Tuesday, November 29, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Bila balik rumah dan kakak tak ada kat rumah, aku akan tidur kat bilik dia. Apasal? Sebab waktu kecik-kecik dulu, aku dengan adik aku selalu lepak dekat bilik kakak aku. Sebab ada tv, walaupun boleh tengok tv1, tv2 dan tv3 saja. Senang cerita, tempat berkumpulnya ketiga-tiga adik beradik kami.

     Dulu kalau aku balik rumah lepas waktu maghrib atau tak makan malam bersama-sama dengan keluarga, bapak aku akan marah kerana tidak ada 'kebersamaan' bersama ahli keluarga. Sekarang, semuanya dah berubah. Semua dah besar. Adik aku pun nak masuk umur 20.

     Rumah yang pernah dipenuhi oleh 5 orang, sekarang selalunya hanya 2 atau 3 orang saja. Oleh kerana aku tak menghargai faktor 'kebersamaan' bersama keluarga waktu kecik dulu, maka sekarang aku merindui perasaan tersebut, lalu aku selalunya tertidur di bilik kakak aku.

     Bila aku tengah belajar, adik atau kakak aku pulak cuti. Bila aku cuti, diorang pulak belajar. Nak jumpa pun waktu hujung minggu, itupun kalau tak ada hal lain.

     Sampai satu tahap, atau satu penghijrahan yang Allah tetapkan, kita akan rasa berat hati untuk meninggalkan platform asal. Atau kalau tak berat hati pun, kita akan rasa menyesal kerana tak menghargai  peristiwa lama bila berada di platform baru. Walaupun kita tahu dan beriman sekalipun bahawa setiap penghijrahan itu adalah for the greater good , hangpa ingat senang ka nak tinggalkan tangkuk lama?

     Walau peristiwa penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah dianggap nikmat yang sangat besar dan suatu bentuk kemenangan buat islam (kerana islam pertama kali ada kerajaan sendiri; suatu bentuk 'kekuatan'), tapi hangpa ingat mudah ka bagi Nabi nak tinggalkan kampung halaman dia?

     Selalu tengok filem Hollywood, bila hero kena tinggalkan kampung dia sebab nak sambung belajar/kerja/mission baru/for the greater good/etc. akan bermula dengan babak dia kemas-kemas baju dia. Pastu bila tren dah sampai, dia akan tarik nafas sedalam mungkin dan melihat ke belakang untuk kali terakhir. Walaupun hero tu tau yang penghijrahan dia tu sebenarnya for the greater good , tapi tetap tak mudah bagi dia untuk naik tren blah macam tu je.



     Bak kata mat saleh,

For everything you gain, you lose something.


     Kalau kita renung balik hayat kita betul-betul dari kecik sampai sekarang, berapa banyak penghijrahan telah kita buat sehinggakan jadilah kita sepertimana sekarang ni tengah baca blog aku. Berapa banyak achievements  telah kita peroleh gara-gara kerana penghijrahan yang berkali-kali.

     Banyak benda dapat melalui penghijrahan? Penat tak berhijrah banyak sangat? Berapa banyak dah perkara terpaksa dilepaskan?

     Kadang-kadang aku mengeluh sorang-sorang, bila tengah futur  atau iman down. Aku rasa penat bila terlalu banyak hijrah (aku rasa la 'banyak'). Setiap kali ke destinasi baru, tahap ujian itu makin berat sampai kadang-kadang tu sampai aku rasa yang "aku tak ready lagi tapi dah kena hijrah dah".

     Tapi betul apa yang dikatakan Dr. MAZA. "Inilah kehidupan. This is life. Nak pi taqaq (takat) mana? Taqaq ni lah selagi mana ia dipanggil kehidupan."

     Sampai satu tahap bila kita dah jauh sangat berhijrah, kita akan pulang balik ke kampung halaman kita. Sama kan macam orang-orang tua yang dah pencen? Kalau dulu duduk Kedah, lepas tu kerja kat KL, bila dah pencen mesti balik duduk Kedah. Aku rasa semua orang macam tu, ye dok?

     Kita dulu asalnya tanah, maka nanti kita pun akan kembali kepada tanah.



إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[Al-Baqarah (2): 156]





     Tengok cerita Puss In Boots, asalnya dari San Ricardo (kampung halaman dia). Misi dia dalam cerita ni, macam mana dia nak balik ke kampung halaman dia dalam keadaan suci dari dosa? Orang kampung dia boleh terima dia tak bila dia balik?




     Kita asalnya dari syurga. Rasa-rasanya Pemilik syurga nak terima kita tak bila kita balik??


*krikk krikk krikk*


     Selamat berhijrah. Harapnya setiap penghijrahan tersebut dapat menghapuskan dosa kita, harapnya Pemilik 'kampung halaman' meredhai dengan kepulangan kita dan meredhai keberadaan kita di sana kelak insha Allah.



Strive towards Mardhatillah!

Posted by Posted by zabed at 12:17 AM
Categories:

2 comments  

Friday, November 25, 2011








Bismillaahirrahmaanirrahiim



عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?

عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ
Tentang berita yang besar,

الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
yang mereka perselisihkan tentang ini.

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui,

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ
kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui


[An-Naba' (78): 1-5]




     Menurut Syed Qutb, 'mereka' yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas ialah orang kafir mekah yang menolak apa yang diberitakan oleh Rasul; tentang Hari Kiamat atau Hari Pembalasan.

     Agak pelik tapi benar, walaupun mereka ni kafir, tetapi mereka tetap percaya kepada Allah, Tuhan yang betul-betul berkuasa. Tapi mereka seboleh-boleh menafikan bahawa wujudnya hari di mana mereka akan dibangkitkan semula dan akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang di buat waktu kat dunia dulu.

     Yes. Memang pelik bila percaya Allah tapi tak percaya Hari Pembalasan, but what does this shows to you?

     Cuba kita ingat balik orang yang jenis macam mana yang mula-mula menerima islam dan orang yang macam mana mula-mula melawan islam. Antara ciri-ciri persamaan yang mula-mula menerima islam adalah di kalangan miskin, yang tertindas, golongan bawahan etc. Berlainan pula dengan yang menolak, mereka ada kuasa, pembesar, kaya raya, menindas hamba-hamba etc.

     Bila ada kuasa, harta pangkat, diorang boleh buat apa-apa saja, termasuklah dengan menindas orang-orang bawahan tadi. Diorang sedar apa yang diorang buat memang sebenarnya tak patut tetapi dia jadi high  semacam. Seronok semacam bila kacau orang. Sebab tu lah mereka ni terus-menerus menolak kewujudan Hari Pembalasan kerana mereka sedar kalau betul-betul wujud hari sebegitu, depa tau memang depa ni akan kena punya dengan Allah kelak. Kena seksa lebih teruk dari apa yang diorang penah buat kat orang lain.

      Sama sahaja halnya seperti group Darwinism yang bermati-matian perjuangkan ideologi mereka walaupun teori diorang benar-benar kantoi. Sebab apa? Seboleh-boleh diorang nak buktikan bahawa Allah tak wujud kerana wujudnya Tuhan di alam ini bererti no more playing time . Diorang memang kena akur apa yang diperintahkan oleh Pencipta. Kalau Tuhan tak wujud, tak wujud jugaklah Hari Pembalasan, maka aku boleh living life to the fullest .


     Living life to the fullest (seperti apa yang disalah-tafsir-kan oleh majoriti manusia sekarang):


I take what I want
Take what I need
They say it's wrong but it's right for me
I won't look down
Won't say I'm sorry



      Ambik segala-galanya dari dunia, tapi satu pun tak dapat nak tolong bila di akhirat. Tak ada investment  pada akhirat langsung.

      Nak jadi kaya tak ada masalah. Nak jadi rockstar pun ok je. Nak jadi mat rempit pun suka hati lah. Jadi lah apa-apa pun, yang kita memang minat atau high  semacam kat dunia ni, tapi jangan sampai 'living life to the fullest' , bermaksud: apa-apa kelebihan atau minat kita, pastikan ia boleh menjadi investment  kepada kita di akhirat kelak. Jangan jadi macam orang kafir mekah yang kaya raya tu, diorang buat perkara yang diorang suka dan high  semacam, tapi satu pun (diorang sendiri sedar) tak dapat menjadi investment  yang baik untuk kehidupan selepas ni.

