Thursday, June 23, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Setiap hari aku berjalan 15 minit ke ofis, setiap hari tu lah aku akan nampak Scirocco. Mak aihh kayanya orang-orang kat sini. Buat aku terliur je.




     Pastu, teruskan berjalan lagi. Herm? Proton Platinum? Ada jual Neo R3?




    Aish. Menggugat iman sungguh. Takpa. Cuti 3 bulan ni pun ada plan nak beli kereta baru.

    Mudah-mudahan, Allah memberi kesabaran semasa proses membeli kereta baru.



Wahai Ali, sungguh, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang karena dakwahmu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah
[Riwayat Bukhari & Muslim]




Notakaki:
1. Unta = kereta
2. Unta merah = Ferrari

Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 1:40 AM
Categories:

3 comments  

Wednesday, June 22, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Ayah dan ibu itu berbeza, maksudnya, *mungkin* dari segi cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka.

     Bagaimana ibuku menunjukkan kasih sayangnya pernah aku tulis sewaktu Hari Ibu dahulu. Kali ni, post ini dedikasi buat ayah, walaupun Hari Bapa dah berlalu beberapa hari.

     Hey, sapa kat sini laki yang ada abang atau adik lelaki? Camana hubungan kita dengan mereka? Well, you know exactly what I meant . Tak ramai lelaki yang boleh ‘ngam’ dengan adik beradik lakinya yang lain, terutamanya yang beza umur dekat-dekat. Memang jaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaanggggggggggggg sekali aku jumpa laki yang boleh ‘berbaik-baik’ dengan adik beradik lelakinya yang lain. Well, you know exactly what I meant .

     Mungkin bagi perempuan yang tengah baca ni, tak paham atau terus menerus berfikir bahawa aku cuba mengatakan adik beradik lelaki memang selalu bergaduh dengan ‘serius’. Ops. Anda silap. Gaduh tidak bermaksud tidak sayang ok? Sekali lagi, well you know exactly what I meant . *sigh*

     Seperti begitu jugalah aku dengan ayah aku. ‘Nampak seperti tidak ngam’, menurut definisi kamus masyarakat. Aku jarang bercakap dengan ayah aku berbanding dengan mak. Dialog yang selalu berlaku antara aku dengan Ba;


Hah.
Ye.
Ye Ba.
Herm.
*Angguk kepala*.
Ok.


     Bapak aku tanya soalan, aku akan jawab sepatah je, takpun angguk kepala je. Berbeza caranya aku menyantuni ayah berbanding dengan mak. Eh, ini agak normal ok di antara ayah dengan anak lelaki kalau kita cuba perhatikan kebanyakan keluarga yang ada kat dunia ni.

     Ok. Cukuplah intro tentang perihal ayah dengan anak. Post ini ditujukan kepada ayah aku yang bergelar ‘Ba’. Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Ingatlah 3T ini; Tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah.



     Alhamdulillah, akhirnya ibu bapa aku telah faham dan merestui segala apa yang aku ‘buat’. Namun, kadang-kadang bila dakwah membutuhkan pengorbanan jasad ini melebihi ‘kerjaya sebagai seorang engineer ‘, Ba akan mengambil jalan yang sangat-sangat-sangat bertentangan dengan pilihan aku.


You should think about your future career Zaid. This is about your life! You might end up ruining your entire life Zaid. Think properly.


      Dan jawapan yang selalu aku bagi juga bertentangan dengan apa yang dikehendakinya. Lalu, perbualan kami seolah-olah seperti sedang bertikam lidah. Akhirnya, Ba akan kata,


Okay. Do whatever you want Zaid. Allah knows the best for you. Ba akan sentiasa sokong Zaid in everything that you do insyaAllah. If you need anything, don’t hesitate to ask me. Dah. Salam Ba.


