Bismillaahirrahmaanirrahiim
Sejak 2 3 minggu ni, selalu betul dengar khabar tentang orang-orang terdekat meninggal dunia. Sedih tak sedih tu lain cerita, tetapi terasa seperti diberi amaran.
*tarik nafas*
Teringat satu video yang pernah ditunjuk oleh seorang sahabat. Ada seorang syaikh sedang bagi tazkirah dengan bersemangat dalam bahasa Inggeris, betul-betul selepas seorang mayat dikebumikan, betul-betul bersebelahan dengan kubur. Fresh from the oven orang putih kata.
Banyak benda lah sebenarnya yang dikatakan, memang kalau dengar betul-betul tu boleh insaf. Dekat Youtube ada rasanya, tapi aku tak ingat apa nama link/video dia.
Walau begitu, aku tersentak dengan beberapa ayat Al-quran yang berkal-kali-kali ditekankan,
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!
[102:6]
Ayat ini, berulang-ulang kali bermain dalam kepala,
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!
Ya Allah. Betul ke tak aku dapat lepas dari neraka ni?
Tips
Beberapa minggu lagi, Ramadhan akan menjelma. Ramadhan, bulan keampunan. Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.
Masih bernafas lagi sekarang. Kena banyak-banyak doa, Allahumma baalighna Ramadhan (Allah sampaikanlah kami pada Ramadhan).
Mudah-mudahan, aku sempat untuk beramal pada bulan Ramadhan.
notakaki:
1. banyak kematian berlaku sebelum Ramadhan seharusnya menjadi motivasi kepada diri kita.
2. Tahun lepas, beberapa hari sebelum Ramadhan juga berlaku perkara yang hampir sama. Rujuk: Lane Kanan Highway.
Wallaahu'alam bis sowab...

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
[Hadith riwayat Bukhari]
notakaki:
1. banyak kematian berlaku sebelum Ramadhan seharusnya menjadi motivasi kepada diri kita.
2. Tahun lepas, beberapa hari sebelum Ramadhan juga berlaku perkara yang hampir sama. Rujuk: Lane Kanan Highway.
Wallaahu'alam bis sowab...
0 comments:
Post a Comment