       Loon a.k.a Amir Muhadith meninggalkan dunia rapping  kerana dia sendiri takut untuk kembali ke kehidupan yang lama, kehidupan berada di jurang neraka. Aku sendiri jual gitar ESP LTD EX-50 bukan kerana masalah halal atau haram instrument muzik, tapi aku sendiri sedar bahawa aku lebih banyak buang masa dan lalai dari kononnya nak berdakwah kepada orang lain. Senang cerita, investment  ke neraka lebih tinggi dari investment  ke syurga. Lebih baik tinggalkan dok?

     Tetapi berlainan pula apa yang difikirkan oleh brader Sham Kamikaze. Pernah sekali dia kata dia nak tinggalkan dunia gitar dia tapi ditegur oleh sorang ustaz ni. Ustaz ni kata Sham Kamikaze berdosa besar sekiranya beliau tinggalkan gitar. Pulak dahhhhh. Namun apa yang ustaz tu kata memang betul.

      Antara highlight event Sham Kamikaze dalam ceramah-ceramahnya ialah ketika beliau bermain gitar. Orang boleh menitiskan air mata keinsafan bila mendengar beliau bermain gitar. Sungguh perfect. Sungguh tenang jiwa. Sungguh syahdu. Sungguh 'Another You by Cromok'. Ya. Kelebihan atau minat yang ada pada Sham Kamikaze, beliau gunakan sebagai investment  untuk di akhirat kelak.  Beliau kata dakwah; mengajak manusia kepada Allah. Ini barulah maksud living life to the fullest  yang sebenarnya!

     Buatlah apa-apapun kat atas dunia ni yang membahagiakan atau buat kita jadi high  semacam, tapi sendiri mau ingat lah. Antara minat kita tu lebih ke arah investment  keredhaan Allah atau investment  kemurkaan Allah. Antara kita jadi macam orang kafir mekah yang kaya atau Abdul Rahman bin Auf yang kaya.

     Ingat, tiada jalan tengah atau ketiga. Semoga Allah mengilhamkan kepada kita betapa besarnya akhirat jika dibandingkan dengan dunia. Ameen~






فَأَلْهَمَهَا فُجُورَ‌هَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.


قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,


وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.


[Ash-Shams (91): 8-10]



Wallaahu'alam bis sowab.

notakaki: Lepas dengar penjelasan dari brader Sham, tiba-tiba gatal tangan nak pi beli gitar baru pulak. HAHA ZABED2. Itu lebih ke arah nafsu, bukan iman. Papepun sape2 nak jual 2nd hand guitar bagitau la eh?



Posted by Posted by zabed at 9:03 AM
Categories:

2 comments  

Sunday, November 20, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Baru-baru ni, ada seorang pelajar muslim di uni. mengaku yang dia adalah seorang atheist. Antara alasannya ialah kerana apa yang terkandung dalam Quran adalah hanya cerita semata-mata. Ala-ala bedtime stories gitu. Mungkin ada alasannya yang lain lebih kukuh. Wallaahu'alam.

     Tentang Al-Quran, aku ada celoteh panjang gila kat link Kemuliaan Al-Quran.

     Pada post kali ni bukan isu al-quran yang nak disentuh, tetapi nak pergi lebih general  lagi. Tentang praktikaliti islam. Sekarang, pernah persoal diri sendiri apa yang membuatkan kita rasa islam adalah agama paling benar?

     Jangan hanya sekadar berteori tentang bukti saintifik yang dibenarkan Quran. Ada banyak lagi yang sains tak dapat nak cover.

     Sekarang kita bermain sesuatu yang logik pulak. Siapa di kalangan kita pernah melihat Allah? Bagaimana kita boleh kata bahawa islam itu adalah benar kerana datang dari Tuhan? Nabi Muhammad pun kita tak sempat nak lihat sedangkan baginda adalah contoh ideal man. Apa praktikalnya islam?

     Kalau kita perasan, Allah ada berfirman bahawa Dia akan menjaga Quran sehingga kiamat:


لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ

Tidak ada (seorangpun) yang dapat merubah kalimat-kalimat-Nya
[Al-Kahf (18): 27]


"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku."
[Khutbah terakhir Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam]


     Persoalan-persoalan semua di atas dijawab apabila Allah memberi jaminan bahawa Dia akan memelihara al-Quran sehinggalah kiamat. Quran lah bukti bahawa Allah wujud, islam itu benar.

