Hajimemashite! Apa khabar? Hajimemasho! Let's begin! [baru belajar tadi, terasa macam 'budak gedik' pulak cakap dengan penuh semangat]
ONCE a 'Noob'
Aku ingat lagi dulu time pertama kali aku main gitar. Ada sorang kawan aku ni, kira master aku la, dia main memang power. First time aku tengok dia main lagu "Another You", perh, cair aku. Time tu dah nak masuk tahun 2007 dah. Aku yang asalnya hanya dengar lagu-lagu2 yang macam ni, terus terpanggil untuk belajar main gitar pulak. Nak 'naik darjat'.
Yang best pasal master aku ni, dia tak terus ajar, dia ajak aku pegi jam dengan kawan2 aku yang lain yang baru2 jugak start main gitar. Nak dapat 'feel' dalam dunia ni. So, diorang pun jam lagu2 yang basic macam lagu Green Day & Simple Plan. Master aku tu main drum. Time tu, bass guitar kekosongan. Tak ada orang main so terus menerus si master tu suruh aku main bass. "Bed, hang amik bass tu. Hang blajaq sendiri. Hahaha" Kuang asam gila. Dah taw aku tak reti main gitar, saja nak suruh aku main bass pulak, pastu siap gelak pulak tu. Memang kuang asam. Aku pun.....TARAM!! Main taram je la. Pluck je sesuka hati aku. Biasanya bass guitar ni tak affect lagu sangat pun. Kita hentam ke, ikut orang main ke, memang lagu still ada rentak atau tempo dia, senang cerita, tak kacau lagu yg di-jam la. Hentam tak hentam, selama sejam pulak tu, tapi at least, aku dapat feel camana dunia jamming ni (walaupun taram).
Habis jam tu, macam biasa la, aku kena kutuk gila-gila punya sebab merepek je time jam tadi. Haha janji dapat headbanging pun dah puas dah (key: feel). Lepas tu, terus master bagi pinjam gitar dia kat aku. Dia terus ajar lagu yang pertamaaaaaa sekali aku belajar: Smoke On The Water. Perghh. Tapi bukan yang betul punya, bukan yang chord punya, tapi pakai satu string sahaja (kalau tak paham, buat-buat paham je, ni masalah cabang, tak yah risau kalau tak paham pun). Aku ingat lagi susunan tab dia. 0-3-5, 0-3-6-5, 0-3-5~ 0-5-3-0~. Tak paham? Tak paa. Sekali lagi aku cakap, ni masalah cabang je. Tak penting pun nak tahu. The main point is, tu la lagu yang mula-mula aku belajar sekali, memang basic habis. Pastu, aku ada ingat master cakap, "Biasanya, orang kalau mula-mula belajar lagu, diorang kena belajar main chord dulu. Tapi, hang ikut ja cakap aku. Hang belajaq dulu main lagu ni. Practice banyak-banyak kat rumah. Nanti dah sampai level lain, baru lah hang belajaq main chord pulak". Time tu aku blur-blur pebende la mamat ni cakap. Chord2 pebende la.
Sekarang ni, bila aku ingat balik, baru aku paham kenapa mula2 aku diajar main satu string dulu instead of belajar main chord (banyak string). Ramai kawan-kawan aku yang belajar dengan main chord dulu, pastu baru belajar main lead. Aku yang terbalik, belajar main lead dulu, pastu baru dengan sendirinya aku belajar main chord. Tak perlu kot aku explain apa beza kedua-duanya, nanti yang tak main gitar memang blur je la baca ntah hape2 aku cakap ni. The main point is, aku faham beberapa benda dalam dunia men-create atau belajar muzik ni. Hahaha ayat berterabur gila. Sampai sekarang, kalau ada orang mintak aku ajar main gitar, aku akan ajar sebijik macam mana master aku ajar. Pastu, biasanya orang akan respon, "Bukan kena belajar chord dulu ke??" aku reply, "KAU DIAM! KO NAK BELAJAR KE TAK?" Hahaha. Bak kata mat salleh;
some things are better left unexplained.
Mat saleh pun paham.
Masalah 'Cabang'
Masalah 'cabang'? Pebende ni? Ni antara persoalan2 yang selalu ditanya bila berbicara tentang Islam
"Ustaz, apa hukumnya kalau itu ini? Boleh ke kalau saya macam tu macam ni?"
