Friday, July 29, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim


singa ni menang gak last-last


     Pagi ni hujan rahmat. Nak bangun, ya Allah susahnye. Memang sedap betul selimut ni. Dah berapa kali ‘snooze’ dah alarm ni sampai pukul 7 baru kelam kabut nak pergi mandi. Dah siap-siap, bertolak ke ofis. Well, hujan kan? Konfem jam teruk punya. Nama pun ‘MRR2’. *sigh*

     Sikit, sikit kereta gerak. Aku tension terus on radio. DJ radio pulak time tu tengah bincang tentang match Malaysia lawan Singapore . OH! Aku hampir-hampir terlupa match malam semalam. DJ radio tu tak habis-habis sebut nama Khairul Fahmi dengan Safee Sali.  Mereka lah hero Malaya.

     Serius la aku cakap. Terus terang rasa sedih bila Malaysia kalah semalam. Lagi-lagi bila tengok Safee Sali main semangat gila. Dah jatuh boleh bangun terus score. Perh. Khairul Fahmi pun. One-on-one pun dapat save. Memang nampak bersemangat gila diorang ni main. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya, Malaysia kalah juga. Hilang peluang skuad Malaysia nak masuk World Cup. 37 years of curse. Lama tu.

     Itulah hakikatnya. Itulah sunnatullah (ketetapan Allah) untuk mengajar manusia. Cuba tengok Firaun. Bila dia start insaf?



Sehingga ketika fir’aun hampir tenggelam dia berkata,




“AKU PERCAYA BAHAWA TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN TUHAN YANG DIPERCAYAI OLEH BANI ISRAEL!”

[Yunus (10):90]




     Bila dah terkena bala baru kita terbangun, menyedari hakikat sebenar hari ini yang akan dilalui. Sama juga halnya kepada perasaan sedih yang menimpa diri ini bila Malaysia kalah malam semalam.

     Ya, 2 hari lagi sebelum Ramadhan. Dikhuatiri kalau Malaysia menang, kita terlalu bersorak ria mengangkat kepala walhal seharusnya kita menundukkan kepala kerana mengharap pengampunan dari Allah pada Ramadhan. Mungkin????  Wallaahu’alam .



"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan."

[HR At-Tirmidzi dan Ad-Darimi]




     Ok lah Zabed. ‘Get back to work’. Fokus kat Ramadhan, mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu yang menggunung tinggi. Ameen~





Wallaahu’alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 2:44 PM
Categories:

0 comments  

Tuesday, July 26, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim




“After you finsih with this, you can start with creating a new test operator blablablabla code”


“Ok” Aku mengangguk.

 
“Oh before you may start, I would like to ask you few things regarding C++ (a programming language, a geek stuff mind you )


“Oh…ok..” Aisehman…mana gua ingat subjek semester lepas.


“Okay. Now, tell me about this” sambil menunjukkan jarinya ke arah perkataan ‘enum’.


Bull’s eye. Aku memang tak tau.


“I...er...I...er...I th..I think....”  APE BENDE KO CAKAP NI SAMDOL!!


Supervisor pandang je aku, tunggu jawapan. Lagi la aku berpeluh. Kemudian, aku terus beralasan,


“You know, it has been like 4 months since I left this (C++) thing. So...do you mind if I do some quick revisions first before I may begin this task?” aku telan ayaq liuq (air liur).


Supervisor tu senyum kemudian cakap dengan slang Manglish, “Sure. No problem with that. But later, kam see mee when you god (got) the question okay?” 


“Oh..ok” aiseh, baru nak lari dari soalan tu.



     Dia belah je, terus aku bukak Mozilla, dekat ‘Google Search’ atas tu terus aku taip “enum c++”. KLIK! Aku angkat pen, tulis habis penuh dekat satu kertas nota tentang ‘enum’ sahaja. Macam buat thesis. Pum pam pum pam, hafal satu-satu ayat dia padahal aku sikit pun tak paham. Bila dah rasa confident, terus aku pergi jumpa supervisor tersebut.

“Ok Miss Supervisor. I think I know what is ‘enum’”.

“So tell me about it?”