     Satu-satunya jawapan atau bukti kepada benarnya islam itu kini telah dipersoal. Di mana relevannya Al-Quran kalau ianya hanyalah himpunan kisah-kisah atau pernyataan hukum semata?

     Ok ok bro. Lemme get this straight chap. Bukannya islam tak praktikal, hakikatnya muslim (orang yang mengaku islam) tu yang tak praktikal.

     Dulu sebelum aku join tarbiyah, pernah jugak aku terfikir, apa relevannya Allah cerita tentang kisah Nabi Yunus, Nabi Nuh dan lain-lain? Tak de la sampai aku persoalkan kebenaran islam, cuma tercari-cari di mana relevannya kisah-kisah yang diceritakan ni.

     Dan persoalan tu terjawab bukan kerana aku mencari di mana praktikalnya Quran seperti penemuan saintifik dan sebagainya, akan tetapi ketika aku sendiri nak berubah (cuba) menjadi muslim yang praktikal. Aku seorang muslim yang cuba mempraktikkan islam, bukannya nak kata aku ni muslim yang ideal (jangan salah faham pulak).

     Kalau kita sedar, Allah beri kita pilihan dalam hidup kita. Yes or no. Good or bad. +ve or -ve. Islam atau jahiliyah. Kita yang memilih dan akhirnya Allah yang tentukan hasilnya. Dan apabila kita memilih untuk menghidupkan islam atau mempraktikkan islam, Allah akan tunjuk jalan. Ini janji Allah.




وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِي

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-'Ankabut (29): 69]



     Subhanallah. Benar-benar Allah tunjuk apa mesej tersirat Al-Quran kepada mereka yang benar-benar berjihad. Dan ketika itulah baru kita tahu bahawa betapa praktikalnya Al-Quran ini, betul-betul dari dasar hati kita, tanpa perlu pengesahan saintifik blablablabla semua tuh.

     Mungkin masalah kita pada hari ini ialah terlalu berteori tentang islam. Teori je memanjang, secara praktisnya tak pulak. Pastu kita nak convince kepada orang lain bahawa islam itu benar melalui teori? Tak boleh jep. Tak boleh tak boleh. Kalau macam tu lah perangai kita, bukan setakat orang luar, kita sendiri lambat-laun akan rasa islam tak praktikal.



"Wahai Ikhwan! Sebenarnya saya ingin senantiasa beramal dengan tidak banyak bercerita. Kepada amal saja kami wakilkan pembahasan tentang Ikhwan dan langkah-langkahnya,"

[Imam Hasan Al-Banna]



      Cuba lah menjadi muslim yang praktikal. Jangan jadi muslim yang teoretikal kalau betul-betul nak "membela" islam. Bukan setakat orang luar, aku sendiri pun menyampah + meluat kalau teori je memanjang. Mungkin aku agak streotaip, tetapi itulah realiti mengikut perspektif aku. Wallaahu'alam bis sowab. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari aku yang banyak berteori. As-salaam.

Posted by Posted by zabed at 1:58 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, November 12, 2011


Aku tau. Dah nak seminggu raya haji baru nak post. Ambik je la pengajaran.




تَبَارَ‌كَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
[Al-Mulk (67): 1]



     Semua jelas dengan ayat ni. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Kita tau Allah memiliki syurga, neraka, bumi, cakerawala etc. Tapi kadang kita terlepas pandang bahawa



Yang menyempitkan kehidupan,
Yang mendatangkan masalah,
Yang menarik nikmat rezeki,
Yang melahirkan perasaan dukacita,
Yang menarik nyawa ibu bapa kita,
Yang membuat kerja di ofis semakin rumit,
Yang menambahkan beban assignments,
Yang mengakibatkan perlanggaran kenderaan,
Yang menarik duit elaun kita,
Yang memberikan keputusan rendah dalam exam,
Yang mengakibatkan kita makan 'nasi bujang' setiap malam,
Yang menimbulkan perasaan hasad dengki,
Yang membiarkan syaitan hidup untuk menyesatkan manusia,



        Juga datangnya dari Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kadang Allah lanyak kita, tapi kita tak pernah pun sedar dengan berada pada tahap 'kena lanyak' ni lah Allah nak kita kembali kepadaNya. Untuk menghentikan sikap takabbur kita. Untuk menghentikan keselesaan yang melalaikan. Untuk kita betul-betul tunduk khusyuk berdoa meminta tolong kepadaNya "Ya Allah kasihanilah hambaMu ini".

