Friday, December 17, 2010


Selayang, 2 December 2010, 1 Muharram 1432, 6.00 pm

       Lepas keluarkan duit kat ATM, terus aku berjalan menghala ke arah kereta kesayangan. On the way nak ke kereta, dari jauh aku boleh nampak seorang lelaki berbangsa India/Pakistan/Bangladesh (tak pasti) yang berpakaian jubah Pakistan, sambil memegang sesuatu seperti document di dadanya. Dalam sangkaan kepala, ni mesti nak mintak sedekah. Aku pun get ready keluarkan dompet dan mencari duit satu ringgit sambil berjalan menuju ke kereta.

     Sedang sibuk mencari duit seringgit, tiba-tiba aku kena tegur, "Assalamualaikum". Terkejut aku, bukan sebab orang bagi salam, sebab cepat betul mamat tu datang ke arah aku. Dia tengok aku ada janggut so dia fikir aku ni 'berpotensi' kot?? Hahaha wallahu'alam. Kemudian, seperti yang aku sangka, lelaki tersebut mengharapkan suatu pemberian dari aku.

"Brother, I came from Pakistan and you know that Pakistan was hit by a devastating flood."

Uuuhh~ devastating. Hebat mamat ni ber-speaking dengan slang Pakistan. Dia tambah lagi,

"So, as you see (sambil menunjukkan gambar-gambar dalam document yang dipegang tadi), these are the pictures of the victims. Look, they are all Muslims. A lot of children suffering from the flood. These people need help from their brothers & sisters around the world."

"I agree." Aku mengangguk, setuju dengan statement beliau, sambil tu aku mencari-cari satu ringgit di celah-celah dompet buruk aku. Kemudian, dia sambung lagi dengan mafhum hadith/Quran,

"You know, the Prophet sallallahu'alaihi wasallam used to say, every Muslim is a brother to each one of them. We are all brothers, so aren't you concern about them?"

"Of course I am. So, this is all I can give for now." Terus aku tunjuk duit seringgit yang baru sahaja dijumpai.



"Oh wait. I'm not finished yet. Look brother. You know, what we, the organisation (sambil menunjuk pertubuhan tahfiz di Pakistan) are trying to achieve is that each student will have their own Quran."

"And....what's wrong with my one ringgit?" Aku terpinga-pinga kenapa dia tak nak terima seringgit dari aku ni.

"No brother, no brother (sambil tergelak senyum-senyum malu). Again, one Quran for one student."

Aku dengan selambanya buat muka pelik + tak faham. Sapa-sapa yang pernah tengok mesti nak bagi penampar laju-laju (kata seorang housemate). Bro tu sambung lagi,

"See, one Quran cost around 40 ringgit."

Mak aih Quran untuk budak kecik RM40. Quran yang aku pakai sekarang ni pun RM35 je. Siap ada terjemahan lagi. Senang dibawa pulak tu. Pastu aku tanya,

"Do you mean that I....(tekankan perkataan 'I') have to give RM40 for this?"

Dia angguk. Pastu, aku try berunding dengan dia,

"Why won't you accept this one ringgit?"

"See brother, as I mentioned, one Quran for one student blablablabla.." Lepas tu dia keluarkan lagi hadith yang dia baca awal-awal tadi. Heh. Aku pun terus bagi renungan 'confident' sambil berkata,

"Ok brother. Right now, I fear that my God won't accept my alms just because I am forced to give you RM40. Do you know this term; Ikhlas ?"

Dia pulak try nak sambung cakap tapi aku terus potong dengan statement now or never,

"Do you want it or not? If you still insist, I couldn't help you bro. Plus, I need to go ASAP."

"Ok ok one ringgit is fine." Muka kecewa.

"Ok thank you. Assalamualaikum!"

Masuk kereta kesayangan, start enjin, tekan accelerator, vrooomm I go!


     Beberapa hari selepas peristiwa tersebut, aku cerita dekat mak aku. Pastu mak aku cakap, "Hari tu Ummi pernah kena suruh beli CD RM10. Balik-balik, try pasang kat kereta, CD kosong je rupa-rupanya." Herm...


Nak Mencapai Matlamat, Islam Sebagai Alat


     Ni satu trend yang agak bahaya. Bila orang jadikan hadith atau quran sebagai mainan, bila manusia jadikan hadith dan quran sebagai alat untuk mencapai matlamat, tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya:


And when you see those who engage in a false conversation about Our Verses [of The Quran] by mocking at them, stay away from them till they turn to another topic.

Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan perkara yang lain.