     Aku pun dengan bangganya cakap satu per satu tentang ‘enum’, pum pam pum pam bebelbebel apa yang aku hafal tadi. Pastu, supervisor tu terus tanya lagi,


“Ok, then what does ‘enum’ do?”

     Aku terhenti jap. Pastu ingat balik mana-mana point yang berkaitan dan relevan. Rasa-rasa macam relevan sikit, terus aku muntahkan balik point-point tersebut. Pum pam pum pam. Supervisor tanya lagi,

“So, what’s the application of ‘enum’?”

     Ok. Nampak sangat dia tak terima jawapan aku. Fikir..fikir..fikir..fikir..fikir last-last aku kalah. Tak tau nak jawab sebab aku tak paham sebenarnya. Akhirnya, aku mengalah. Terasa diri seorang loser  kerana tadi bukan main lagi berpum-pam-pum-pam. Supervisor tu pun akhirnya bagi jawapan dalam bentuk yang sangat simple dan mudah difahami,

“Enum actually enable the user to pick any attribute provided blablablabla instead of the user input the value himself blablabla”  /*tak payah paham pun takpe. Memang berbelit sikit nak terangkan*/

     Ya Allah. Macam tu je rupenye! Simple dan betul-betul praktikal. Kan senang kalau dia explain awal-awal camni. 



Goreng Pisang



lapaq la pulak tengok gambar ni


     Satu gambaran lain, ibarat kita seorang food specialist  dari Amerika yang diarahkan oleh pihak university untuk buat kajian ‘kenapa rakyat Malaysia suka makan goreng pisang’.

     Kita pun dengan semangat pergi library, cari info tentang pisang. Jenis pisang di Malaysia, khasiat, asal-usul, scientific fact  etc. Walau banyak info diperoleh, tetapi kita sendiri rasa pelik. Camana depa goreng pisang ni? Tak hangus ke? Takkan rakyat Malaysia suka makan benda-benda hangus? Curious punya pasal terus pergi Malaysia, baru nak cuba rasa goreng pisang tu. Pergi gerai tepi jalan yang jual goreng pisang, tanya makcik gerai,

“kenapa orang malaysia suka makan goreng pisang?”

       Makcik tu jawab, “try makan dulu”.

     Terasa seperti dicabar, kita terus makan tanpa ragu-ragu. Akhirnya, kita sendiri merasai ‘kemanisan’ goreng pisang. Wow! Makcik tu pun terus sambung,

“Kat malaysia, biasanya orang makan waktu petang, selepas waktu kerja dan kelas. Jadi, stress di tempat kerja hilang atau dikurangkan bila kuih-kuih yang crunchy  + manis dimakan ketika itu. Sebab tu rakyat malaysia suka makan goreng pisang” /*ni main hentam je ni*/

     Kita pun angguk  setuju sambil menulis jawapan makcik tadi dalam report kita. Ceh, punyalah penat aku cari info berjela-jela, tentang human body mechanism  bila makan pisang yang digoreng, enzim apa yang dikeluarkan ketika makan goreng pisang etc.  Jawapan tak praktikal langsung! Kan senang makcik ni jawab. Orang nak paham pun senang. Be realistic la bro! Nasib baik dapat makan goreng pisang, hilang stress gua.

     Lebih kurang camni la perasaan aku bila dapat jawapan realistik dari supervisor tu. Senang kan kalau awal-awal kita tau kegunaannya yang praktikal.



Tok Syeikh yang tak realistik

     Sama jugak halnya bila kita kadang-kadang terlalu berteori tentang sesuatu perkara, walhal secara praktikalnya tak pernah kita buat atau rasai sendiri. Then, buat apa kita pum pam pum pam kalau tak faham pun sebenarnya?

     Aplikasi dalam kehidupan? Hangpa pikiaq sendirilah. Setiap orang ada pengalaman yang unik.

     Cuma, jangan jadi seperti majoriti tok syeikh-tok syeikh pada zaman kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah tahun 1922. Bila kerajaan Turki Uthmaniyah jatuh, berapa ramai di kalangan tok syeikh-tok syeikh graduan Al-Azhar ni yang menyuarakan ketidakpuashatian?

