Thursday, December 30, 2010


Bismillahirrahmanirrahim

cakap tak serupa bikin

Hippo

     Cakap tak serupa bikin? Selalu kena bagi nasihat atau peringatan dengan orang-orang yang macam ni? Menyampah gile kan? "Sepak je"

     "Mamat ni ada niat lain", itu yang terlintas dalam kepala, lantas kita reject atau bangkang nasihat beliau kerana peribadinya. Ya, mungkin betul juga apa yang kita fikirkan, bahawa mamat ni memang betul-betul berniat 'ada udang di sebalik batu' di sebalik nasihat-nasihatnya.

    "Aku dah kata dah, dia ni memang poyo. Hipokrit"

     Betul. Aku sendiri menyampah dengan orang-orang macam ni. Cakap, cakap, cakap tapi buat tak pun. Still, aku treat orang-orang macam ni sebagai utusan dari Allah untuk aku. Pergh, aku tak cakap diorang ni rasul ke orang2 alim ke, tetapi, utusan tu bukan berbentuk physical, tetapi berbentuk nasihat-nasihat-nasihat yang berkisarkan ayat Al-Quran & hadith.



Jangan melihat siapa yang berkata apa, tetapi lihatlah apa yang diperkatakan olehnya



     Tak ingat siapa yang quote, ada orang kata nabi atau para sahabat atau kata-kata orang terdahulu. Wallahu'alam. But hey, tengoklah APA yang diperkatakan.



Interaksi Dengan Al-Quran

It is not except a reminder to the worlds

Al-Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam

[At-Takwir (81): 27]


     Siapakah kita? Muslim? Orang islam? Bukankah kita diajar sejak sekolah lagi bahawa sumber / petunjuk / panduan hidup kita adalah Al-Quran & contoh-contoh dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam (hadith & sunnah)?

     Bukankah Al-Quran itu suatu peringatan untuk semua manusia?

     Walaupun muncul dalam hidup kita seorang yang menghafal Al-Quran tetapi berkeperibadian tidak serupa seperti Al-Quran, dan terus-menerus mengeluarkan ayat dari Al-Quran untuk menegur tindak-tanduk kita yang tidak bertepatan dengan apa yang tercatit dalam Al-Quran, kita perlu ingat, bahawa ayat-ayat tersebut bukannya kata-kata dari si hipokrit tersebut, tetapi berasal dari Allah jua!



Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, dari Tuhan semesta alam.

[This is] the revelation of the Book about which there is no doubt from the Lord of the worlds.

[As-Sajdah (32): 2]



     Berapa ramai yang lepas kena tegur oleh si Hippo, balik terus bukak Al-Quran, check mana ayat Al-Quran yang dikatakan si Hippo tersebut. "Wah, betul la mamat ni kata, terasa aku. Tapi dia ni pun sama je, so buat apa aku kesah? I won't take the words from the hypocrites!"

     Bhaiiiii. Besarnyeee egooo. Hipokrit tetap hipokrit sehingga Allah mendatangkan hidayah, the point isAl-Quran tetap suatu peringatan untuk manusia sehinggalah kiamat. Bukaklah mana-mana page pun kesemuanya untuk kita. Hatta, kalau bukak bahagian yang menceritakan tentang penghuni neraka, ciri-ciri penghuni neraka juga adalah peringatan untuk kita. Bukaklah bahagian yang menceritakan ciri-ciri orang munafik pun adalah peringatan untuk kita. Bukaklah bahagian yang menceritakan tentang bani Israel juga adalah peringatan untuk kita. Bukaklah cerita-cerita tentang kaum-kaum yang mendustakan rasul-rasul mereka juga adalah peringatan untuk kita. "Herm, aku kena hindarkan diri dari orang-orang yang dikatakan dalam Al-Quran ni". Jangan fikir yang tu je, kita sendiri yang kena jauhkan atau buang sifat-sifat yang dilaknat Allah tersebut dari diri kita sendiri.

     Al-Quran juga menceritakan tentang keadaan di syurga, ciri-ciri orang yang mendapat syurga dan keampunan dari Allah yang sangat luas, juga sebagai peringatan untuk kita agar kita tidak mudah mengaku kalah, tidak mudah berputus-asa, dan berita gembira untuk orang-orang yang percaya kepada janji-janji Allah (baca: orang yang beriman). Subhanallah, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan, begitu indahnya Al-Quran, sebagai peringatan untuk kita, baik berbentuk ancaman mahupun ganjaran.


