Bismillahirrahmanirrahim
On the way ke Melawati, mak call, mintak tolong amik dia kat klia pukul 3 petang karang. Aku pun kata, "O.K!", sambil melihat jarum meter minyak. Hampir nak cecah E. Tengok mileage pulak, ada 20 Km lagi minyak nak habis. Pastu, pandang tingkap kereta, tercar-cari stesen minyak. Tiba-tiba, dari jauh ku terlihat signboard berwarna kuning dengan lambang kerang ber-outiline-kan warna merah dengan mesej "1 Km". Alhamdulillah...
Sampai stesen minyak, mak aih! Ramai gila orang isi minyak. Aku try cari, tapi tak ada tempat kosong. Pusing sekali, tak jumpa. Pusing dua kali, ahah! Nampak ada satu tempat isi, betul-betul bersebelahan dengan kaunter bayaran. Cantik. Alhamdulillah...
Dalam keadaan lenggok dan senang hati, aku keluar dari kereta, perasaan sungguh tenang, berjalan menuju ke kaunter bayaran. Oh, terpaksa beratur nampaknya, aku orang ketiga. Ah tada hal lah! Lepas dua orang ni, aku punya turn pulak. Lekk luu. Keluarkan duit duluu. Susun ayat duluu nak cakap apa dengan brader kat kaunter ni. Oh senang hati sungguh~ Alhamdulillah...
Dah dapat duit berwarna merah, tiba-tiba aku terlihat satu pergerakan yang laju dengan menggunakan kaki ke arah kaunter bayaran. Pada mulanya aku berfikir pakcik ni hendak ke tandas dengan tergesa-gesa sehinggakan perlu cross atau potong que (barisan) kami. Salah sangkaanku rupanya. Taw dia buat apa? DIA PI STANDBY DEKAT DEPAN KAUNTER BAYARAN TUH! WOIHH AKU DAH BERATUR DARI TADI TAW TAK! Sudah pasti, perkataan-perkataan tersebut hanya bermain di kepalaku, bukan di bibir + lidahku. (read more...)
Brader kat depan aku ni mesti fikir benda yang sama. *Kuang asam punye pakcik. Beratur la dulu. Dari tadi aku standby. Dah la hari Khamis, aku puasa hari ni!* Mungkin di hati brader kat depan aku ni tidak berfikiran sebegitu, tetapi gerak-gerinya jelas membahaskan perkara yang hampir sama. Selepas brader yang di depan sekali selesai melakukan transaksi pembayaran, terus menerus brader yang berada di depan aku ni menyerbu ke kaunter bayaran tersebut, seolah-olah tidak memberi peluang atau chance langsung kepada pakcik yang nak potong que kami tu. Pakcik tu speechless. Dia hanya tengok je brader depan aku tu dengan renungan tak puas hati. Aku tengok cara pakcik tu renung dah boleh menambahkan ke-hangin-an dalam kepala aku ni. DAH LA PECUT SESUKA HATI, BOLEH PULAK USHAR TAK PUAS HATI? Seperti biasa, dalam kepala je aku cakap camni.
Aku pun berhasrat untuk bertindak sebagaimana brader depan aku tadi; terus-menerus menyerbu tanpa memberi peluang langsung kepada pakcik tersebut untuk memotong. Tika saat di mana brader depan aku tadi mengucapkan "Terima kasih", otot-otot di kaki ku sudah bersedia untuk bergerak dengan pantas. Tiba-tiba, aku teringat status facebook salah seorang ikhwah atau brader ni, "Fasabrun jameel" -- maka hanya bersabar itulah terbaik [12:18]. Aku pun dengan rela hati, menghantar signal kepada otot-otot di kaki agar bersantai sahaja. Herm. Bagilah peluang kepada pakcik ni, mesti dia ada hal kecemasan ni. Wallahu'alam.
Oleh kerana aku tak nak pakcik tu rasa bersalah, aku merancang agar memberi isyarat tangan kepada pakcik tersebut untuk proceed atau teruskanlah ke arah kaunter bayaran. *Usah risau duhai pakcik, saya dengan rela hati membenarkan pakcik untuk terus memotong line saya.* Sniff. Sedih la plak. Dalam kesibukan kepala aku merancang bagaimana untuk memberi isyarat tangan dengan cara berhemah dan sopan-santun, brader di depan aku tu dah selesai dengan transaksi pembayaran. *Ok Zaid. Get ready. It's showtime. Beri isyarat tangan dekat pakcik tersebut secara lemah-lembut agar beliau tidak berasa serba salah okeh?*
Hahaha. Yang best pasal pakcik ni ialah, DIA TAK PANDANG AKU LANGSUNG, TERUS-MENERUS DIA SERBU KE KAUNTER BAYARAN TERSEBUT! Hahahahaha. Aku hanya mampu gelak je sekarang. Hahahahaha. Lagi best, tangan aku time tu dah beri isyarat yang cukup dengan intipati rasa hormat kepada orang tua; menggunakan ibu jari untuk menunjuk. Adoiii la pakcik ni. Buat aku nampak macam loser pulak. Hahahaha kelakar kelakar. Blog ni jugak jadi mangsa gelak aku. Hahahahaha....