     Sama sahaja situasi di Malaysia, seperti perjuangan Tok Janggut ketika zaman penjajahan British di Pasir Puteh, Kelantan. Rasa-rasanya, ada berapa banyak sekolah-sekolah pondok yang dibina di sekitar Kota Bharu? Namun, berapa ramai pula di kalangan tok syeikh-tok syeikh yang belajar atau grad dari sekolah pondok ni yang bangkit untuk membela mayat Tok Janggut yang diarak dalam keadaan yang sungguh tragis?

     Bukan nak cari kesalahan atau mengatakan tindakan mereka berdiam diri itu adalah salah, tetapi nak mengajak orang yang tengah baca berfikir sejenak tentang kes-kes di atas tadi. Kalau setakat nak tau fakta, hukum, scientific approach , mazhab, etc, itu Google pun dah boleh dapat dah. Apatah lagi berjuta-juta buku yang terdapat pada library tuh.

     Kata kuncinya adalah faham, bukan tahu. Kalau tahu je, sama je la kita seperti Abu Talib yang tahu tentang kebenaran islam namun akhirnya mati sebagai kafir. Na’udzubillahi min zaalik.

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia memberikannya kefahaman dalam Ad-Din.
[Hadith riwayat Bukhari & Muslim]

      

     Yufaqqihu . Dia memberikannya kefahaman.






be realistic la bro!



Notakaki:
Oh, pastinya post ini ditulis seratus peratus untuk aku sorang kerana aku juga tidak lari dari membuat kesilapan seperti ini. Kalau ada yang nak terasa, anggaplah ini sebagai ‘kritikan membina’, yang menambahkan pahala, bukan menambahkan dosa kita.

Wallahu’alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 4:25 PM
Categories:

6 comments  

Wednesday, July 20, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Ada sorang brader pernah menceritakan satu pengalaman yang agak berharga.

     Dia kata, dalam seminggu tu, pernah dia tertinggal Qurannya di rumah kawan. So, selama seminggu tu jugak, beliau tidak membaca quran seperti yang biasa dilakukan tiap-tiap hari.

     Kemudian, pada seminggu yang sama, beliau menerima surat amaran.


screeeeeeeeeeeeeeeek.......



     Pada minggu tersebut, beliau dikejutkan dengan berita kematian seorang kawan rapat. Pada minggu yang sama juga, beliau kena marah oleh bossnya kerana prestasi kerja yang merosot. Tak cukup dengan tu, beliau juga susah nak bangun qiamullail pada tempoh seminggu tersebut. Solat dhuha lagi la, terasa berat gila kaki nak melangkah ke surau. Mak bapak? Hampir setiap hari kena marah atas sebab-sebab tertentu.

     Apa lagi dakwah? Dia kata yang ni paling teruk sekali kena. Nak cerita kat sini, takut ramai pulak kenal siapa brader ni dan mungkin ada yang terasa, tapi senang cerita, dia tak rasa ruh  atau geist  atau Force *rujuk Star Wars* semasa melakukan kerja-kerja dakwah. Dia rasa macam sia-sia je dia buat benda-benda tu.

     Haish. Aku dengar pun sedih je. Aku hanya mampu menepuk belakang brader tu sambil berkata, “Be cool man”.

     Kemudian, dia kembali kepada rumah kawannya, ambil balik quran dan mengamalkannya seperti mana yang biasa dilakukannya setiap hari dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti biasa. Malah lebih baik lagi (malas pulak nak cerita kebaikan2 atau nikmat2 yang beliau peroleh).

     Perh. Mantap betul pengalaman ni.

     Waktu zaman sahabat dulu pun pernah berlaku perkara yang hampir sama.

    Walau berbulan-bulan beperang dengan tentera Rom, namun menang kalah tak ditentukan lagi. Kemudian, khalifah ‘Umar al-Khattab pergi memeriksa dan membaca suasana pada tentera islam dan akhirnya beliau membuat kesimpulan,


Saya sudah dapat rahsia kenapa kita tidak menang dan tidak kalah. Pertama, kerana solat tidak lurus saf. Kedua, kerana tidak bersugi.


     Perbetulkan semua tu, kemudian mereka pergi berperang dan menang. Perh!