Contoh di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam



And they fall upon their faces weeping, and the Qur'an increases them in humble submission.

Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyu'

[Al-Isra' (17): 109]



     Ada di kalangan sahabat-sahabat dan salafussoleh, bila membaca Al-Quran sama ada dalam solat atau di luar solat, bila sampai tentang ayat azab atau ayat tentang kebesaran Allah, ada yang jatuh pengsan kerana terlalu sensitif dengan ayat-ayat Allah.

     Lihat bagaimana sahabat-sahabat menjadikan Al-Quran sebagai peringatan, sehinggakan ayat azab pun mereka merasakan bahawa itu juga peringatan untuk mereka, sedangkan mereka dijamin syurga. Kita? Dijamin syurga juga? Bengang kena tegur dengan Hippo?



Aku Terasa, Maka Aku Beriman

    Fikir, jangan baca atau dengar sahaja, mahupun yang memberi itu adalah dari golongan Hippo.


Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan kepada

orang-orang berfikir

Yunus [10:24] 



     Terasa? Bersyukurlah, pada hati kita ini masih lagi takut kepada Allah.


*di samping kena tegur, tegur la balik si Hippo tu. Tak nak terima, itu kerja Allah. Kerja kita menyampaikan, bukan menjadi pengawas

Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 6:03 PM
Categories:

0 comments  

Tuesday, December 28, 2010


Bismillahirrahmanirrahim


Salah satu trademark di Melawati, Bukit Tabur
    

     Beberapa hari yang lepas, aku terserempak dengan seorang kawan se-kampung; se-taman Melawati. Habislah cerita-cerita dulu dibukaknya, sehinggakan terbukak satu cerita pada tahun 2004 yang dah terkubur dalam memori kepala aku. Al-kisah..

     Beberapa budak menengah rendah dari Melawati, diberi nama kumpulan Two Shey, ber'senjata'kan beberapa tin spray cat berlainan warna, bertebaran di Pusat Bandar Melawati, mencari mangsa dinding pada waktu tengahari. Kenakalan mereka terserlah apabila tin-tin spray yang diamanahkan oleh cikgu mereka telah di-salah-guna-kan daripada untuk tujuan menghiasi banner tuition milik cikgu mereka kepada mewarnai dinding-dinding di sekitar Melawati. Appaaa la budak-budak ni..

     Betapa banyak bangunan deretan kedai dijadikan mangsa, sehinggakan Pejabat JIM [Jemaah Islam Malaysia] yang memperjuangkan dakwah islam di Malaysia juga terkena tempias. Appaa la budak-budak ni. Kurang ajar betul.

*Sekarang, JIM lebih dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia, atau IKRAM [click untuk info lebih lanjut].

    Memang nakal budak-budak ni. Kalau sapa-sapa pernah pergi Melawati, kalau nampak banyak graffiti 'Two Shey' atau '2-shey' atau yang memberi sama maksud, diorang punya kerja la tuh.

     Tup tap tup tap, 6 tahun telah berlalu. Kebanyakan graffiti-graffiti tersebut telah dipadam, di-cat semula. Hilang kenangan budak-budak tuh, beserta kenakalan mereka.

     Salah seorang di kalangan mereka kini merupakan ahli dalam jemaah IKRAM, memperjuangkan dakwah islam di institusi pengajian tingginya.

     Subhanallah. Pelik?

*****


     [1] Bila membaca Al-Quran sama ada ketika solat atau di luar solat, bila sampai ayat azab atau ayat tentang kebesaran Allah, ada seorang sahabat jatuh pengsan, kerana takutkan Allah.

     [2] Seorang sahabat, kerana hatinya terlalu takut dan gerun dengan Allah serta rasa kehebatannya, setiap masa getaran hati dan jantungnya dapat didengar daripada jarak tiga saf solat.

     [3] Seorang sahabat, terkenal dalam sejarah sebagai seorang yang suka menghisab dirinya sendiri kerana mengenangkan dosanya, menangis teresak-esak dan kadang-kadang ketawa kerana mengenangkan kebodohannya sewaktu di alam jahiliyyah. Di malam-malam hari, dia selalu memukul-mukul badannya sambil berkata: "Inilah [nama beliau] yang banyak dosa. Biarlah [nama beliau] rasa sakit di dunia asalkan jangan diseksa di Neraka." Sedangkan beliau salah seorang yang djiamin syurga oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

     [4] "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah diangkat untuk menjadi pemimpin kalian. Kalau bukan kerana aku diharap untuk menjadi yang terbaik di antara kalian, yang paling kuat untuk bisa mengurus kalian, dan paling sensitif untuk bisa menyelesaikan perkara-perkara penting kalian, tentu aku tidak akan menjadi pemimpin di antara kalian. Cukuplah tugas [nama beliau] ini begitu menyedihkan, sambil menanti detik-detik hari perhitungan. Dia mengambil dan meletakkan hak-hak kalian sebagaimana yang ia telah lakukan dan ia hidup bersama kalian sebagaimana ia telah lakukan. Sungguh, Rabbku Dzat yang berhak diminta pertolongan." kata seorang sahabat ketika diangkat menjadi seorang khalifah yang kedua.