"Eh eh, kalau terkena anjing kena samak eh? Tapi aku kena sikit2 je. Rasanya 2 helai bulu anjing tu je. Kena samak jugak ke?"
"Main gitar haram ke tak ni? Asal dia cakap main gitar haram sedangkan ada je ulama' main gitar. (Ye ke?)"
"MLM tu haram ke tak? Kiranya cara company A salah la eh? Tapi company B lain sket la. Camana eh? Haram tak haram?"
And so and so and so on........
Aku simpulkan pertanyaan-pertanyaan kat atas ni sebagai masalah fiqh. Yeke masalah fiqh? Itu apa yang masyarakat kita nampak dan faham la kan bila sebut fiqh (baca: fiqah) je, terus dalam kepala ingat hukum-hakam dan ibadah. Walaupun maksud fiqh tu berlainan. Aku lagi selesa kalau guna term masalah cabang.
Sebelum tu, nak mengelakkan kekeliruan atau ke-tidak-puas-hati-an orang yang tengah baca, aku tak cakap yang tanya soalan2 tu salah. Kalau nak tanya masalah2 cabang pun tak salah. Cuma...(continue reading)
By the way, soalan-soalan kat atas ni bukan aku reka-reka, ni aku amik dari internet ni, comments dari blog-blog ustaz2 yang membincangkan hukum-hakam dan ibadah ni.
Aku bagi contoh senang. Baca soalan yang bawah sekali. Pasal MLM. Kat blog ustaz tu, dia cakap MLM yang dijalankan oleh company Infinity Downline tu haram sebab ada sebab-sebab dia (aku pun tak dapat tangkap sebab aku ni bukan pelajar sekolah agama). So, ustaz ni, explain la dalam blog dia flow chart company tu, bagaimana dapat keuntungan so on so on sehinggalah dia keluarkan fatwa bahawa MLM company tu harammmmm. The best part baca blog-blog yang berunsur hukum-hakam ni bukan pada content blog atau post tersebut, tapi bila baca comments tu. Haaaaaa. Tu lah salah satu comment nya. Personally, walaupun korang akan anggap aku ni kurang ajar, bila aku baca comment tu, aku gelak sorang-sorang.
Kenapa? Ni lah yang dikatakan masalah cabang! Terang-terang effect masalah tu nampak serta merta. Satu lagi comment yang hampir lebih kurang sama dengan comment tadi
"Terima kasih ustaz kerana berkongsi maklumat sebegini. Saya nak minta ustaz tolong kaji pulak MLM company B camana pulak. Ustaz rasa ok tak kalau saya nak join?"
Kali ni, aku tepuk kepala aku pulak. Bukan nak menghina orang yang bertanya, tapi betapa pening kepalanya aku bila masalah cabang ni sangat-sangat famous di kalangan masyarakat kita. Sekali lagi, aku tak kata salah, cuma.....(continue reading)
Mesti ramai blur kan amende aku merepek pasal masalah cabang ni. Aku ambil ibrah (contoh) dari alam; iaitu pokok. Tengok pokok. Allah ciptakan pokok itu yang ada akar, ranting2, daun2, xylem, phloem dan macam-macam. Sebelum tu, aku dah lama tak belajar Bio, so aku anggap akar sebagai tunjang kehidupan pokok (ceeewaaahhhhh). Tengok pokok. Cuba try patahkan salah satu ranting pokok tersebut. Pokok tu hidup lagi ke tak? Try cabut hampir kesemua ranting-ranting pokok tu. Hidup lagi ke tak pokok tu? Walaupun pokok tu akan nampak hodoh, lama kelamaan pokok tu sendiri akan grow dia punya ranting-ranting yang kena patah tadi kan? Sebab apa? Cuba kalau kita cabut teras / asas / foundation / tapak / akar tunjang dia, rasa-rasanya pokok tu hidup ke tak? Sekejap boleh la, dah lama, pokok tu mana nak dapat supply air dan nutrisi? Senang cerita, mati pokok tu sebab kita cabut akar dia. Akar, bukan cabang.
*sorry kepada budak2 bioscience sbab ayat aku agak macam tak professional langsung
Nak buat rumah, pernah ada orang gantung atap dulu sebelum siapkan tapak? Ataupun ada orang sanggup pasang kipas dekat atap tu sebelum tapak dah siap? Nak renovate rumah, dah ada asas, barulah kita fikir nak pasang benda-benda lain pulak, bilik theater la, bilik mandi extra ada jacuzzi lah etc sebab dah ada tapak.