Selesai isi minyak, aku masuk dalam kereta. Start enjin, vroom!, aku terus menarik nafas panjang. Haish~ Kemudian, sekali lagi, aku teringat status ikhwah atau brader tersebut, "Fasabrun jameel" -- maka hanya bersabar itulah terbaik. Tersenyum aku sorang-sorang. Alhamdulillah...
*mungkin, iya mungkin saja ya, salah satu bentuk ujian dari Allah untuk diriku yang serba kekurangan ini. Astaghfirullah. Ampunilah aku Allah.*
Nak Jadi Tentera Islam, Bunuh Dajjal
Kat masyarakat muslim Malaysia, teori-teori konspirasi atau conspiracy theories begitu heeeeeebohhh teramat-amat-amat.
---Oh tidak! Kali ni blog ini akan membincangkan tentang konspirasi teori yang baru akhirnya! Apa pula isu kali ni? Adakah penulis telah menemukan logo Freemason pada lambang Shell? Adakah penulis terjumpa lorong sulit Illuminati di stesen minyak Shell di seluruh negara? Ataupun ada pertubuhan yang baru berasal dari bangsa Yahudi juga telah bertapak di stesen Shell di Gombak?---
Oh tidak! Pleaseee lah. Bagi sesiapa yang ada meletakkan isu teori konspirasi sebagai keutamaan pertama dalam kepala, saya syorkan, jangan terus membaca. Aku tak ada teori-teori yang baru nak cerita kat sini. Dan juga, kat sini bukan aku nak bincang tentang masalah teori konspirasi. Benda tu luas, berjela-jela kalau nak explain satu per satu.
Cuma, aku tertarik dan timbul dalam kepala aku satu bentuk persoalan dengan salah satu blog yang heboh dengan isu-isu teori konspirasi ni. Macam biasa la kan, aku lagi suka baca comments daripada baca contents. Salah satu comment tersebut adalah berbunyi seperti tajuk kecil kat atas ni; nak jadi tentera islam bila dah kiamat. Bila dah kiamat? Aku baca lagi comment, ada yang berbunyi macam ni pulak, "Bro, di tangan kanan aku sekarang ada pegang Quran. Sekarang ni, aku bersumpah dengan memegang Quran ni, aku akan perjuangkan Islam dan Melayu!" Lagi aku scroll ke bawah untuk baca, jumpa ni pulak, "Tutttt freemason! Tutttt illuminati! Tuttt zionist! Tutttt yahudi! Kalau sekarang dipanggil untuk berperang, aku bersedia!!". Kemudian, aku dah tak sanggup dah nak scroll ke bawah lagi untuk membaca comment-comment seterusnya.
Tak patut kan kita mencari kesalahan? Ya, anda sungguh tepat. Sebab tu, aku nak kita sendiri tanya diri kita sendiri: "Bukankah suatu ketika dahulu aku dah bersumpah untuk jadi tentera islam di samping imam Mahdi?"
Ye ke? Aku ingat lagi ketika zaman sekolah dulu, lagi-lagi time kelas pendidikan islam. Bila masuk topik kiamat, ustaz @ ustazah kita bercerita tentang gambaran nak kiamat, semua murid bersemangat. Tanda-tanda kecil dah banyak terlihat, kita pula 'kononnnya' dah bersedia jiwa raga, siap cakap lagi kat member dok sebelah meja kita, "kau dah ready belum nak lawan dajjal?"
Sekali lagi, tanya diri kita balik: "Sekiranya betullah dajjal telah memunculkan diri ketika ini, adakah aku sekarang ni betul-betul sudah bersedia untuk melawannya di samping imam Mahdi?" Aku rasa, majority atau 100% pembaca yang mengaku diri sebagai hamba Allah akan berkata, "ya". Kerana apa?
---Boleh tanya lagi kerana apa? Kita semua tahu kan yang kiamat adalah hari-hari terakhir di bumi. Kita semua tahu yang di hari-hari terakhir inilah kita nak hapuskan dosa kita sekaligus ingin mati syahid berperang dengan tentera-tentera dajjal. Kita semua tahu kebenaran telah terbukti ketika itu, sehinggakan Isa 'alaihi salam turun untuk membunuh dajjal, lantas kita pun dengan slogan "membela islam!". Kita semua tahu bahawa menjadi tentera islam ganjarannya ialah syurga. Kita semua tahu bahawa perkara-perkara yang dijelaskan tadi kesemuanya betul-betul dah hadam dalam kepala otak kita kan? Bila dah sampai masa, dah ready untuk berperang! Mati! Syurga!---
Jenis-jenis tsabat
10 years ago
6 comments:
wahhh banyak kisah dalam satu cerita.
alhamdulillah. terima kasih atas segala pesanan.
yang baik itu datang dari Allah.
ad-deen an-nasiihah
=)
best2!same thinking here....post kt iluvislam
mula2 aku ingat apis mana la. rupa-rupanya apis the photographer. perh.
nak post kat iluvislam camana? aku rasa tak lepas. bahasa yg digunakan macam x seswai je
alaaa ko ejas2 la sket.kasi up dia punya bahasa
haha takpe ah. lagipun sekarang tengah study week. tak ada masa sangat
Post a Comment