     Nah. Itulah dia salah seorang sahabat Rasulullah, Umar al-Khattab, yang sewaktu zaman jahiliyahnya terkenal dengan sifat bengis dan benci terhadap muslimin, juga mempunyai rekod membunuh atau menanam anak perempuannya hidup-hidup!

     Subhanallah. Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pelik?

     Kita? Bila lagi?



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan yang membawanya kepada......



kejahatan

dan

ketaqwaan


[Ash-Shams (91): 8]



     Allah yang memberi kita ilham, kita yang pilih.


*Menunggu hidayah? NO. Pergi cari. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk menjadi hambaNya yang lebih diredhaiNya. Insya Allah =)


Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 10:54 AM
Categories:

4 comments  

Monday, December 27, 2010


Bismillahirrahmanirrahim

     Tajuk post di atas berdasarkan ayat dari bahasa Inggeris yang di-loosely-translate-kan.

     Alhamdulillah. Siap jugak layout baru. Tenang sikit kalau nak baca. Ye ke?

    Orang tanya aku, "blog dah setahun, tapi kenapa followers tak ramai?". Orang tanya aku lagi, "blog dah setahun, apasal comments setiap posts ko sikit je? [tambahan: kadang-kadang tu tak ada langsung]".

    Herm. Ada banyak lagi. Aku jawab yang relevan je. Dah lama dah aku kumpul soalan-soalan ni tapi tak taw nak selit kat mana-mana. Alhamdulillah, Allah jualah yang memberi peluang kepada hambaNya yang hina ini pada post kali ni.

     Jawapan yang diberi, secara personally tak sampai 100%. Jawab sikit-sikit je. 10% kot. Wallahu'alam. Haha. I say... Kenapa kau kisah sangat kalau blog tu ramai followers ke tak? Kenapa kau kisah sangat kalau posts ko tuh sikit comments je? In the first place, what's the point kita ber-blogging?

     Ada orang ber-blogging sebab nak jadi diary. Ataupun, public diary. Cerita dekat semua orang apa dia buat dari pagi sampai malam. Ada orang ber-blogging sebab nak jadi famous macam blogger2 yang power-power tuh. Kalau baca post atau entries diorang, perh. Pum-pam-pum-pam meletup-letup ayat digunakan, mampu menarik perhatian yang membaca. Ada jugak yang ber-blogging sebab nak generate duit. Promote barang yang nak dijual, beg, shades, tudung, losyen2 pebende ntah, MLM etc. dan ada yang generate dengan promote iklan2 kat blog macam nuffnang etc.

     Aku? Haha. I say... salah satu sebab atau obyektif adalah: untuk orang baca. Fullstop. Sebab kenapa aku tukar layout pun untuk orang senang membaca. Warna pun aku memilih kerana bertepatan atau bersesuaian dengan vision mata manusia (secara scientific-nya). Aku tengok layout lama, dengan beberapa widget seperti chatbox, counter etc semua-semua tuh kadang-kadang buat orang rasa semak je nak baca. Ye ke? Haha tak taw la. Aku sendiri baca kadang-kadang rasa macam menyemak je. Dan aku harap layout atau template yang baru ni akan ada kelebihan dari segi kesenangan untuk membaca. Ye ke? Haha aku main taram je cakap. Tak taw betul ke tak. Sapa-sapa nak comment dipersilakan.

Bacalah,

dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan

[Al-'Alaq (96): 1]


     Diingatkan, ini hanyalah 10% daripada jawapan sebenar. Orang kata, jangan persoalkan niat individu lain. The rest, biarlah itu menjadi urusan aku dengan Allah. Dialah Hakim yang paling adil, after all, Dialah Tuhan kita semua. Buat apa aku jadikan followers atau comments atau benda2 lain sebagai pengawas aku? Betul ke? Senang cerita, nak baca, baca. Tak nak baca, takpe. Nak kutuk, silakan kutukan membina, bukan merepek-repek mengikut emosi.

