Bukan senang nak tengok brader bangla senyum. Kalau nampak diorang senyum pun, selalunya sebab kena bahan dengan orang Melayu atau seperti dipermainkan depan orang ramai. Nak tengok diorang senyum.....senyum ikhlas.....macam susah je.
Baru ni aku ternampak 'senyum ikhlas' tersebut. Bangla tu tengah dukung sorang budak kecik Melayu. Dukung berapa saat ja, dia letak balik budak tu. Budak tu blah sekejap, lepas tu dia lari balik ke arah brader bangla tu untuk suruh dukung lagi. Bangla tu geleng-geleng kepala 'senyum', pastu angkat budak tu berkali-kali.
Brader bangla tu layan je walau berkali-kali budak tu mintak kena dukung. Aku suka tengok situasi macam ni. Harmoni. Nampak muka brader bangla tu hepi tersenyum dengan perasaan tenang, bukan dalam keadaan seperti dipermain-mainkan atau dihina.
Minggu lepas kita sambut Hari Merdeka ke-57. Setiap tahun sambut dengan meriah sebab nak ingat hari kita bebas dari belenggu penjajah. Kita benci penjajah bukan kerana mereka 'menjajah' negara kita, tapi kita benci sebab sebab
depa pikir depa ni baguih sangat dari orang lain sampai boleh perkotak-katikkan orang lain.
Mungkin sebab tu hari ni kalau mata saleh dari UK datang Malaysia, kita tak benci diorang dan ada yang siap bangga lagi kalau fasih ber-bahasa diorang (bagus lah, silibus subjek 'Sejarah' tidak mengajar kita untuk benci diorang kerana keturunan mereka).
Bulan lepas, 2 orang pekerja bangla mati dihempap konkrit MRT. Ramai yang cakap pasal ni dan ramai jugak yang bagi respon seperti "Takpe, bangla je yang mati" atau "Oh, bukan orang Malaysia yang mati".
Orang bangla hari ni datang negara kita untuk cari makan dan kita pun tak adalah sampai menjajah negara Bangladesh, adakah perangai kita tak sama dengan penjajah? Tanah kau ke, bukan tanah kau ke, aku tak rasa dengan merendah-rendahkan mereka, itu cara supaya mereka hormat ke kita.
Apa lagi orang Melayu ada selain dari 'Tanah Melayu' ini? Haha. Secara tak langsung, mentaliti macam ni yang membuatkan diri sendiri
hina kerana nilai diri sendiri disamakan dengan tanah/bumi.
Mulianya kita kerana islam. Maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain islam, makan kehinaan Allah akan menimpanya.
Allah gave us honor through islam. If we ever seek honor through anything else, Allah will humiliate us again.
Selamat Hari Merdeka ke-57.
3 comments:
menarik jugak backpack ke Bangladesh.
backpacking memang menarik
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment