Pernah sekali tu aku dan sorang member ditegur oleh sorang pakcik berbangsa india di masjid,
Pakcik: Assalamualaikum adik. Boleh tolong saya adik. Saya nak balik ke kampung saya di Tampin tapi saya tak ada duit.
Member: Uish jauh tu pakcik. Berapa banyak je pakcik ada?
Pakcik tu bawak keluar duit dari poket baju dia dan tunjuk kat kitorang berapa banyak. Ada la kurang dari segenggam duit-duit berwarna biru (RM1) & sedikit hijau muda (RM5).
Ini mane cukup ni pakcik.
Member aku ni pun bawak keluar dompet dia dan terus hulur satu duit kaler oren (RM20) & satu merah (RM10). RM30, banyak tu.
Ok terima kasih na adik. Assalamualaikum.
Lepas jawab salam, kitorang pun blah tinggalkan pakcik tu. Jalan-jalan berbelas tapak sikit, aku pandang belakang...........eh??
Aik? Pakcik ni sambung duduk balik?? (*sambung meminta sedekah). Tak cukup ke? Jauh sangat ke dari KL ke Tampin??
Entah. Banyak benda la kot dia nak kena consider, nak pi stesen bas/tren kena bayar tambang teksi lagi, etc.
Ooo okay.
Berjalan lagi, sampai nak masuk ke dalam kereta.
Macam mana kalau pakcik ni kelentong kau?
Entah la. Kalau aku kat tempat dia......(maksudnya) kalau aku betul-betul perlukan duit tapi aku tak ada satu bukti pun nak tunjuk kat orang....aku hanya boleh harap simpati orang kat aku je la.
Member ni senyap sekejap. Moment of silence. Lepas tu dia sambung,
Janji aku dapat pahala dari Tuhan. (Kalau pakcik tu tipu), tu masalah dia dengan Tuhan.
Ooo okay.
Start enjin, terus blah.
Member ni cakap kalau dia di tempat pakcik tu, dia mengharapkan sympathy orang, sedangkan dia sedang ber-empathy . Baru aku tau apa beza sympathy & empathy selepas Google maksud kedua-duanya.
Selalu dengar orang kalau menderma sebab sympathy , jarang dengar sebab empathy .
When you carry out mercy to those on earth, He who is in Heaven will engulf you with His mercy.
[Reported by Muslim & Bukhari]
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
0 comments:
Post a Comment