     Oh! Sepertimana dalam Hadith 40 Imam Nawawi, aku juga ingin membuat perkara yang sama seperti beliau. Termasuk juga dengan relevannya nama topik post ni.


Hanya segala amal bergantung dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan.
  Maka barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

[Muslim]


     Salah satu sebab mengapa Imam Nawawi dan juga imam-imam hadith yang lain seperti Imam Bukhari meletakkan hadith di atas ni sebagai Hadith 1 atau permulaan dalam buku-buku mereka ialah, agar para pembaca mengikhlaskan niat sebelum terus membaca hadith-hadith lain. Indahkan cara mereka berfikir? Subhanallah. Begitu jugalah kamu-kamu yang sedang membaca, aku harapkan, korang juga, mengikhlaskan niat sebelum terus membaca post-post yang lain. Juga peringatan untuk diri aku sendiri, agar aku juga  mengikhlaskan niat sebelum menulis. Insya Allah =)


     Oh juga sebelum aku lupa. Di blog ini juga diselitkan formspring.me, atau dengan kata lain, application untuk orang bertanya dan berkehendakkan jawapan. Tengok kat bawah tu, yang ada tulis:

Ask me anything. Kalau relevan, boleh jadi topic post =)


     Yeap. Mata hang tak menipu. Seeing is believing. Kalau ada nak bertanya, silakan. Relevan, boleh jadi topic posts. Aku bukannya ustaz ataupun tokoh-tokoh yang ternama, kalau mana yang aku boleh tolong, insya Allah, Allah beri kekuatan untuk menolong. Kalau jadi topic post, korang pun insya Allah boleh dapat saham. Insya Allah...

    Moga Allah berkati, moga Allah redhai. Insya Allah. Jom sepak mula! Bermula dengan


niat

Wallahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 10:15 AM
Categories:

2 comments  

Thursday, December 23, 2010


Bismillahirrahmanirrahim

     On the way ke Melawati, mak call, mintak tolong amik dia kat klia pukul 3 petang karang. Aku pun kata, "O.K!", sambil melihat jarum meter minyak. Hampir nak cecah E. Tengok mileage pulak, ada 20 Km lagi minyak nak habis. Pastu, pandang tingkap kereta, tercar-cari stesen minyak. Tiba-tiba, dari jauh ku terlihat signboard berwarna kuning dengan lambang kerang ber-outiline-kan warna merah dengan mesej "1 Km". Alhamdulillah...

     Sampai stesen minyak, mak aih! Ramai gila orang  isi minyak. Aku try cari, tapi tak ada tempat kosong. Pusing sekali, tak jumpa. Pusing dua kali, ahah! Nampak ada satu tempat isi, betul-betul bersebelahan dengan kaunter bayaran. Cantik. Alhamdulillah...

    Dalam keadaan lenggok dan senang hati, aku keluar dari kereta, perasaan sungguh tenang, berjalan menuju ke kaunter bayaran. Oh, terpaksa beratur nampaknya, aku orang ketiga. Ah tada hal lah! Lepas dua orang ni, aku punya turn pulak. Lekk luu. Keluarkan duit duluu. Susun ayat duluu nak cakap apa dengan brader kat kaunter ni. Oh senang hati sungguh~ Alhamdulillah...

    Dah dapat duit berwarna merah, tiba-tiba aku terlihat satu pergerakan yang laju dengan menggunakan kaki ke arah kaunter bayaran. Pada mulanya aku berfikir pakcik ni hendak ke tandas dengan tergesa-gesa sehinggakan perlu cross atau potong que (barisan) kami. Salah sangkaanku rupanya. Taw dia buat apa? DIA PI STANDBY DEKAT DEPAN KAUNTER BAYARAN TUH! WOIHH AKU DAH BERATUR DARI TADI TAW TAK! Sudah pasti, perkataan-perkataan tersebut hanya bermain di kepalaku, bukan di bibir + lidahku. (read more...)

Posted by Posted by zabed at 9:33 PM
Categories: Labels:

6 comments  

Monday, December 20, 2010


Bismillahirrahmanirrahim

Dah study week dah pun. "It's..........already begun!!" tapi tak semangat langsung. Ha..ha.. Walaupun winter break, aku still belajar kat malaysia.

      Seminggu sebelum study week, semua bertungkus-lumus dengan kerja-kerja yang nak kena hantar. Hari ni hantar tu, esok demo plak, lepas tu test kecil-kecilan. Dan kat kepala dah pikir camana nak utilise study week ni dengan se-optimum mungkin.