     Ya Allah. Terasa seperti nak menangis tetapi itulah realitinya bila kita faham (atau cuba memahami) erti ‘alat’ dan ‘matlamat’. Kemudian, aku salam dan cium tangan Ba, dan meneruskan tekad.

     Tengok video ni, barulah korang faham apa yang aku cuba sampaikan dalam post ini.








     Ya, jangan kita lupa bahawa bapa lah tulang belakang dalam setiap perjuangan kita walaupun kadang-kadang mereka tidak membahaskannya melalui perkataan di hadapan kita. Inilah sifat semulajadi seorang lelaki. Inilah karunia daripada Allah. Medan amal itu berbeza dengan medan perkataan.

     Kepada Ba, selamat hari bapa. May Allah grant you steadfastness in every decision that I chose. May Allah grant you jannah  for being such a supportive father.




رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil
[17:24]
 
 
Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 7:57 PM
Categories:

0 comments  

Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Bangun pagi, memulakan rutin harian seperti robot selepas 5 hari ‘berkampung’ di ceruk hutan hulu Langat. 


*Bzzt bzzt. Hey…lo….. I.. am.. zaa…yid… Too...day... I am… off..fee..cial..lee.. ac..tee..vay...ted.. At.. your.. ser..vees..sir.. Bzzt bzzt*


     Nak bangun boleh, nak mandi? Ya Allah. Berat gile rasenye. Penat je badan. Rasa macam nak sambung tidur. Tapi Allah beri kekuatan juga untuk terus bangun dan tekan switch lampu tandas. 


*Klik. SEJUUUUUUK GILAAA AIR PAGI NI. AKU LUPA NAK TEKAN SUIS AIR PANAS DOHHHHHHHH!!!! BRRRRR~*


     Habis mandi, Alhamdulillah segar. Rasa segar sikit nak pergi kerja. Pakai seluar, pakai baju, sarung stoking, masukkan selipar dalam beg, sarung kasut, start enjin, park kereta dekat Tesco, jalan kaki 15 minit ke ofis, naik lift, duduk kat atas kerusi, picit butang on computer.

      Lepas tu, ‘hai’ sana, ‘hai’ sini.


Morning bro. Morning dude. How’s your leadership camp? Ahh it was very nice. I say, a ‘great escape’. Hahahaha. Eh (at) what time did you arrived home ah (yesterday)? Around 10 pm. (I’m) quite worn out ya know. Are you serious??? You don’t seem like tired at all. Am I?


     Saja ja buat-buat tak tau. Memang aku sengaja berlakon seperti tidak penat. Berpura-pura seperti hari-hari biasa, kononnya seperti seorang yang cergas. Bukan nak jadi talam atau membina imej diri, tetapi takut menjadi fitnah kepada dakwah ‘kita’.

     Lepas mamat tu blah, aku terus sambung buat keje mengadap computer.  Sambil-sambil tu, aku bermonolog,


Herm hebat jugak lakonan aku ni. Berpura-pura seperti tidak penat, padahal tengah mengantuk gila. Akan tetapi, sebelum-sebelum ni, setiap kali aku pergi usrah ataupun program, kadang-kadang cuba juga untuk menggagahkan diri untuk membina imej ‘seorang yang tidak penat dari urusan harian dunia’, namun ternyata gagal. Untuk beberapa jam pertama, aku bisa untuk menjadi segar. Tetapi bila dah masa berlanjutan, aku menjadi mengantuk, tak dapat menahan kepenatan diri lalu tertidur dalam usrah. Terlalu jelas rupa kepenatan itu. Astaghfirullah.


     Aku tidak bermaksud untuk berlagak atau mengharapkan pujian atau pengikitirafan orang lain, tetapi agar rupa luaran kepenatan ini tidak mengganggu progress dakwah, agar ikhwah  yang lain tiada rasa bersalah untuk meminjam kekuatan jasad fizikal yang dikurniakan Allah.

