Wednesday, December 8, 2010


     Perhh. Dah lama tak update blog. Idea tu blambak-lambak, tapi tak dapat cari time yang sesuai yang betul2 ada masa kosong untuk duduk depan laptop, pastu start menulis. Ke aku ni banyak bagi alasan ???

     Pastu, terdorong pulak aku nak Google ayat procrastination. 'Konon'nya nak cari article2 tentang procrastinate ni yang boleh buat aku terasa. Baca punya baca, aku pun jadi boring. Saja-saja gatal tekan Google Image pulak, tengok apa ada. Hahaha. Memang kelakar. Aku terjumpa picture ni:


      Hahaha. Boleh tahan boleh tahan. BOLEH TAHAN TERASA LA JUGAK. Hahahahaha (aku gelak serius ni).

     Oh yeah. Sekarang cuti sekolah, termasuk jugak lah IPTA. Tapi aku tak cuti sebab aku belajar kat IPTS. Celup 'British' punya. Sekarang ni hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum final. By next week insya Allah dah start study week. Hahahaha. Here comes the funny part:

Awal Sem
Haish.. Sem lepas aku dah teruk dah markah aku... Sem ni aku kena pulun betul-betul ni. Setiap pagi sebelum pergi kelas wajib study walaupun sedikit!

Minggu ke-5
Haishh. Dah nak dekat 2 minggu dah ni aku tak study apa-apa lagi. By next week, KONPEM KONPEM aku kena start balik study! Hiyaaahhhh!


so..sekarang ni ada satu minggu lagi sebelum study week. Kebanyakan dialog yang selalu aku dengar:

Beberapa Minggu Sebelum Study Week
Burn habis la sem aku kali ni. Kali ni, KONPEM KONPEM, start study week je, memang aku betul-betul push. Bangun dari tidur, tengok notes, sebelum tidur tengok notes. Memang aku nak study betul2! Balik rumah sekejap je. Dapat restu mak bapak je. Pastu balik campus terus study 24 hours! Raaarrrrrrrr!



Hahaha. Kelakar kelakar. Rasa macam nak record je sorang-sorang cakap apa dari awal sem, termasuklah mulut aku sekali. Pastu, sekarang ni, which is dah nak study week dah, bagi sorang-sorang dengar balik apa yang diorang dah ikrar-kan dolu-dolu. Bila semua dah dengar tu, respon diorang + aku:

"Hermm. Kelakar doh. Tapi serius serius serius, kali ni, start esok pagi, kita kena terus buat."


Hahahaha. Lagi la aku gelak. [Terasa macam syok sendiri pulak bila banyak gelak2 ni, takut yang sedang membaca tak paham].

Persoalan atau jawapan yang senang:
Kenapa tak nak start sekarang je?

Hahaha. Sekali lagi aku gelak. Sekali lagi aku nak letak picture atas tadi. Khas untuk kita semua 'kot'.


Indeed, mankind is in loss,

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[103:2]


*nak paham maksud ayat kat atas ni, baca ayat sebelumnya

Posted by Posted by zabed at 11:45 PM
Categories:

 

4 comments:

Anonymous said...

bro study mlm ni gak jom....

Zaid Harithah Mohd Badry said...

aku tido sekarang. pukul 3 pagi karang aku bangun.

nada: sarcastic

Anonymous said...

confirm ko bgn nye(mate ke atas, tgn ke dada)

Zaid Harithah Mohd Badry said...

ni mesti budak rumah aku ni. dah dah dah. aku nak gi tido ni. korang kan semuanya bangun awal2 kan??
(mata ke atas, tangan ke dada)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>