     Kalau dulu kita dah procrastinate, sekarang dah study week. Mat Salleh kata: What's left?(rujuk: Google: Procrastination)

    Orait. Dah study week. Kita pun dengan plan-plan / tip-tip yang bakal digunakan atau term dalam electronic engineering: engage.

    Habiskan satu topic satu hari, satu topic lain satu malam, sebelum tido jangan makan banyak-banyak takut esok pagi bangun lambat, no more DoTA after 12, set alarm handphone pukul 4.30 pagi, di samping awal-awal pagi untuk study boleh jugak ada masa untuk solat sunat hajat, pastu dah masuk subuh pergi solat kat surau, nak dapat keberkatan dalam study, pagi-pagi jogging, nak dapat stamina semasa belajar, pastu study kat lib sorang-sorang, balik rumah hujung minggu untuk dapat keberkatan dari mak bapak, kurangkan minum kopi, hidup bersama handouts selama 24 jam, pastu study study study study study study study study study study study study study study study study study study study....

antara lagu feveret untuk kembalikan semangat study


STUDY!




     Haha. Terpulang kepada kreativiti masing-masing macammana kita utilise kita punya study week ni. Bagus2. Ada planner lagi. Jangan lupa nak cakap: Alhamdulillah.

     Btw, kat sini bukannya aku nak share beberapa tips semasa study week ni, cuma saja nak share beberapa benda yang baru dapat melalui pembacaan. Mungkin, perkongsian ni lebih ke arah tips-tips dalam merancang. Insya Allah.


Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orangramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah do'a mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdo'a kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.

Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

Ketiga: Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam: Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan: Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.

Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka

[Sumber: Hadith 10, Hadith 40 (Terjemahan & Syarahnya), Mustafa 'Abdul Rahman]


*Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ampunilah aku Allah.

     Elok sekiranya sebelum kita memulakan kerja study kita, kita bermuhasabah balik hubungan kita dengan Allah. Sebelum habis, aku nak share satu soalan untuk kita fikirkan sendiri. Tak ada skema jawapan. Kita...

"Seorang pelajar yang muslim"

atau

"Seorang muslim yang belajar"

?

I wish you all the best untuk mereka-mereka yang sedang study week di UNMC, atau di UK + Ireland sana, sesiapa sahaja yang masih lagi sedang belajar,, KPJIC, KUIS, etc, untuk IPTA, selamat pulang ke kampus masing-masing, atau sesiapa yang sedang membaca untuk mengambil pengajaran. Semoga Allah memberkati, semoga Allah meredhai. Barakallahu fi walakum.

Posted by Posted by zabed at 7:44 PM
Categories:

0 comments  

Friday, December 17, 2010


Selayang, 2 December 2010, 1 Muharram 1432, 6.00 pm

       Lepas keluarkan duit kat ATM, terus aku berjalan menghala ke arah kereta kesayangan. On the way nak ke kereta, dari jauh aku boleh nampak seorang lelaki berbangsa India/Pakistan/Bangladesh (tak pasti) yang berpakaian jubah Pakistan, sambil memegang sesuatu seperti document di dadanya. Dalam sangkaan kepala, ni mesti nak mintak sedekah. Aku pun get ready keluarkan dompet dan mencari duit satu ringgit sambil berjalan menuju ke kereta.

     Sedang sibuk mencari duit seringgit, tiba-tiba aku kena tegur, "Assalamualaikum". Terkejut aku, bukan sebab orang bagi salam, sebab cepat betul mamat tu datang ke arah aku. Dia tengok aku ada janggut so dia fikir aku ni 'berpotensi' kot?? Hahaha wallahu'alam. Kemudian, seperti yang aku sangka, lelaki tersebut mengharapkan suatu pemberian dari aku.

"Brother, I came from Pakistan and you know that Pakistan was hit by a devastating flood."

Uuuhh~ devastating. Hebat mamat ni ber-speaking dengan slang Pakistan. Dia tambah lagi,

"So, as you see (sambil menunjukkan gambar-gambar dalam document yang dipegang tadi), these are the pictures of the victims. Look, they are all Muslims. A lot of children suffering from the flood. These people need help from their brothers & sisters around the world."

"I agree." Aku mengangguk, setuju dengan statement beliau, sambil tu aku mencari-cari satu ringgit di celah-celah dompet buruk aku. Kemudian, dia sambung lagi dengan mafhum hadith/Quran,

"You know, the Prophet sallallahu'alaihi wasallam used to say, every Muslim is a brother to each one of them. We are all brothers, so aren't you concern about them?"

