Dulu aku pernah terlibat dalam satu project team ni. Project yang sungguh-sungguh-sungguh bermasalah. Project yang betul-betul buat sakit kepala. Project yang buat aku hampir-hampir nak terjun laut. Haha.
Mentaliti aku semasa mula-mula terlibat dalam project team tersebut ialah masing-masing jaga penjuru masing-masing. Contohnya macam aku jaga drawing & report sahaja, si A pula jaga bahagian procurement & logistic sahaja, si B jaga installation & commissioning blablablabla sahaja dan begitu jugalah si C dengan tugas dia sahaja dan si D dengan tugas dia sahaja. Dan pastinya ada sorang ketua yang akan pantau dan urus setiap 'penjuru' ini.
Aku jaga 'penjuru' aku saja, sedangkan aku tau 'penjuru-penjuru' lain bermasalah. Time tu aku rasa, kalau majikan bagitau skop aku A, itu saja kerja aku. Tak ada B, tak ada C. No more, no less. Bila 'penjuru' lain bermasalah, aku sengaja tak nak ambil tahu sebab nanti bila aku dah start amik port, tak pasal-pasal aku pun kena bertanggungjawab dalam 'penjuru' tersebut dan sejurus menambahkan lagi beban kerja aku. Lagi tak syok bila penjuru orang lain setel, aku punya tak setel-setel lagi. Uuuu pening kepalo jang mikir yooo.
Dan aku terus bekerja dengan mentaliti sebegitu untuk satu periode yang tak lama. Asalnya target kami untuk siapkan project in dalam masa beberapa minggu saja. Paling-paling teruk pun satu bulan. Paling teruk ok. Hang tau berapa lama project ni? Dah masuk bulan ke-tiga pun tak setel-setel lagi!
Dipendekkan cerita, untuk elak stress yang terlampau dan cubaan untuk terjun laut supaya boleh balik darat awal, aku terpaksa jadi proaktif untuk ambil tahu juga 'penjuru-penjuru' lain yang bermasalah tu. Memang awal-awal tu sakit kepala bro. Ye la, tiba-tiba beban kerja hang bertimbun dengan banyak secara tiba-tiba. Tapi progress kerja tersebut ada kenaikan sedikit demi sedikit (hasil daripada kerjasama setiap ahli yang proaktif). Alhamdulillah.
Aku rasa aku dah penat mencemuh, tegur dan bertekak mulut dengan ketua projek. Betul lah. Complaining will not solve anything. Tak membuahkan hasil pun. Jadi tindakan proaktif tersebut berlaku bukan sebab nak kejar KPI atau tunjuk bagus dekat semua orang, tapi sebab nak cepat habis projek dan balik darat terus. Haha.
Masuk bulan ke-4, aku dipindahkan ke project team yang lain. Alhamdulillah. Hahaha.
*****
Beberapa bulan ni aku perasan yang mak aku selalu baca tafsir quran. Bukan terjemahan, tapi tafsir atau commentary oleh tokoh-tokoh islam yang terkenal. Aku pun tanya mak aku beberapa soalan, dan akhirnya aku boleh buat satu konklusi.
Sedikit demi sedikit, rakyat marhaen seperti mak aku sudah hilang kepercayaan kepada golongan-golongan ustaz. Statement ni bukan bertujuan untuk mencemuh ustaz-ustaz, don't get me wrong. Ini adalah langkah proaktif, bukan provokatif. Hang baca habis dulu.
Kita tengok macam ni lah. Seumur hidup mak aku, dia hanya jaga 'penjuru' dia saja. Satu penjuru. Mak aku langsung tak amik port dalam 'penjuru ugama' (melainkan perkara-perkara seperti 'wajib dan sunat'). Cuma 2-3 menjak ni, kepercayaan mak aku kepada golongan-golongan ustaz ni sudah goyah.
Mak aku tak mencemuh pun ustaz-ustaz ni, apatah lagi nak hina. Cuma keadaan yang berlaku dalam negara sejak 2-3 bulan ni menyedarkan mak aku bahawa nak tak nak, dia pun kena amik port jugak dalam 'penjuru ugama' ni, dengan cara membaca buku-buku 'ugama' sebagai langkah permulaan. Ini langkah constructive, bukan destructive.
Aku pun nak belajar 'ugama' juga. Maksud aku subjek-subjek seperti Usuluddin, Ilmu Hadith, Seerah, Fiqh Muamalat, etc. yang sebelum ni hanya diambil secara dasar saja, tanpa selam lebih dalam.
Nak belajar 'ugama'.........perh. Mungkin ramai pikir kalau nak jadi champion dalam bidang 'ugama', kena masuk sekolah pondok atau belajar di negara-negara arab sana. Kalau itu la the only way untuk belajar ugama, kesian kat rakyat marhaen macam aku ni. Haishh.....
Aku teringat kata-kata seorang Principal Drilling Engineer yang berumur dalam lingkungan 50-60 tahun. Kata beliau,
Kalau hangpa pi dengaq kuliah-kuliah kat kawasan Selangor & KL ni saja, itu pun sudah lebih baik daripada hangpa pi mengaji di Al-Azhar!
Haha. Betui jugak apa pakcik ni cakap. Kalau tengok program-program kuliah di masjid-masjid di sekitar KL & Selangor ni......dahsyat. Masjid ni mengaji kitab A, masjid tu ngaji kitab lain. Dalam satu minggu untuk saju masjid saja, dah ada kuliah untuk 2-3 kitab paling minimum. Masjid-masjid lain kuliah pasal kitab lain. Berapa banyak masjid ada di sini??
Sama tak apa yang kami bakal belajar di kuliah-kuliah ini dengan apa yang pelajar ugama belajar di Universiti Al-Azhar? Kalau tak sama, hangpa balik malaysia nanti, tolong ajarkan kami apa yang kami rakyat marhaen tidak dapat seperti di Al-Azhar.
Baca buku-buku ugama, pergi kuliah-kuliah maghrib di masjid, ambil kelas khusus secara part time untuk medalami ilmu ugama, etc. Kalau betul-betul berminat, tidak ada alasan sibuk dengan urusan kerja/study sebenarnya pun (aku sedang bercakap di hadapan cermin).
Kita sendiri kena jadi 'ustaz', kita sendiri kena jadi 'ulama' kepada diri sendiri. Aku pun rasa kena amik port dalam penjuru ugama ni, tanpa mengharapkan atau menyerahkan urusan ini bulat-bulat kepada golongan ustaz/ulamak semata-mata.
Ini bukan nak cerita pasal Professional vs Ulamak. Bukan bukan bukan. Ini langkah proaktif. Ini lebih baik daripada kita mencemuh, menghina dan memandang rendah kepada ustaz-ustaz yang kita rasakan sudah hilang kepercayaan.
What say you??
Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.
[Hadith riwayat Imam Tirmidzi]
|
When heavens collide |
1 comments:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment