Friday, August 8, 2014


     Pernah tak terfikir camana orang yang keje offshore/pelantar minyak ni cuci baju? Yang sebenarnya..........kitorang tak pernah cuci baju pun. Orang lain yang tolong cucikan baju untuk kitorang (*muka berlagak).

     Dekat platform yang ada kuarters penginapan (living quarters a.k.a LQ) atau barge  (ala-ala 'hotel terapung'), memang ada disediakan servis cuci baju ni. Sehari dua kali; waktu pagi se, waktu malam se.


Contoh LQ platform di Malaysia

     Biasanya setiap bilik ada disediakan satu bakul untuk letak baju-baju kotor. Letak je baju-baju kotor kat dalam bakul tu, nanti ada laundry boy  tolong amik dan basuhkan baju untuk kita. Dah siap, baju-baju itu akan dihantar ke bilik kita. Kadang-kadang tu ada yang siap berlipat lagi. Senang kerja. Dah la dua kali sehari pulak tu. Yang paling best, satu sen pun tak keluar (*sekali lagi muka berlagak).

     Tapi kalau hang tak menetap di LQ atau barge ; maksdunya hang kena 'daily trip' dari darat ke pelantar minyak......itu agak sedikit 'masak'. Boat daily trip bertolak dalam pukul 5-6 pagi dari darat dan pulang ke darat dalam pukul 7 malam (paling awal). Biasanya dalam pukul 10 malam baru sampai darat. Bila masa nak cuci baju? Ada ke dobi yang bukak tengah-tengah malam? Dah la penat keje kat tengah laut, ditambah lagi kena naik bot setiap hari (ie mabuk laut), memang betul-betul masak kalau kena daily trip.

     Jadi cuba bayang macam mana brader-brader offshore ni packing beg untuk baju-baju diorang; 1) yang dapat duduk di LQ dan 2) yang kena daily trip.

     Biasanya yang dapat duduk kat LQ ni simple je diorang pack beg diorang. Tak bawak baju banyak pun. Coverall sehelai, seluar sehelai, baju siang sehelai, baju tidur sehelai dan banyak lagi 'sehelai' (*tuala pun tak perlu bawak sebab disediakan sekali). Ye la, laundry service pun 2 kali sehari, hang hantaq basuh pagi ni, petang karang hang dapat balik baju tu. Apa susah. Lagi satu, sape nak bawak baju fancy-fancy pergi pelantar minyak? Kalau dapat duduk LQ, satu bag pack je aku bawak; beg tu lah isi baju-baju, beg tu jugak lah isi laptop, fail-fail, etc.


Satu beg untuk segalanya. Baju-baju, laptop, fail-fail, etc.


     Kalau kena daily trip, sendiri lebih tau la kan berapa banyak nak kene bawak. Hang kena ingat, coverall kalau dilipat-lipat, banyak makan space tu. Biasanya orang akan bawak 2 coverall kalau kena daily trip. Makan space besar mane dah tu. Seluar pun makan space jugak. Paling-paling pun kena bawak 2 helai seluar, makan space lagi. Aku biasa bawak 2 beg kalau kena daily trip; satu beg untuk baju-baju dan satu lagi untuk laptop & fail-fail kerja etc.

     Sebenarnya urusan untuk packing barang personal ke offshore ni simple je. Tak kisah la duduk di LQ atau kena daily trip sekali pun. Tak ada hal pun insya Allah. Yang buat hal bila;


1) Asalnya hang sudah dimaklum kena tinggal di LQ. Selepas beberapa hari di LQ, tiba-tiba 'tuan rumah' suruh kita daily trip sebab beberapa masalah seperti gangguan bekalan air atau bilangan orang di LQ sudah cecah quota penuh (*prioritize issue). Hang pulak bawak coveraal sehelai, baju sehelai, seluar sehelai. AH SUDAHHH.

2) Walaupun servis cuci baju ni sepatutnya standard di setiap LQ platform, tetapi ada je 'tuan rumah' yang tak berapa nak ikut 'standard' ni. Contohnya, ada LQ yang tak ada servis cuci baju ni. Kalau nak cuci baju, depa ada sediakan washing machine untuk basuh sendiri. Kalau macam tu aku boleh bersabar lagi. Tapi kadang tu bukan setakat kena cuci sendiri, tuala pun dia tak bagi! Hang pulak dah packing beg untuk duduk LQ, mana ada bawak tuala sekali. JENUH GILA WEHHH KALAU TAK ADA TUALA!!


     Ini antara contoh yang membuatkan urusan nak packing beg menjadi rumit. Ini macam cerita, kena lah ada backup plan .

     Backup plan; kalau aku kena duduk di LQ sekali pun, aku tetap akan bawak sehelai tuala. Packing untuk tuala ni makan banyak space (sebab tebal). Jadi aku ada beli tuala sendiri yang jenis nipis, tak tebal. Tak kisah la, janji tuala tu cukup syarat, daripada tak ada tuala langsung LAGI JENUH. Baju dan seluar pun aku bawak lebih sikit. Bukan banyak mana, kalau ada space lebih sikit, sumbat-sumbat kat mana yang patut. Back up  plan lah sangat. Haha. Better than nothing aite.

     Kalau nak belajar skill-skill packing ni, belajar dengan sek-sek backpackers. Sek-sek ni memang terer bab-bab packing beg ni. Cara lipat baju pun ada cara dia (cuba Google kalau berminat).

     Dan cara backpackers ni pack beg pun mengikut destinasi. Contohnya nak ke Bandung, Indonesia. Kat situ baju & seluar murah, jadi diorang pergi dengan sehelai sepinggang je. Sampai sana ja shopping baju-baju lepas tu terus pakai. Wah la. Dapat kepuasan shopping di samping tak perlu bawak beg yang banyak untuk pulang. Brilliant.

     Dulu nabi pernah pesan dalam satu hadits riwayat Bukhari & Tirmidzi,


Hiduplah di dunia seperti seorang yang asing atau seorang pengembara.

Live in this world as (if you are) a wayfarer or a stranger.



     Semasa nak packing beg, time tu bermacam-macam persoalan timbul; berapa hari nak pergi? Ape barang-barang yang wajib bawak? Barang ini perlu ke bawak? Beg dah terlebih muatan, nak kene buang yang mana satu? Dan macam-macam lagi. Waktu tu otak kita betul-betul waras semasa nak pilih sama ada barang tersebut perlu atau tak perlu dibawa.

     Barang yang perlu atau tak perlu dibawa; itu baru cerita pasal soal persediaan, belum lagi dalam perjalanan punya cerita. Kalau preparation pun hampeh, tunggu time je nak mental breakdown, lepas tu terjun laut. Haha. Serius pernah jadi ni.

     Time persediaan tu la kita terbayang pasal destinasi kita tu da otak pun menjadi waras, dan ini menguatkan lagi maksud hadits:


Berziarah kurburlah, karena ia dapat mengingatkan engkau akan kematian.

[Riwayat Muslim]



Wallaahu'alam bis sowab.



Travel-lah selagi masih boleh travel. Jangan jadi macam katak di bawah tempurung (*memang tak ada kena mengena pun)

Posted by Posted by zabed at 8:21 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>