Tengok badan kita physically, kalau accident, patah tangan insya Allah hidup lagi. Putus tangan pun insya Allah hidup lagi. Kalau buta kedua-dua mata pun hidup lagi. Potong rambut pun hidup lagi. Tapi, kalau benda-benda asas seperti oxygen kena tarik dari badan kita, se-gah mana atau se-tough mana pun badan kita berketul-ketul + sihat, insya Allah (dengan kehendak Allah) kita akan mati. Sebab tu misi ke Mars tak settle2 lagi.
So, get the picture? Ada paham? Masalah hukum-hakam ni, masalah khilaf (kekeliruan dalam ibadah) ni, adalah masalah cabang! Korang boleh nampak tak flow dalam blog ustaz tu? Ustaz tu bagi hukum atau gambaran tentang MLM tersebut, boleh pulak ada orang tanya kalau MLM company lain macam mana walaupun berbeza cara. Tengok masalah anjing tu, dia tanya kalau terkena 2 bulu kena samak ke tak (boleh kira ke?). Ada ustaz cakap gitar tu haram, tapi ada ulama' zaman dulu pernah main gitar?? Semuanya soalan kalau, kalau, kalau, kalau, kalau, kalau.
Trend yang selalu nampak kat masyarakat kita bila bertanya tentang masalah-masalah cabang ni ialah; kita akan keep on bertanya sehingga kita dapat jawapan yang kita rasa puas hati. Tanya ustaz ni, gitar tu haram. Tanya ustaz kedua, gitar tu haram. Seterusnya, gitar tu haram. 9 ustaz kita dah tanya tentang hukum bermain gitar, kesemuanya kata gitar tu haram. Bila tanya ustaz yang ke 10, ustaz tu kata, "Sapa kata kita tak boleh main gitar?", terus kita amik fatwa dari ustaz yang ke-10 tu, lega kepala kita. Habis tu, buat apa bertanya?
Aku terasa post ni dah panjang, jadi aku pendekkan. So, kalau masalah-masalah khilaf dianggap perkara2 cabang, apa pula yang dikatakan dengan perkara-perkara asas / tapak / teras / akar ???
Benda Basic
Sebelum tu, kita lihat seerah hidup Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dulu.
Surah-surah dalam Al-Quran terbahagi kepada dua; surah-surah yang diturunkan sebelum hijrah ke Madinah (Makkiyyah) & surah-surah pada era baginda sudah berada di Madinah sehinggalah baginda wafat (Madaniyyah). Aku nak tekankan pada surah Makkiyyah.
Period ketika baginda berada di Mekah ialah selama 13 tahun, bermula dengan surah Al-'Alaq ataupun nama lain,Iqra' (baca). Bila kita kaji & teliti surah-surah Makkiyyah, kita akan lihat dalam surah-surah tersebut ada persamaan, iaitu persoalan tentang aqidah. Apa tu aqidah?
'Kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
[Wikipedia Bahasa Melayu]
Iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikit pun bagi orang yang meyakininya
[Wikipedia Bahasa Indonesia]
Aku Wiki perkataan aqidah sebab aku sendiri tak taw apa yang dimaksudkan dengan aqidah dengan sebenar-benarnya, tapi, you know, macam dalam kisah aku mula-mula main gitar dulu,
some things are better left unexplained
Aku nak explain pun tataw camana aqidah tu sebenarnya. Apa yang aku boleh cakap ialah, zaman Makkiyyah adalah zaman di mana dakwah islam baru mula tersebar. So, penekanan dalam hampir kesemua (atau kesemua sekaligus) surah Makkiyyah adalah berbentuk aqidah. Hukum-hukum, atau dalam konteks dalam post ni, cabang-cabang seperti pengharaman arak, cara berhutang (tengok second last page surah Al-Baqarah, ayat yang paling panjang sekali), hukum hudud & qisas hampir kesemuanya (atau kesemuanya sekaligus) dibicarakan dalam surah Madaniyyah. Sekarang ni, aku nak korang fikir sendiri, kenapa? *By the way, aku tak ada jawapan taw. Pikir sendiri lah.
