Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk post di atas berdasarkan ayat dari bahasa Inggeris yang di-loosely-translate-kan.
Alhamdulillah. Siap jugak layout baru. Tenang sikit kalau nak baca. Ye ke?
Orang tanya aku, "blog dah setahun, tapi kenapa followers tak ramai?". Orang tanya aku lagi, "blog dah setahun, apasal comments setiap posts ko sikit je? [tambahan: kadang-kadang tu tak ada langsung]".
Herm. Ada banyak lagi. Aku jawab yang relevan je. Dah lama dah aku kumpul soalan-soalan ni tapi tak taw nak selit kat mana-mana. Alhamdulillah, Allah jualah yang memberi peluang kepada hambaNya yang hina ini pada post kali ni.
Jawapan yang diberi, secara personally tak sampai 100%. Jawab sikit-sikit je. 10% kot. Wallahu'alam. Haha. I say... Kenapa kau kisah sangat kalau blog tu ramai followers ke tak? Kenapa kau kisah sangat kalau posts ko tuh sikit comments je? In the first place, what's the point kita ber-blogging?
Ada orang ber-blogging sebab nak jadi diary. Ataupun, public diary. Cerita dekat semua orang apa dia buat dari pagi sampai malam. Ada orang ber-blogging sebab nak jadi famous macam blogger2 yang power-power tuh. Kalau baca post atau entries diorang, perh. Pum-pam-pum-pam meletup-letup ayat digunakan, mampu menarik perhatian yang membaca. Ada jugak yang ber-blogging sebab nak generate duit. Promote barang yang nak dijual, beg, shades, tudung, losyen2 pebende ntah, MLM etc. dan ada yang generate dengan promote iklan2 kat blog macam nuffnang etc.
Aku? Haha. I say... salah satu sebab atau obyektif adalah: untuk orang baca. Fullstop. Sebab kenapa aku tukar layout pun untuk orang senang membaca. Warna pun aku memilih kerana bertepatan atau bersesuaian dengan vision mata manusia (secara scientific-nya). Aku tengok layout lama, dengan beberapa widget seperti chatbox, counter etc semua-semua tuh kadang-kadang buat orang rasa semak je nak baca. Ye ke? Haha tak taw la. Aku sendiri baca kadang-kadang rasa macam menyemak je. Dan aku harap layout atau template yang baru ni akan ada kelebihan dari segi kesenangan untuk membaca. Ye ke? Haha aku main taram je cakap. Tak taw betul ke tak. Sapa-sapa nak comment dipersilakan.
[Al-'Alaq (96): 1]
Diingatkan, ini hanyalah 10% daripada jawapan sebenar. Orang kata, jangan persoalkan niat individu lain. The rest, biarlah itu menjadi urusan aku dengan Allah. Dialah Hakim yang paling adil, after all, Dialah Tuhan kita semua. Buat apa aku jadikan followers atau comments atau benda2 lain sebagai pengawas aku? Betul ke? Senang cerita, nak baca, baca. Tak nak baca, takpe. Nak kutuk, silakan kutukan membina, bukan merepek-repek mengikut emosi.
Oh! Sepertimana dalam Hadith 40 Imam Nawawi, aku juga ingin membuat perkara yang sama seperti beliau. Termasuk juga dengan relevannya nama topik post ni.
Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.
Oh juga sebelum aku lupa. Di blog ini juga diselitkan formspring.me, atau dengan kata lain, application untuk orang bertanya dan berkehendakkan jawapan. Tengok kat bawah tu, yang ada tulis:
Ask me anything. Kalau relevan, boleh jadi topic post =)
Yeap. Mata hang tak menipu. Seeing is believing. Kalau ada nak bertanya, silakan. Relevan, boleh jadi topic posts. Aku bukannya ustaz ataupun tokoh-tokoh yang ternama, kalau mana yang aku boleh tolong, insya Allah, Allah beri kekuatan untuk menolong. Kalau jadi topic post, korang pun insya Allah boleh dapat saham. Insya Allah...
Moga Allah berkati, moga Allah redhai. Insya Allah. Jom sepak mula! Bermula dengan
2 comments:
yeahhh..
jom kick start..
haaahaha...
weh, entri2 kt blog ko ni elok publish kat iluvislam laa...
sejuk je hati org bace..
dgn hadith ayat quran semua tu...
ok2...keep blogging...
yg penting - NIAT
nak publish kat iluvislam memang tak lepas la. bahasa yang digunakan tidak sesuai. haha
innama a'malu bin niat =)
Post a Comment