        Pernah suatu ketika Allah melemparkan ujian kepada ahli-ahli Jamaah Ikhwan Muslimin; zaman ketika ahli-ahli mereka beramai-ramai ditangkap dan diseksa oleh kerajaan Mesir.

       Saat penjara-penjara Mesir benar-benar berubah menjadi madzbahah  (rumah sembelih), seorang opsir membawa Mushthafa Masyhur muda bersama seorang anggota usrahnya yang tak hilang-hilang gementar dan kengeriannya melihat penyiksaan yang di luar batas khayalan manusia.

Ya Naqib, bagaimana nasib kita bila mereka lemparkan kita ke sarang serigala atau lubang busuk tanpa kehidupan?

        Dengan mantap Mushthafa Masyhur menjawab:

"Mereka dapat membuang kita ke tempat manapun yang kita takuti, namun ketahuilah mereka takkan mampu membuang kita ke tempat yang tak ada Allah."



        Begitu lah seharusnya kebergantungan kita kepada Allah. Allah yang mendatangkan kesusahan, maka siapa lagi yang dapat menyelamatkan kita kalau bukan Allah?

        Bila bersedih, ramai orang menghadap mencari Allah. Bersyukurlah. Moga setiap pengorbanan kita akan diterima Allah. Insha Allah.



        Selamat Hari Raya Eidul Adha 2011.


post lama: Eid-ul-Adha 2010

Posted by Posted by zabed at 10:22 PM
Categories:

0 comments  

Friday, November 4, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim.


Cerita ni.....tak tau sejauh mana kesahihan. Aku pernah dengar orang cerita tapi tatau la watak dalam cerita ni betul ke tak. Try google search banyak result lain keluar. Kisah ketika imam hambali sedang nazak? Tak pe lah. Pengajaran dia yang syiok sebenarnya.




     "PERGI! PERGI! PERGI KAU DARI SINI!"


     Jerit Imam Hambali ketika nazak. Anaknya ketika itu hairan kerana tiada sesiapa pun yang ada ketika itu. Ayahnya kemudian terus menghalau lagi, "Pergi! Pergi! Pergi!"

      Selepas Imam Hambali reda, anaknya bertanya, "Siapakah yang dihalau tu?". Imam Hambali menjawab, "Aku melihat kelibat syaitan datang ke arah kakiku lalu dia mengucup kakiku sebagai tanda hormat. Lalu, aku menghalaunya."


****



       Apa yang dimaksudkan dengan tanda hormat ialah, seolah-olah syaitan tersebut menghormati atau terlalu respek kepada Imam Hambali kerana syaitan gagal menjatuhkannya. Jadi, untuk mengelakkan perasaan takabbur atau riak, Imam Hambali terus menghalau syaitan tersebut. Na'udzubillahi min zaalik.

      Bila bercakap tentang riak, ini bukan masalah kecik jang oiii. Masalah besar. Bukan senang nak hilangkan perasaan riak ni. Ada hadith kata tak masuk syurga orang yang ada perasaan takabbur. Bayangkan sehingga syaitan tadi sanggup pakai taktik sedemikian? Kalau kitalah di tempat Imam Hambali, apa jenis mentaliti yang kita rasa bila syaitan kucup kaki kita sebagai tanda hormat?

     Tapi satu benda yang syaitan kantoi dengan kita,



قَالَ رَ‌بِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".


[Al-Hijr (15): 39-40]




      Lawan kepada takabbur ialah ikhlas.



Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.


Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

[Al-Insan (76): 8-9]




      Sebab tu ramai ustaz2 kat negara kita bila habis ceramah diorang akan kata,




Yang baik itu datang dari Allah


       Yang baik itu datang dari Allah, maka segala puji hanyalah bagi Allah. Mulianya kita kerana islam, yang juga datang dari Allah.



Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 10:56 AM
Categories:

2 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>