Contoh melalui seerah, kalau tak silap aku (tolong betulkan kalau aku salah), semasa zaman Mekah, arak tidak diharamkan lagi ketika itu. Bak kata seorang ustaz, bila tarbiyyah aqidah betul-betul mantap pada zaman Mekah, ketika masuk periode Madinah dan wahyu berkaitan dengan pengharaman arak baru turun, ketika itu Madinah dibanjiri dengan arak kerana orang-orang muslim ketika itu membuang arak-arak yang ada dalam rumah mereka.
Aku tak sepatutnya keluarkan soalan ni, tapi sesuatu yang aku harap korang boleh fikir la kot:
Rasa-rasanya, apa jadi kalau pada zaman Mekah dah diturunkan wahyu tentang pengharaman arak, ketika dakwah islam baru mula, bilangan orang islam masih kecil, masyarakat jahiliyyah pula betul2 pekat dengan budaya minum arak, apa akan jadi?
Jangan mati-mati fikir pasal jawapan ni, fikir tentang di sebalik soalan ni.
Situasi dalam masyarakat zaman sekarang, especially orang yang baru masuk islam:
"Jangan kau solat jemaah dengan kitorang kalau kau tak sunat lagi! Nak jejak ke masjid pun jangan harap!"
Bhai...brader tu baru masuk islam, ko dah tekankan masalah cabang kan. Ko nak buat dia takut dengan ko ke, atau dengan Tuhan? Aku no comment je la bab2 ni. Lu pikir la sendiri.
Nota Untuk Diri Sendiri
Ni aku tulis khas untuk aku, bukan untuk orang lain, so jangan terasa. Nak terima atau tak, suka hati lah.
"Kalau kau perasan betul-betul, kau ni baru masuk islam ko tau tak? Kau tengok camana Rasulullah di peringkat permulaan dakwah (Makkiyyah), ayat-ayat Al-Quran yang banyak menekankan aqidah, selama 13 tahun ayat-ayat berunsur begini diturunkan. Kau? Baru 2 tahun masuk islam? Bukannya aku nak cakap kau kena tolak surah-surah Madaniyyah, tak payah baca langsung atau abaikan, cuma, kau kena betul-betul-betul-betul focus dekat surah-surah Makkiyyah. Kau banding diri kau yang dulu dengan sekarang. Dulu, walaupun ko tau camana nak solat, walaupun ko taw hukumnya wajib, walaupun ko taw yang kau dianggap kafir sekiranya meninggalkan solat (mafhum hadith), tapi ko dengan relaks boleh tinggalkan dan tak kesah langsung kan? Tapi sejak ko join group tu, kau betul-betul ditarbiyyah dengan surah-surah berunsur aqidah a.k.a surah Makkiyyah, walaupun dalam group tu tak dibincangkan dengan detail tentang apa itu hukum ni hukum tu, cara macam ni macam tu, salah ke tak macam ni macam tu, atau dengan bahasa mudah, perkara-perkara cabang, kau dengan sendirinya boleh berfikir bahawa ko nak berubah ke tak? Ko nak tinggalkan perkara lama ke tak? Sebab apa kau pilih jalan ni? Sebab kau betul-betul kenal siapa Tuhan kau kan? Sebab kau betul-betul faham hakikat kau berada di dunia kan? Sebab kau betul-betul takut dengan azab Tuhan kan kelak? Kau tau betul-betul yang kau akan mati kan? Dan lain-lain."
Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia memberikannya kefahaman dalam Ad-Din
[Bukhari & Muslim]
Key: Faham, bukan tahu.
Lepas ni orang akan tanya, "Apa yang special sangat aqidah ni?". Well, seperti dalam cerita awal-awal tadi,
some things are better left unexplained
Tak payah banyak tanya. Aku pun tak taw nak explain camana. Try dulu. Pegi baca surah-surah Makkiyyah kalau terasa diri ni baru masuk islam atau yang sewaktu dengannya. Baca maksud. Kalau terasa pening nak cari mana surah Makkiyyah, pergi baca surah-surah dalam juz ke-30. Amalkan setiap hari untuk kontinuiti, then, by the Will of God (insya Allah), you'll understand what I meant by aqidah.
wallahu'alam bis sowab
3 comments:
alhamdulillah, ingatan buat diri..
akan cuba fokus n hadam surah2 makkiyyah insya-Allah..
kumpulan mne tu yang anda join????
:P
smoga Allah bersamamu dude~~
anbu soldiers.
Post a Comment