     Jelaslah di mata ini bahawa dakwah membutuhkan (mengharapkan, memerlukan etc) pengorbanan.


Dakwah adalah cinta. Cinta itu membutuhkan pengorbanan. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.


     Melihatkan diri yang hina ini, dan cuba membandingkan dengan sahabat-sahabat yang telah gugur, aku hanyalah ibarat kuman di seberang laut. Aku tidak segagah Mus’ab bin Umair, Saad bin Abi Waqas dan Khalid Al-Walid. Bagaimana cara mereka mati? Di manakah kubur-kubur mereka?

     Jelaslah juga di mata ini, bahawa kurangnya amal pada diri ini karena lemahnya cita-cita.


Karena itu kamu tahu. Pejuang yang heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yang takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk, sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta. Mengajak kita untuk terus berlari.

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Kalau iman dan syaitan terus bertempur, pada akhirnya salah satu harus mengalah.

Allahyarham Ust. KH Rahmat Abdullah.


     Allah, berilah aku kekuatan agar terus istiqomah. Jangan campakkan aku ke dalam nerakamu kelak. Allah Allah.


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepada mu”. [41:30]





Notakaki:

1. Bermula pada hari ini, kebanyakan post-post akan berkisar sesuatu dari luahan hati dan akan jarang menulis untuk sesuatu yang umum untuk dibaca. Semuanya kerana alasan penat dan kekangan masa. Sungguh aku memang lemah.  I admit that .

2. Kepada mana-mana ikhwah yang terbaca post ni, tolonglah jangan mention post ini di hadapan saya, baik dari segi pecakapan mahupun perbuatan. Tolong, tolong, dan tolong. Dan satu lagi, jangan berasa berat hati atau rasa bersalah sekiranya anda ingin meminjam kekuatan jasad ini selepas baca post ini. Sekiranya berlaku sebegitu, anda telah berlaku zalim terhadap saya kerana menyekat usaha saya untuk mengejar syurga Allah.


Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 11:02 AM
Categories:

4 comments  

Wednesday, June 15, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Suatu ketika, baju perang Khalifah Ali radhiyallaahu anhu telah lenyap sebelum beliau sempat membersihkannya.  Setelah beberapa hari kemudian, beliau terlihat baju perangnya tersebut berada di pasar pada tangan seorang Yahudi.

      Beliau terus menanyakan orang Yahudi tersebut namun si Yahudi tersebut berkeras bahawa baju perang tersebut adalah miliknya. Akan tetapi, ‘Ali tetap yakin bahawa baju tersebut adalah miliknya, maka beliau pun mengadukan hal ini kepada hakim.

     Tiba hari pengadilan, hakim kemudian membuka sidang, “Wahai Khalifah, apa tuntutan anda kepada terdakwa?”. Khalifah ‘Ali pun menceritakan perihal baju perangnya itu.


“Wahai khalifah, apakah engkau dapat membuktikan kalau baju perang yang ada pada tangan terdakwa itu adalah milik engkau?” Tanya hakim.


     ‘Ali tersentak dengan pertanyaan tersebut. Kemudian ia berkata, “Aku tidak mempunyai sebarang bukti”.

     Oleh kerana ‘Ali tidak dapat membuktikan kenyataannya, maka hakim memutuskan bahawa perbicaraan itu dimenangi oleh si Yahudi tersebut.

     ‘Ali redha dengan keputusan tersebut walaupun beliau seorang khalifah, seorang ameerul mu’minin kepada sebuah negara islam.


 *****


     Kita manusia, bukan robot dan bukan juga entiti artificial intelligence . Justeru, tak hairanlah akan berlaku ketidakpuashatian jika sesuatu keadaan tidak diperlakukan dengan adil.