[Al-An'am (6): 68]

     Kita semua pelajar cemerlang SPM kan? Dari form 1 sampai form 5, belajar Pendidikan Islam. 5 tahun beb belajar pasal Islam. Hebat tu. Bermacam-macam ayat Al-Quran dan hadith kita dah hafal kan? Senang cerita, kita dah lali habis la kan dengan hal ehwal berkaitan dengan islam ni kan sehinggakan bila masuk alam universiti tak nak masuk campur dengan benda-benda camni sebab dalam kepala dah terlalu pekat dah dengan 'ilmu-ilmu' islam *nada sarcastic*. Well, it's a good thing, kita diajar sejak form 1 lagi, malah ada yang sejak kecil lagi, but, sangat-sangat-sangat-sangat buruk amalan kita tu, bila kita jadikan islam sebagai alat untuk mencapai matlamat.

     Tak puas hati dengan member sebab berjaya tackle perempuan yang kita gila-gilakan, terus keluarkan hadith dan ayat Quran, "Wa laa taqrabuzz zinaa! (Janganlah kamu mendekati zina)".
Alasan kita bagi dekat member kita: Aku hanya menyampaikan apa yang diperkatakan dalam Al-Quran. Ko orang islam kan?
Niat: Jealous

     Kita paksa kawan kita untuk pass kerja coursework / lab report / project report kepada kita dengan alasan: Kita sekarang jihad belajar, so kita kena tolong kawan-kawan seagama kita sepertimana kaum Ansar menolong kaum Muhajirin.
Niat: Malas nak buat sendiri.

     Kita demotivate kawan-kawan kita yang sedang tekun belajar pada musim exam dengan alasan: Engkau ni selalu sangat study. Aku ni yang jarang study pun boleh score. Ko taw kenapa? Rezeki dari Allah boleh dicari dimana-mana taw!
Niat: Nak meramaikan bilangan yang akan kantoi, sebab kalau baru nak study sekarang memang tak sempat

     Kita simpan makanan kita dalam locker, tak bagi sapa-sapa pun makan, pastu ada housemate/roommate complain kata kita kedekut, kita pun dengan alasan yang 'islamic': Jangan membazir. Habiskan dulu makanan yang ada dalam bilik/rumah ni, lagi cantik kalau korang habiskan makanan yang tak habis-habis lagi. Bukankah membazir itu sahabat syaitan? Hang pi check Quran sekarang! Hamboii sedap2 cakap aku kedekut naa
Niat: Kedekut.

     Kita tak puas hati dengan member kita, kata member kita ada masalah psycho, tak betul ni tak betul tu, kita pun cerita dekat kawan-kawan kita yang lain dengan alasan: Mamat ni mesti kurang baca Quran ni, sebab Quran adalah penyembuh bagi hati. Ish ish ish, kesian aku tengok.
Niat: Nak tunjuk dekat depan orang ramai bahawa kita tak bersalah langsung *HAMPEH!!*

     Dan macam-macam lagi. Salahkah kalau kita memberi peringatan kepada kawan-kawan kita? Bukankah kita ni ummat Muhammad, ummat pertengahan yang diwajibkan untuk berdakwah/menyampaikan? Nope, tak salah, malah tugas menyampaikan risalah islam adalah ........(cari sendiri). Tapi, apa motif sebenar disebalik penyampaian kita itu? Adakah kita menjadikan islam; al-quran & hadith sebagai alat untuk kita mencapai matlamat kita; dapat duit keuntungan, dapat mengelak dengan alasan, dapat membalas dendam kesumat etc.. ?? Tepuk dada, tanya niat.

     Pernah dengar cerita pasal kaum Israel dilaknat sehingga menjadi beruk? Bukak tanzil.info, cari surah ke-tujuh (Al-A'raf), ayat ke 163. Baca maksud. Dah baca maksud, baca blog ni pulak, Kereta Mayat: Fatwa Kaum Beruk?. Dah habis baca, barulah korang scroll ke bawah untuk sambung baca, kalau tak, memang tak akan paham.

     So, terasa tak diri ni macam beruk? Sekali lagi, tepuk dada, tanya niat. Lepas baca post ni, mesti ada yang akan beri comment atau alasan macam ni:

Zaid @ Zabed ni gelabah la. Suka-suka hati je cakap orang beruk. Suka-suka hati je cakap orang yang mintak sedekah tu niat dia nak dapat duit. Kurang ajar betul. Kau cakap tepuk dada tanya niat, ko bajet ko tuhan ke hape haa dapat baca niat orang tu apa? Innama a'malu bin niat! (setiap perbuatan berdasarkan niat)
Niat: Terasa terancam sebab resepi keberjayaan menipu orang telah terkantoi

     Ya betul sekali! Innama a'malu bin niat! Setiap perbuatan berdasarkan niat! Kang kalau aku panjang lebarkan lagi kenapa aku bagi contoh2 sebegini, orang akan kata aku bagi alasan, so, better aku stick dengan niat aku sebenar.