     Kalau nak ikutkan…...haish tak tau nak cakap ape *sambil menarik nafas panjang  Tinggalkan bacaan quran, tak nampak seperti berdosa, apatah lagi perkara-perkara seperti tak betulkan lurus saf dan bersugi. Tapi tetap juga kena bala.

     Bala yang diterima berakibat dari suatu kebiasaan amalan atau habit yang ditinggalkan secara sengaja atau tak. Jadi, post ni tidak bermaksud untuk menakutkan agar tak nak beramal ‘power-power’ macam diorang.





     Cuma, satu perkara yang aku belajar dari kedua-dua kisah tersebut;


     Inilah salah satu bentuk tarbiyah dari Allah agar kita terus istiqomah. Tetap teguh, tetap berjalan, tetap menahan.




     Seperti mana kita cuba-cuba untuk bermain-main dengan tempat letak tangan pada eskalator, bila dah terkena elektrik cepat-cepat kita tarik, tobat dah tak nak main lagi.

     Bilamana kita sudah merasai betapa peritnya berada dalam lingkungan bala Allah, baru lah kita cepat-cepat bangun dan teruskan melangkah. Tetap teguh, tetap berjalan, tetap menahan.



Semoga Allah tetap menjaga hati kita walau berada pada zaman fitnah akhir zaman yang berleluasa.





Wallaahu’alam bis sowab…

Posted by Posted by zabed at 3:13 PM
Categories:

4 comments  

Monday, July 18, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim




     Sejak 2 3 minggu ni, selalu betul dengar khabar tentang orang-orang terdekat meninggal dunia. Sedih tak sedih tu lain cerita, tetapi terasa seperti diberi amaran.

*tarik nafas*

     Teringat satu video yang pernah ditunjuk oleh seorang sahabat. Ada seorang syaikh sedang bagi tazkirah dengan bersemangat dalam bahasa Inggeris, betul-betul selepas seorang mayat dikebumikan, betul-betul bersebelahan dengan kubur. Fresh from the oven  orang putih kata.

     Banyak benda lah sebenarnya yang dikatakan, memang kalau dengar betul-betul tu boleh insaf. Dekat Youtube ada rasanya, tapi aku tak ingat apa nama link/video dia.

     Walau begitu, aku tersentak dengan beberapa ayat Al-quran yang berkal-kali-kali ditekankan,


Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!
[102:6]


     Ayat ini, berulang-ulang kali bermain dalam kepala,





Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!



Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!



Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim!





     Ya Allah. Betul ke tak aku dapat lepas dari neraka ni?







Tips


     Beberapa minggu lagi, Ramadhan akan menjelma. Ramadhan, bulan keampunan. Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.

     Masih bernafas lagi sekarang. Kena banyak-banyak doa, Allahumma baalighna Ramadhan (Allah sampaikanlah kami pada Ramadhan).

     Mudah-mudahan, aku sempat untuk beramal pada bulan Ramadhan.




Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

[Hadith riwayat Bukhari]




notakaki:
1. banyak kematian berlaku sebelum Ramadhan seharusnya menjadi motivasi kepada diri kita.
2. Tahun lepas, beberapa hari sebelum Ramadhan juga berlaku perkara yang hampir sama. Rujuk: Lane Kanan Highway.



Wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 9:17 PM
Categories:

0 comments  

Wednesday, July 13, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahim








     Pada pagi Jumaat yang indah ini, bangun lambat dan masuk ofis lambat. Bagus…...

     Keluar dari rumah, melalui satu kawasan perkuburan islam. Terkejut aku melihat 2 orang sedang membaca al-qur’an di sebelah satu kubur pada pagi-pagi ni.

    Rasanya, seperti seorang ibu dan seorang anak lelaki. Mungkin, yang berada dalam kubur tersebut adalah ayahnya. Wallaahu’alam. Andaian ok. Andaian sahaja. Otak aku ni memang suka berimaginasi.

