak nak masuk neraka. Oleh itu, kita tetap jaga solat. Tetapi, kita tak ada stamina yang tinggi, jadi mendorong kita untuk jauh dari Allah, lantas perkara-perkara yang negatif kita dekatkan. Sebab, tak ada orang.

     Kalau TAK ada orang yang menghulur tangan, kita pergi cari sendiri. Betul?

     Kalau DAH ada orang yang hulur tangan? Tanya iman, tanya taqwa. Betul?

  Thus, kepada golongan kedua, aku dedicate lagu Maher Zain: Hold My Hand.

     
    

     Faktor yang paling penting sekali dalam tsabat, dalam keteguhan kita ialah, hubungan dengan Allah. Walau banyak orang sekalipun yang menghulurkan tangan, tetapi hati kita masih lagi tak mahu menerima, reluctant, bagaimana pertolongan Allah akan muncul untuk mengubahmu? [13:11]

     Bilamana Allah mengizinkan, insyaAllah, ada orang akan hulur tangan.



Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu


Bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan


Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman, dan indahnya tawakkal kepadaMu


Hidupkan dengan ma'rifatMu, matikan dalam syahid di jalanMu, Engkaulah Pelindung dan Pembela


Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayaMu, yang tiada pernah padam


Ya Rabbi, bimbinglah kami !

[Doa Rabithah]


 Dan Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua yang berada di bumi,nescaya kamu tidak akan mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah, lagi Maha Bijaksana
[Al-Anfal (8): 63]

 

Posted by Posted by zabed at 11:27 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>