     Walaupun keyakinan kita mencecah 100% sepertimana khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dan mungkin juga kita boleh claim  bahawa Allah juga menjadi saksi kita, tetapi kalau tengok dari sisi lain pula, ada kemungkinan kita pun bersalah jugak sebenarnya. Betul ke? 0.1% pun dikira jugak kalau berdasarkan cerita di atas (main rambang je sebenarnye letak jumlah ni).



وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,
[Ash-Shura 42:30]


     Jadi, pilihlah jalan taqwa, jalan yang mengajak kepada ‘berhati-hati’. 



     Pengajaran: Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, walaupun perkara itu sepahit biji kopi mentah. Mungkin ‘biji kopi’ tersebut boleh ‘dibancuh’ menjadi seperti mocha (ada rasa manis + chocolatey ) apabila kita benar-benar ‘menyerahkan diri kepada Allah’ (baca: islam).






*aku bercakap secara teori sahaja, namun insyaAllah, sedang di amali kan. Doakan ke-thabat-an aku, dan mereka-mereka yang memerlukannya. Amin~




Notakaki:
1. Pengakhiran kepada kisah tersebut ialah si Yahudi memeluk islam kerana terpegun dengan keadilan yang ditonjolkan oleh sistem islam.
2. Ada juga yang meriwayatkan bahawa pencuri tersebut adalah beragama Nasrani, bukan yahudi dan macam2 versi lagi. Tetapi apa yang penting? pengaaaaajaran. Terpulang kepada kita lah nak menjadikannya hanya sebagai cerita fiksyen atau sesuatu yang boleh di-aplikasikan dalam hidup.




Wallahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 11:26 PM
Categories:

0 comments  

Monday, June 13, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim



Pertanian adalah perniagaan. Barangsiapa yang menanam, dialah akan mendapat hasilnya.


     Sabtu pagi, aku ikut mak pergi Pasar Tani, shopping barang dapur. Sibuk ber-shopping  sayur, ikan, daging, tiba-tiba ternampak ada gerai yang menjual barang-barang seperti tudung, serkup, etc. Aku mana tau nama barang-barang ni.

      Biasalah, wanita kan? Nampak saja gerai tersebut, terus mak ajak aku ikut sekali pi gerai tersebut. Banyak gila tudung dia jual. Macam-macam pesyen. Sekali sarung la, berlipat la, aku pun tak tau. Haha.

     Habis memilih, terus mak aku bayar. Kelihatan seorang penjual yang tidak sama dengan apa yang dijual. Faham kan?

     Bukannya nak mencari kesalahan, bukannya nak menghina peniaga-peniaga Pasar Tani atau yang seumpama, tetapi refleksi kepada diri sendiri sebenarnya.



إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
[At-Taubah 9:111]



Khas untuk da'i , tolong terjemah sendiri dengan tahap kefahaman masing-masing:

     Bayangkan, seorang bukan islam menjual Quran kepada kita, tak rasa ragu-ragu ke? Dikhuatiri kualiti pada barang tersebut terjejas kerana penjual tidak menjiwai barang yang dijualnya. Betul ke?

     Benarkah Sang Pembeli telah membeli barang-barang aku? Atau aku sekadar hanya syok sendiri sahaja dengan pelbagai variasi yang terdapat pada gerai aku ni. Tudung ada, telekung ada, minyak atar ada etc.

     Bukan rupa luaran ye. Ya, saya mempersoalkan niat saya sebenarnya; kualiti yang hanya penjual dan 'Pembeli' sahaja tau.

     Betulkah aku telah menjiwai apa yang telah dijualkan? Oh 'Pembeli', Engkau sahaja yang layak untuk memberi komen kepada kualiti barang-barang jualan aku.



"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat Allah ialah hati kamu."

Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda.

[Riwayat Muslim]





nota:
1. Yang pertama dan pastinya, post ini ditulis khas untuk aku sahaja yang tidak lari dari kesilapan.
2. Related article: Muflis.




Wallahu'alam bis sowaab...

Posted by Posted by zabed at 10:50 PM
Categories:

4 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>