     Apa-apapun, teringat suatu hadith,


Orang yang menghafal Al-Quran, yang mempelajari dan menerapkan isinya, maka pada hari kiamat, ia akan diperkenankan memberi kedua orang tuanya mahkota dari cahaya. Sinarnya laksana matahari. Ia juga akan diperkenankan memberi perhiasan kepada orang tuanya. Lalu kedua orang tua itu berkata, "Kenapa aku diberi perhiasan seperti ini?" Malaikat menjelaskan, "Karena anak kalian telah menghafal Al-Quran"

[Hadith riwayat Ahmad]


     Selalu kita tengok kat drama/movie atau mana-mana iklan di televisyen, akan digambarkan suatu perisitwa di mana pada waktu kecil, seorang anak tersebut dijaga dengan penuh kasih sayang, diberikan berbagai-bagai tepung susu berformula, bagi dengar lagu Mozart, mengajar pandai menari ballet, menggunakan duit simpanan untuk pinjaman PTPTN anak-anak mereka dan blablablabla.

     Dan apabila anak-anak tersebut telah dewasa, babak bertukar kepada situasi si anak tersebut sedang memakai jubah graduasi dan terkeluarlah kata-kata yang ‘paling mengharukan’ dari anak:

“Mak..Ayah..Inilah hadiah dari saya untuk Mak dan Ayah” sambil menyarungkan topi tersebut kepada ayah/mak. Sob sob..


Love you Mom & Dad!



     Happy ending.....*star*



     Sekarang, bayangkan perkara sama yang akan berlaku pada hari akhirat kelak.

     Tiba-tiba sahaja di atas kepala ibu dan ayah kita muncul mahkota tadi kerana usaha kita;



Kenapa aku diberi perhiasan seperti ini?

Karena anak kalian telah menghafal Al-Quran



     Perh... Bangga bhai dapat buat macam tu kat mak bapak. Perut ibu mana yang tak sejuk bila rohnya diselamatkan oleh anaknya sendiri.

     Kalau sekarang graduasi atau kerja ‘mewah-mewah’ merupakan hadiah spesial untuk mereka. Tapi takkan kat sana kelak tak ada hadiah spesial jugak kot?

     Jelas, menyelamatkan ibubapa kita dari neraka adalah tanggungjawab kita sendiri. Jangan fikir bacaan tahlil beramai-ramai sudah memadai.



Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu  bahawa Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

[Hadith riwayat Muslim]




     Mungkin, sesetengah menganggap bahawa post ini hanya ditujukan kepada mereka yang sudah kematian ibu bapa mereka. Oh tidak tidak.

     Jangan ditunggu sehingga nikmat ibu bapa benar-benar ditarik baru kita kelam kabut pum pam pum pam dok cari Quran nak baca. Dek kerana kekerasan hati menangguh-nangguh, silap hari bulan nak baca Quran pun tak reti! Siapa nak tolong mak bapak kita kat bawah tu nanti???  Na’udzubillahi min zaalik .


Jangan procrastinate bang


     Oh, jangan disalah faham bahawa aku mengutuk atau mencaci mereka yang tidak reti membaca Quran, niat gua cuma teguran atau penampaq  (penampar) kepada mereka yang masih lagi ‘menangguh-nangguh’.

     Apa-apapun, bantulah ibu bapa kita walau mereka masih hidup atau sudah meninggalkan kita. Siapa lagi yang mampu untuk menyelamatkan mereka kalau bukan anak mereka sendiri?



1."Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


2."Kenapa aku diberi perhiasan seperti ini?" Malaikat menjelaskan, "Karena anak kalian telah menghafal Al-Quran"


3. Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil [17:24]




     Tak rasa terharu ke bila kita bayangkan mahkota dikurniakan Allah kepada ibu bapa kerana usaha kita? Perh….

     Touching doh…*sniff sniff*






Notakaki:
1. Di dalam keasyikan kita membaca quran untuk disedekahkan kepada ibu bapa atau orang yang kita kenali, jangan kita lupa pula tujuan sebenar Al-Quran diturunkan. Rujuk: KemuliaanAl-Quran.

 

Wallaahu'alam bis sowab....

Posted by Posted by zabed at 8:22 AM
Categories:

2 comments  

Monday, July 11, 2011


Bismillaahirrahmaanirrahiim













     They say,



facts can be twisted.



     So,


let the videos do the talking.




