Saturday, August 30, 2014


*FYP = Final Year Project = Mimpi buruk pelajar-pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan.



     Cakap pasal FYP, ambe teringat dekat sorang member ni, time dia buat FYP dulu. Antara objektif terbesar FYP beliau adalah kena buat satu hardware circuit ni. Sebelum boleh mula nak buat hardware tersebut, dia kena buat simulations dulu.

     Masalahnya, selalu simulations dia tu akan keluar result seperti "Failed" atau "Error". Dia cuba guna cara A, fail. Cuba guna cara B pun fail. Dah bermacam-macam cara dia buat pun tetap tak dapat result yang dia nak jugak. Last sekali dah nak masuk cara yang ke-1000 berapa entah, baru dapat result yang memuaskan.

     Tapi tarikh nak submit FYP dah dekat, dah terlalu lambat untuk buat hardware circuit. Apa yang dia ada hanya simulation results, yang sebenarnya boleh dapat melalui dengan masukkan formula pada software saja (atau dengan kata lain, serupa macam hang tak payah buat FYP pun takpa).

     Bro, we are talking about FYP bro. Kalau FYP kantoi, hang tak boleh dapat ijazah bro. 4 tahun belajar dinilai dalam 2 semester FYP ni bro. Bila FYP hang tak 'meet the objective', serius berat nanang. Jenuh member ni mikir camana nak present 'data & findings' dia dalam thesis nanti.

     Nak top-up masa balik, brader ni terpaksa buat thesis dia secantik mungkin. Memang betul-betul cantik thesis dia. Aku pernah baca, perrhhhh terbaik. Aku kagum dengan cara dia presents 'data & findings' dia dalam thesis tersebut. Long story short, orang yang tak ada basic sangat dalam electronic pun boleh faham thesis dia. Memang cantik dia explain satu persatu, macam sedang melayan budak kecil.

     Itu baru thesis. FYP presentation dia pun mantap. Semua soalan prof-prof dia boleh jawab. Dia boleh 'pukau' prof-prof tu supaya lebih berminat dengan 'data & findings' berbanding objektif FYP tersebut. Di akhir presentation, dia ada mengaku yang FYP dia tak 'meet the objective'. Dia ada bagi 'recommendation' supaya penambahbaikan boleh dibuat bagi sesiapa yang nak menyambung research beliau di masa akan datang. Cantik dia buat ending gitu.

     Bila result FYP keluar, dia antara orang yang dapat markah tertinggi untuk subject tersebut. Subhaanallah. Hebbak abe ni. Brader-brader lain yang buat invention cool-cool pun tak dapat markah setinggi dia. (Yang lain gempak je lebih, tapi bila tulis thesis dan presentation..............).

     Terer member aku ni present data dengan cantik. Objektif memang benda paling penting sekali, tapi objektif selalunya boleh dicapai dalam keadaan yang ideal. Katakanlah kalau keadaan tak seperti yang kita harapkan, macam mana ko nak cakap dengan lecturer? Sama macam time kerja, macam mana nak menjawab dengan bos?? Takkan nak bagi alasan sebab masa tak cukup?? Come on bro. Be professional la sikit.

     Cakap pasal member aku buat FYP ni, teringat pulak dekat kisah Bani Israel dan lembu betina (dalam Surah Al-Baqarah).

     Allah perintahkan supaya Bani Israel ni sembelih seekor lembu betina. Diorang tanya Nabi Musa, lembu betina yang macam mana Allah nak. Nabi Musa pun jawab,


Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu.


     
Lepas tu diorang tanya nabi lagi, warna apa? Nabi jawab,


Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya.


     
2 jawapan dah, pastu depa boleh tanya lagi (*sigh*), suruh tambah 'clue' lagi camana keadaan lembu betina tu. Nabi pun layan,


Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya.


     Akhirnya baru lah diorang ni reti bahasa sikit 'paham' lembu yang macam mana Allah nak diorang sembelih. Itupun Allah kata diorang ni hampir-hampir tak melaksanakan pun. Haish.

     Cerita pasal lembu betina ni terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 67-71. Nak sembelih lembu bukan calang-calang lembu bro. Bukannya yang tua atau kanak-kanak, tapi dewasa. Warna pun bukan warna yang kelakar, tapi warna yang menunjukkan dia 'mahal' dan exclusive. Ditambah lagi jenis lembu yang disayangi, bukannya yang jenis buat kerja.

     Dalam 5 ayat ni, Allah mengajarkan kita erti professionalisme. Buat kerja kena cantik, tip top.


Verily Allah has prescribed ihsan (perfection) in all things. Thus if you kill, kill well; and if you slaughter, slaughter well. Let each one of you sharpen his blade and let him spare suffering to the animal he slaughters.


Sesungguhnya Allah menulis ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.


[Hadits riwayat Muslim]


     Aku rasa keje susah bukan sebab 'technical knowledge', tapi susah sebab macam mana ko nak present data atau keadaan yang dialami kepada boss atau client. Pening kepala nak mikir. Dulu waktu mula-mula kerja dulu, aku rasa macam tiap-tiap hari buat FYP.

     Anyway, siapa kata islam tidak mengajar professionalisme?





Posted by Posted by zabed at 9:13 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>