     Kalau betul-betul lah kita kata yang kita ni nak menyampaikan, nak buat perkara baik, cukuplah Allah sebagi saksi. Tak perlulah sehinggakan manusia menjadi saksi dan hakim terhadap segala tindak-tanduk kita. First impression much my friend?? Kalau kita betul-betul berniat kerana Allah, segala tindak-tanduk kita memang akan nampak lillahi ta'ala (kerana Allah), bersih dari segala kekotoran hati. Tapi kalau niat kita betul-betul 'busuk', buatlah atau tunjuklah sebaik mana pun, memang betul-betul boleh nampak busuk dan hanyir pulak tu. Allah Tuhan kita, Allah Hakim yang paling adil, Allah yang menyediakan syurga, Allah pemberi rahmat, Allah Maha Pemurah & Penyayang, maka, cukuplah Allah sebagai saksi kepada niat kita, tak perlu berpura-pura tunjuk depan manusia atau alasan-alasan di sebalik batu dengan imej so-call 'islamic' kita tuh. Hakk tuih!

Abi Abbas r.a. telah berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia, nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapan dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian dari Allah.
[Diriwayatkan oleh Al-Tabrani] 

Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.
[Muslim]


Bangi, 15 December 2010, 9 Muharram 1432

     Selesai sahaja solat Zohor, perlahan-lahan aku terus berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Dari jauh, aku boleh nampak ada seorang abang sedang duduk di depan pintu masjid. Sekali tengok, aku dah agak dah, ni mesti nak minta bantuan untuk pondok/sekolah tahfiz/bantuan bencana etc. Aku pun get ready bawak keluar dompet, mencari lagi duit seringgit.


*Baru aku perasan, aku selalu kekurangan duit kertas RM1. Asyik bayar tol yang tak pernah kurang, mana tak habis dok?


     Sedang sibuk mencari duit seringgit sambil berjalan ke arah pintu masjid, tiba-tiba aku ditegur, "Assalamualaikum dik". Terkejut aku, bukan sebab abang tu bagi salam, sebab aku tak perasan aku dah sampai ke pintu masjid padahal otak aku send message dekat kaki suruh jalan dengan slow.


     Aku pun jawab, "Waalaikumussalam". Kemudian abang tu menyambung, "Dik, ni ada derma itu ini blablabla" aku tak ingat. Tapi time dia tengah terang, aku masih lagi mencari-cari duit seringgit. Tiba-tiba, abang tu bersuara,


"Dik, ada ke tak dik? Tak ada takpa. Ikhlas dik. Ikhlas dik."


    Tersentuh hati aku bila dia cakap camtu. Aku pun terus menggiatkan usaha aku untuk mencari duit seringgit untuk di-infaq-kan.


"Dik, kalau tak ada takpa. Ikhlas tu penting dik. Ikhlas dik. Saya tak kisah"


     Cari punya cari, aku tak jumpa duit seringgit. Aku dah give up. Pastu try tengok duit syiling, kira satu-satu, tak cukup gak duit seringgit. Argghhhh!! Kemudian, aku terus tanya abe tu (ore Klate abe ni, die kecek dengan aku),


"Beh, saya bagi duit syiling boleh tak? Tak sampai seringgit ni takpe ke?"


"Takpo dik. Takpo dik. Janji ikhlas!"


     Perhh.. Tersentuh aku tengok abang tu. Dia siap senyum kat aku lagi. Aku pun speechless, tak taw nak kata apa. Aku cakap,


"Beh, terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum"


"Waalaikumussalam" sambil mengangguk-angguk dan senyum manis.



     Aku berjalan perlahan-lahan pergi ke kereta. Terasa sedih. Serba salah aku dibuatnya. huuuu..



Pengajaran

Allah tidak menerima amal, kecuali yang dikerjakan dengan ikhlas kerana Dia semata, dan dimaksudkan untuk mencari redha-Nya
[Ibnu Majah]



wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 2:41 AM
Categories:

 

3 comments:

~~(* ̄Θ ̄*)~~ said...

salam. nk tnye sket. mne dpt hadith riwayat Al-Tabrani tu. mcm best je kalau tau sumber.

zabed said...

selalu dengar kat ikim pasal hadith ni. search kat internet dengan key words, terus jumpa

Anonymous said...

terbaik weh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>