     You be the judges. Fair enough I think? Pros and cons, you decide. I won't comment further.


     Any that is good befalls you is from Allah.


1. Prophet sallallaahu'alaihi wa sallam said:
It is not a people astray after getting guidance for them, but because
too much arguing.

[Reported by Ahmad and Tirmidhi]


2. Abu Umamah Al-Bahili (may Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (peace be upon him) said,

"I guarantee a house in Jannah for one who gives up arguing, even if he is in the right; and I guarantee a home in the middle of Jannah for one who abandons lying even for the sake of fun; and I guarantee a house in the highest part of Jannah for one who has good manners."

[reported by Abu Dawud]


Wallaahu'alam bis sowab....

Posted by Posted by zabed at 9:42 AM
Categories:

3 comments  

Thursday, July 7, 2011



Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Semalam baca surat khabar, terjumpa satu berita yang menarik perhatian. Oh, pastinya bukan berita tentang BERSIH walaupun bertimbun-timbun kat dalam surat khabar tuh.

     Seorang penyanyi berbangsa Malaysia, Jet Yi telah didapati mengambil tanpa izin wang sejumlah RM30,000 dari akaun bank kawannya Penny Tai yang juga penyanyi dari Malaysia.

     Tapi yang bestnya, kawan Jet Yi tu tak ada lah hukum atau bawak dia ke balai polis sebagai balasan. Malah, kawan tu siap rasa bersalah lagi sebab tidak aware  yang kawan dia sedang  berada dalam masalah. Fuhh mantop mantop.

     Yang tak best, si Jet Yi pulak yang terlebih-lebih mengalami kemurungan (depression ) . Sehinggakan dia nak bunuh diri pulak katanya,






Yi, who appeared for the first time in Malaysia after the incident, said he even thought of comitting suicide then.



      Ish. Hang muda lagi. Jangan la sampai ke situ pulak kalau murung. Walaupun "Life is short " , tapi hang kena "Live life to the fullest "  bro!

     Jangan salah faham Live life to the fullest   yang hedonisme tu, tapi Live life to the fullest  yang menepati syarat 103. Apa-apa pun,




Hey..chill la bro







أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir...
[Fatir 35:37]



     Umur yang panjang ni, walaupun 20 tahun, telah diberi ruang oleh Allah agar kita berfikir. Think. Inilah yang membezakan kita dengan binatang.

     Pernah dengar cerita tentang seorang pemuda lelaki yang bergegas dari hujung kota, yang diceritakan dalam surah Yaasin? Tau tak apa yang pemuda tu katakan selepas beliau diberi green light  untuk masuk syurga?



Dikatakan (kepadanya): “Masuklah ke syurga”. Ia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan”.
[Yaasin 36:26-27]



      Qiilad khulil jannah!

     Betapa berharapnya pemuda tersebut supaya dihidupkan  semula agar beliau dapat menceritakan kepada kaumnya betapa Maha Pengampun-nya Allah.

     Berapa banyak dosa yang telah dilakukan oleh pemuda tersebut pun kita tak tau. Tetapi, kalau perhatikan kedua-dua ayat ini, seolah-olah pemuda tersebut tidak menyangka langsung bahawa beliau akan masuk syurga, dek kerana kesalahan diri yang dirasakannya sangat besar!

     Akan tetapi, Allah tetap mengampuninya. Subhaanallah.

     Bagaimana?



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ‌ الرَّحِيمُ
Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Az-Zumar 39:53]



     Kata kuncinya: Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Bertaubatlah. Walau setinggi gunung sekalipun dosamu, namun siapa lagi yang lebih mendengar dan memahami masalahmu selain Allah.




Notakaki:

1. Akhirnya, brader Jet Yi tidak jadi bunuh diri dan masih di peringkat pemulihan (recovery). Alhamdulillah. Berita penuh: http://www.asiaone.com/print/News/Latest%2BNews/Showbiz/Story/A1Story20110706-287709.html

2. "The world is round and the place which may seem like the end may also be only the beginning" - Ivy Baker Priest, in Parade, 1958



Wallaahu'alam bis sowab...

Posted by Posted by zabed at 4:06 PM
Categories:

1 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>