Wednesday, July 20, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Ada sorang brader pernah menceritakan satu pengalaman yang agak berharga.

     Dia kata, dalam seminggu tu, pernah dia tertinggal Qurannya di rumah kawan. So, selama seminggu tu jugak, beliau tidak membaca quran seperti yang biasa dilakukan tiap-tiap hari.

     Kemudian, pada seminggu yang sama, beliau menerima surat amaran.


screeeeeeeeeeeeeeeek.......



     Pada minggu tersebut, beliau dikejutkan dengan berita kematian seorang kawan rapat. Pada minggu yang sama juga, beliau kena marah oleh bossnya kerana prestasi kerja yang merosot. Tak cukup dengan tu, beliau juga susah nak bangun qiamullail pada tempoh seminggu tersebut. Solat dhuha lagi la, terasa berat gila kaki nak melangkah ke surau. Mak bapak? Hampir setiap hari kena marah atas sebab-sebab tertentu.

     Apa lagi dakwah? Dia kata yang ni paling teruk sekali kena. Nak cerita kat sini, takut ramai pulak kenal siapa brader ni dan mungkin ada yang terasa, tapi senang cerita, dia tak rasa ruh  atau geist  atau Force *rujuk Star Wars* semasa melakukan kerja-kerja dakwah. Dia rasa macam sia-sia je dia buat benda-benda tu.

     Haish. Aku dengar pun sedih je. Aku hanya mampu menepuk belakang brader tu sambil berkata, “Be cool man”.

     Kemudian, dia kembali kepada rumah kawannya, ambil balik quran dan mengamalkannya seperti mana yang biasa dilakukannya setiap hari dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti biasa. Malah lebih baik lagi (malas pulak nak cerita kebaikan2 atau nikmat2 yang beliau peroleh).

     Perh. Mantap betul pengalaman ni.

     Waktu zaman sahabat dulu pun pernah berlaku perkara yang hampir sama.

    Walau berbulan-bulan beperang dengan tentera Rom, namun menang kalah tak ditentukan lagi. Kemudian, khalifah ‘Umar al-Khattab pergi memeriksa dan membaca suasana pada tentera islam dan akhirnya beliau membuat kesimpulan,


Saya sudah dapat rahsia kenapa kita tidak menang dan tidak kalah. Pertama, kerana solat tidak lurus saf. Kedua, kerana tidak bersugi.


     Perbetulkan semua tu, kemudian mereka pergi berperang dan menang. Perh!

     Kalau nak ikutkan…...haish tak tau nak cakap ape *sambil menarik nafas panjang  Tinggalkan bacaan quran, tak nampak seperti berdosa, apatah lagi perkara-perkara seperti tak betulkan lurus saf dan bersugi. Tapi tetap juga kena bala.

     Bala yang diterima berakibat dari suatu kebiasaan amalan atau habit yang ditinggalkan secara sengaja atau tak. Jadi, post ni tidak bermaksud untuk menakutkan agar tak nak beramal ‘power-power’ macam diorang.





     Cuma, satu perkara yang aku belajar dari kedua-dua kisah tersebut;


     Inilah salah satu bentuk tarbiyah dari Allah agar kita terus istiqomah. Tetap teguh, tetap berjalan, tetap menahan.




     Seperti mana kita cuba-cuba untuk bermain-main dengan tempat letak tangan pada eskalator, bila dah terkena elektrik cepat-cepat kita tarik, tobat dah tak nak main lagi.

     Bilamana kita sudah merasai betapa peritnya berada dalam lingkungan bala Allah, baru lah kita cepat-cepat bangun dan teruskan melangkah. Tetap teguh, tetap berjalan, tetap menahan.



Semoga Allah tetap menjaga hati kita walau berada pada zaman fitnah akhir zaman yang berleluasa.





Wallaahu’alam bis sowab…

Posted by Posted by zabed at 3:13 PM
Categories:

 

4 comments:

Anonymous said...

zaid harithah mohd badry, anda sangat cool :D

zabed said...

herm?? ape kene mengene?

FarizDanialz said...

terasa ana bile baca ni..
ni antaranya kadang2 mengapa kita boleh 'tergelincir' dalam bidang dakwah. Bila dah kena tu ingat2 la, sebab tu kita sentiasa ingat..

nice entry bro

zabed said...

fariz danial: betul. kadang2 kita menyalahkan faktor-faktor luar bila dakwah kita ada masalah sedangkan diri kita sebenarnya yang bermasalah.

pengalaman ni memang betul-betul satu peristiwa yang sangat memberi impak kepada ana

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>