Bismillahirrahmanirrahim
Dah study week dah pun. "It's..........already begun!!" tapi tak semangat langsung. Ha..ha.. Walaupun winter break, aku still belajar kat malaysia.
Seminggu sebelum study week, semua bertungkus-lumus dengan kerja-kerja yang nak kena hantar. Hari ni hantar tu, esok demo plak, lepas tu test kecil-kecilan. Dan kat kepala dah pikir camana nak utilise study week ni dengan se-optimum mungkin.
Kalau dulu kita dah procrastinate, sekarang dah study week. Mat Salleh kata: What's left?(rujuk: Google: Procrastination)
Orait. Dah study week. Kita pun dengan plan-plan / tip-tip yang bakal digunakan atau term dalam electronic engineering: engage.
Habiskan satu topic satu hari, satu topic lain satu malam, sebelum tido jangan makan banyak-banyak takut esok pagi bangun lambat, no more DoTA after 12, set alarm handphone pukul 4.30 pagi, di samping awal-awal pagi untuk study boleh jugak ada masa untuk solat sunat hajat, pastu dah masuk subuh pergi solat kat surau, nak dapat keberkatan dalam study, pagi-pagi jogging, nak dapat stamina semasa belajar, pastu study kat lib sorang-sorang, balik rumah hujung minggu untuk dapat keberkatan dari mak bapak, kurangkan minum kopi, hidup bersama handouts selama 24 jam, pastu study study study study study study study study study study study study study study study study study study study....
antara lagu feveret untuk kembalikan semangat study |
Btw, kat sini bukannya aku nak share beberapa tips semasa study week ni, cuma saja nak share beberapa benda yang baru dapat melalui pembacaan. Mungkin, perkongsian ni lebih ke arah tips-tips dalam merancang. Insya Allah.
Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orangramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah do'a mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdo'a kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:
Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.
Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Ketiga: Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam: Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.
[Sumber: Hadith 10, Hadith 40 (Terjemahan & Syarahnya), Mustafa 'Abdul Rahman]
*Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ampunilah aku Allah.
Elok sekiranya sebelum kita memulakan kerja study kita, kita bermuhasabah balik hubungan kita dengan Allah. Sebelum habis, aku nak share satu soalan untuk kita fikirkan sendiri. Tak ada skema jawapan. Kita...
0 comments:
Post a Comment