Bismillaahirrahmaanirrahim
Pada pagi Jumaat yang indah ini, bangun lambat dan masuk ofis lambat. Bagus…...
Keluar dari rumah, melalui satu kawasan perkuburan islam. Terkejut aku melihat 2 orang sedang membaca al-qur’an di sebelah satu kubur pada pagi-pagi ni.
Rasanya, seperti seorang ibu dan seorang anak lelaki. Mungkin, yang berada dalam kubur tersebut adalah ayahnya. Wallaahu’alam. Andaian ok. Andaian sahaja. Otak aku ni memang suka berimaginasi.
Apa-apapun, teringat suatu hadith,
Orang yang menghafal Al-Quran, yang mempelajari dan menerapkan isinya, maka pada hari kiamat, ia akan diperkenankan memberi kedua orang tuanya mahkota dari cahaya. Sinarnya laksana matahari. Ia juga akan diperkenankan memberi perhiasan kepada orang tuanya. Lalu kedua orang tua itu berkata, "Kenapa aku diberi perhiasan seperti ini?" Malaikat menjelaskan, "Karena anak kalian telah menghafal Al-Quran"
[Hadith riwayat Ahmad]
Selalu kita tengok kat drama/movie atau mana-mana iklan di televisyen, akan digambarkan suatu perisitwa di mana pada waktu kecil, seorang anak tersebut dijaga dengan penuh kasih sayang, diberikan berbagai-bagai tepung susu berformula, bagi dengar lagu Mozart, mengajar pandai menari ballet, menggunakan duit simpanan untuk pinjaman PTPTN anak-anak mereka dan blablablabla.
Dan apabila anak-anak tersebut telah dewasa, babak bertukar kepada situasi si anak tersebut sedang memakai jubah graduasi dan terkeluarlah kata-kata yang ‘paling mengharukan’ dari anak:
“Mak..Ayah..Inilah hadiah dari saya untuk Mak dan Ayah” sambil menyarungkan topi tersebut kepada ayah/mak. Sob sob..
“Mak..Ayah..Inilah hadiah dari saya untuk Mak dan Ayah” sambil menyarungkan topi tersebut kepada ayah/mak. Sob sob..
Love you Mom & Dad! |
Happy ending.....*star*
Sekarang, bayangkan perkara sama yang akan berlaku pada hari akhirat kelak.
Tiba-tiba sahaja di atas kepala ibu dan ayah kita muncul mahkota tadi kerana usaha kita;
Kenapa aku diberi perhiasan seperti ini?
Karena anak kalian telah menghafal Al-Quran
Perh... Bangga bhai dapat buat macam tu kat mak bapak. Perut ibu mana yang tak sejuk bila rohnya diselamatkan oleh anaknya sendiri.
Kalau sekarang graduasi atau kerja ‘mewah-mewah’ merupakan hadiah spesial untuk mereka. Tapi takkan kat sana kelak tak ada hadiah spesial jugak kot?
Jelas, menyelamatkan ibubapa kita dari neraka adalah tanggungjawab kita sendiri. Jangan fikir bacaan tahlil beramai-ramai sudah memadai.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
[Hadith riwayat Muslim]
Mungkin, sesetengah menganggap bahawa post ini hanya ditujukan kepada mereka yang sudah kematian ibu bapa mereka. Oh tidak tidak.
Jangan ditunggu sehingga nikmat ibu bapa benar-benar ditarik baru kita kelam kabut pum pam pum pam dok cari Quran nak baca. Dek kerana kekerasan hati menangguh-nangguh, silap hari bulan nak baca Quran pun tak reti! Siapa nak tolong mak bapak kita kat bawah tu nanti??? Na’udzubillahi min zaalik .
Jangan procrastinate bang |
Oh, jangan disalah faham bahawa aku mengutuk atau mencaci mereka yang tidak reti membaca Quran, niat gua cuma teguran atau penampaq (penampar) kepada mereka yang masih lagi ‘menangguh-nangguh’.
Apa-apapun, bantulah ibu bapa kita walau mereka masih hidup atau sudah meninggalkan kita. Siapa lagi yang mampu untuk menyelamatkan mereka kalau bukan anak mereka sendiri?
1."Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
2."Kenapa aku diberi perhiasan seperti ini?" Malaikat menjelaskan, "Karena anak kalian telah menghafal Al-Quran"
3. Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil [17:24]
Tak rasa terharu ke bila kita bayangkan mahkota dikurniakan Allah kepada ibu bapa kerana usaha kita? Perh….
Touching doh…*sniff sniff*
Notakaki:
1. Di dalam keasyikan kita membaca quran untuk disedekahkan kepada ibu bapa atau orang yang kita kenali, jangan kita lupa pula tujuan sebenar Al-Quran diturunkan. Rujuk: KemuliaanAl-Quran.
Wallaahu'alam bis sowab....
2 comments:
urmm,,ramai juga yg pandai baca quran but xmau baca..sedihkan..(untuk diri sindri)
herm. betul. kagum betul tengok ada sekumpulan orang boleh baca quran walaupun dalam LRT/tren/MRT/etc.
Post a Comment