Tuesday, December 28, 2010


Bismillahirrahmanirrahim


Salah satu trademark di Melawati, Bukit Tabur
    

     Beberapa hari yang lepas, aku terserempak dengan seorang kawan se-kampung; se-taman Melawati. Habislah cerita-cerita dulu dibukaknya, sehinggakan terbukak satu cerita pada tahun 2004 yang dah terkubur dalam memori kepala aku. Al-kisah..

     Beberapa budak menengah rendah dari Melawati, diberi nama kumpulan Two Shey, ber'senjata'kan beberapa tin spray cat berlainan warna, bertebaran di Pusat Bandar Melawati, mencari mangsa dinding pada waktu tengahari. Kenakalan mereka terserlah apabila tin-tin spray yang diamanahkan oleh cikgu mereka telah di-salah-guna-kan daripada untuk tujuan menghiasi banner tuition milik cikgu mereka kepada mewarnai dinding-dinding di sekitar Melawati. Appaaa la budak-budak ni..

     Betapa banyak bangunan deretan kedai dijadikan mangsa, sehinggakan Pejabat JIM [Jemaah Islam Malaysia] yang memperjuangkan dakwah islam di Malaysia juga terkena tempias. Appaa la budak-budak ni. Kurang ajar betul.

*Sekarang, JIM lebih dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia, atau IKRAM [click untuk info lebih lanjut].

    Memang nakal budak-budak ni. Kalau sapa-sapa pernah pergi Melawati, kalau nampak banyak graffiti 'Two Shey' atau '2-shey' atau yang memberi sama maksud, diorang punya kerja la tuh.

     Tup tap tup tap, 6 tahun telah berlalu. Kebanyakan graffiti-graffiti tersebut telah dipadam, di-cat semula. Hilang kenangan budak-budak tuh, beserta kenakalan mereka.

     Salah seorang di kalangan mereka kini merupakan ahli dalam jemaah IKRAM, memperjuangkan dakwah islam di institusi pengajian tingginya.

     Subhanallah. Pelik?

*****


     [1] Bila membaca Al-Quran sama ada ketika solat atau di luar solat, bila sampai ayat azab atau ayat tentang kebesaran Allah, ada seorang sahabat jatuh pengsan, kerana takutkan Allah.

     [2] Seorang sahabat, kerana hatinya terlalu takut dan gerun dengan Allah serta rasa kehebatannya, setiap masa getaran hati dan jantungnya dapat didengar daripada jarak tiga saf solat.

     [3] Seorang sahabat, terkenal dalam sejarah sebagai seorang yang suka menghisab dirinya sendiri kerana mengenangkan dosanya, menangis teresak-esak dan kadang-kadang ketawa kerana mengenangkan kebodohannya sewaktu di alam jahiliyyah. Di malam-malam hari, dia selalu memukul-mukul badannya sambil berkata: "Inilah [nama beliau] yang banyak dosa. Biarlah [nama beliau] rasa sakit di dunia asalkan jangan diseksa di Neraka." Sedangkan beliau salah seorang yang djiamin syurga oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

     [4] "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah diangkat untuk menjadi pemimpin kalian. Kalau bukan kerana aku diharap untuk menjadi yang terbaik di antara kalian, yang paling kuat untuk bisa mengurus kalian, dan paling sensitif untuk bisa menyelesaikan perkara-perkara penting kalian, tentu aku tidak akan menjadi pemimpin di antara kalian. Cukuplah tugas [nama beliau] ini begitu menyedihkan, sambil menanti detik-detik hari perhitungan. Dia mengambil dan meletakkan hak-hak kalian sebagaimana yang ia telah lakukan dan ia hidup bersama kalian sebagaimana ia telah lakukan. Sungguh, Rabbku Dzat yang berhak diminta pertolongan." kata seorang sahabat ketika diangkat menjadi seorang khalifah yang kedua.


     Nah. Itulah dia salah seorang sahabat Rasulullah, Umar al-Khattab, yang sewaktu zaman jahiliyahnya terkenal dengan sifat bengis dan benci terhadap muslimin, juga mempunyai rekod membunuh atau menanam anak perempuannya hidup-hidup!

     Subhanallah. Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pelik?

     Kita? Bila lagi?



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan yang membawanya kepada......



kejahatan

dan

ketaqwaan


[Ash-Shams (91): 8]



     Allah yang memberi kita ilham, kita yang pilih.


*Menunggu hidayah? NO. Pergi cari. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk menjadi hambaNya yang lebih diredhaiNya. Insya Allah =)


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 10:54 AM
Categories:

 

4 comments:

Anonymous said...

aku kenal sape geng 2shey yg join jemaah IKRAM itu!!

zabed said...

perh. entah2 yang tulis comment kat atas ni bekas budak 2shey tuh.


tambahan: Allah mengilhamkan 2 jalan,kita yg pilih salah 1.

Anonymous said...

umar a-khattab ketika saat sebelum menerima hidayah, BELIAU SENDIRI BERJALAN UNTUK BERJUMPA NABI.

btul, hidayah perlu dicari, bukan ditunggu. a good post indeed

zabed said...

thanks for the info

jazakallahu khair

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>