Bismillaahirrahmaanirrahiim
Park kereta macam biasa di Tesco, kemudian aku dengan rakan se-carpool berjalan menuju ke ofis. Sedang perjalanan, jalan terbahagi kepada dua (ewahhhh macam kisah-kisah pengembaraan plak), Jalan 1 dan Jalan 2. Kebiasaannya aku akan memilih Jalan 1.
Sedang dalam perjalanan tu, tiba-tiba rakan se-carpool aku bersuara,
Zaid, (be) careful. *Sambil menunjuk ke arah kaki aku*
Aku pun melihat ke bawah.
.
.
.
.
.
.
..
..
..
……
…….
………………………………………
OOOOOOOOOMAKKKKKKKKKKKKKKKAAAAAAAAAAUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!
Ada bangkai ular panjang betul-betul sebelah kaki aku! Holy crap! (a phrase used to suggest that something is unbelievable or shocking – Urban Dictionary) Nasib baik aku tak pengsan!
Aku ni jenis fobia dengan ular. Malah, sekarang ni nak tulis pun rasa geli-geli takut-takut. Gambar kat atas tu diletak selepas post ni habis ditulis. Ergghhhh.
Semenjak hari tu, aku dah tak berani dah nak lalu Jalan 1. Setiap hari aku akan pilih Jalan 2 jugak walaupun Jalan 1 lebih dekat etc. Jalan 1 ialah jalan yang aku takut dan kalau boleh tak nak tengok lagi!
Bismillaah.
Bro,
Macam tu lah jawapan yang diberikan Loon a.k.a Amir Muhadith.
Siapa Loon?
Ada sekali, pernah Loon ditanya, kenapa beliau meninggalkan bidang muzik, sedangkan bakat beliau dalam dunia rapping boleh digunakannya untuk menyampaikan mesej islam.
Hukum mendengar atau menyanyi muzik masih lagi di peringkat khilaf.Ada banyak pendapat mengatakan harus, halal & haram bergantung kepada situasi. Dah stop. Jangan sambung bincang lagi, sampai kiamat pun tak habis bincang kalau masing-masing dah memang pekak dari mendengar jawapan dari pihak lain.
Kemudian Loon jawab,
"Sebab saya takut sekiranya saya akan kembali ke kehidupan lama."
Jawapan yang secara zahirnya simple tapi memberi maksud mendalam. Juga bukan jawapan yang ‘berat’ seperti memberi hukum menurut pendapat ustaz A, ustaz B etc. Orang berkulit putih kata, straight from your heart .
Mungkin, sesetengah dari kita ada black history , atau sejarah pahit. Namun, walau segelap mana pun sejarah hidup kita, Allah jualah yang menyelamatkan kita dari jurang neraka ke taman syurga. Alhamdulillah.
Namun, perlu juga diingatkan bahawa kita masih lagi berada di atas dunia ini. Perjalanan kita belum berakhir. Pernah tak kita persoalkan diri, untuk berapa lamakah aku masih lagi boleh berada di taman syurga ini? Ya, kata kuncinya ialah istiqomah .
Biasalah, kita manusia, bukan malaikat. Kita tak terlepas dari melakukan dosa. Kadang-kadang, bila iman turun sikit, kita melencong ke ‘Jalan 1’. Bila dah naik, kita akan pulang ke ‘Jalan 2’ atau jalan yang lurus (seerat al-mustaqim ).
Allah, tunjuklah kami jalan yang lurus! |
Cuma, perkara yang paling dibimbangi bila kita ‘melencong’ ke jalan lama, ditakuti sekiranya ‘ular hidup’ akan muncul dan akhirnya mematuk kita sampai mati. Pengakhiran hidup kita adalah di ‘Jalan 1’, jalan gelap. Naudzubillahi min zaalik .
Jadi, persoalannya ialah, bagaimana kita nak jadi macam Loon? Atau, bagaimana hendak menanam perasaan fobia untuk kembali berjalan di jalan gelap?
Secara jujurnya saya tak tau kerana seharusnya perasaan fobia itu bergantung kepada pengalaman atau cita rasa masing-masing.
Jadi, tak ada resolusi lah selepas membaca post ni?
"Memang tak membuahkan amal langsung baca post ni!"
Cuma, nak bangkitkan atau persoalkan hati masing-masing. Bagaimana hendak menjadi Loon….oopssss. Bagaimana hendak menimbulkan perasaan fobia kembali ke jurang neraka?
Saya cuba bagi jawapan sedikit walaupun tak membantu banyak. Anas bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa antara tiga perkara yang bisa menjadikan seseorang merasai kemanisan iman ialah
Perasaan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam neraka
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman atau perasaan fobia tersebut, dipersilakan untuk menulis di ruangan komen. Jangan kedekut ye. Moga pengalaman kita bisa menjadi inspirasi kepada mereka yang sedang ‘tercungap-cungap’ untuk mendapatkan ‘oksigen’ (baca: redha Allah).
notakaki:
kalau dah namanya fobia, harapan la nak tulis atau kongsi pengalaman. Ye dok?
Wallaahu’alam bis sowab…
notakaki:
kalau dah namanya fobia, harapan la nak tulis atau kongsi pengalaman. Ye dok?
Wallaahu’alam bis sowab…
4 comments:
haha..:D
taleh r nk main ular depan zabed!~..haiyooo~
tak boleh tak boleh. haha
Zabid jum la main kat zoo negara. haha.
ramadhan: zoo negara on aja...
Post a Comment