"Of course I am. So, this is all I can give for now." Terus aku tunjuk duit seringgit yang baru sahaja dijumpai.

Posted by Posted by zabed at 2:41 AM
Categories:

3 comments  

Saturday, December 11, 2010


Hajimemashite! Apa khabar? Hajimemasho! Let's begin! [baru belajar tadi, terasa macam 'budak gedik' pulak cakap dengan penuh semangat]


ONCE a 'Noob'



     Aku ingat lagi dulu time pertama kali aku main gitar. Ada sorang kawan aku ni, kira master aku la, dia main memang power. First time aku tengok dia main lagu "Another You", perh, cair aku. Time tu dah nak masuk  tahun 2007 dah. Aku yang asalnya hanya dengar lagu-lagu2 yang macam ni, terus terpanggil untuk belajar main gitar pulak. Nak 'naik darjat'.

     Yang best pasal master aku ni, dia tak terus ajar, dia ajak aku pegi jam dengan kawan2 aku yang lain yang baru2 jugak start main gitar. Nak dapat 'feel' dalam dunia ni. So, diorang pun jam lagu2 yang basic macam lagu Green Day & Simple Plan. Master aku tu main drum. Time tu, bass guitar kekosongan. Tak ada orang main so terus menerus si master tu suruh aku main bass. "Bed, hang amik bass tu. Hang blajaq sendiri. Hahaha" Kuang asam gila. Dah taw aku tak reti main gitar, saja nak suruh aku main bass pulak, pastu siap gelak pulak tu. Memang kuang asam. Aku pun.....TARAM!! Main taram je la. Pluck je sesuka hati aku. Biasanya bass guitar ni tak affect lagu sangat pun. Kita hentam ke, ikut orang main ke, memang lagu still ada rentak atau tempo dia, senang cerita, tak kacau lagu yg di-jam la. Hentam tak hentam, selama sejam pulak tu, tapi at least, aku dapat feel camana dunia jamming ni (walaupun taram).

     Habis jam tu, macam biasa la, aku kena kutuk gila-gila punya sebab merepek je time jam tadi. Haha janji dapat headbanging pun dah puas dah (key: feel). Lepas tu, terus master bagi pinjam gitar dia kat aku. Dia terus ajar lagu yang pertamaaaaaa sekali aku belajar: Smoke On The Water. Perghh. Tapi bukan yang betul punya, bukan yang chord punya, tapi pakai satu string sahaja (kalau tak paham, buat-buat paham je, ni masalah cabang, tak yah risau kalau tak paham pun). Aku ingat lagi susunan tab dia. 0-3-5, 0-3-6-5, 0-3-5~ 0-5-3-0~. Tak paham? Tak paa. Sekali lagi aku cakap, ni masalah cabang je. Tak penting pun nak tahu. The main point is, tu la lagu yang mula-mula aku belajar sekali, memang basic habis. Pastu, aku ada ingat master cakap, "Biasanya, orang kalau mula-mula belajar lagu, diorang kena belajar main chord dulu. Tapi, hang ikut ja cakap aku. Hang belajaq dulu main lagu ni. Practice banyak-banyak kat rumah. Nanti dah sampai level lain, baru lah hang belajaq main chord pulak". Time tu aku blur-blur pebende la mamat ni cakap. Chord2 pebende la.

     Sekarang ni, bila aku ingat balik, baru aku paham kenapa mula2 aku diajar main satu string dulu instead of belajar main chord (banyak string). Ramai kawan-kawan aku yang belajar dengan main chord dulu, pastu baru belajar main lead. Aku yang terbalik, belajar main lead dulu, pastu baru dengan sendirinya aku belajar main chord. Tak perlu kot aku explain apa beza kedua-duanya, nanti yang tak main gitar memang blur je la baca ntah hape2 aku cakap ni. The main point is, aku faham beberapa benda dalam dunia men-create atau belajar muzik ni. Hahaha ayat berterabur gila. Sampai sekarang, kalau ada orang mintak aku ajar main gitar, aku akan ajar sebijik macam mana master aku ajar. Pastu, biasanya orang akan respon, "Bukan kena belajar chord dulu ke??" aku reply, "KAU DIAM! KO NAK BELAJAR KE TAK?" Hahaha. Bak kata mat salleh;  

some things are better left unexplained


    Mat saleh pun paham.


Posted by Posted by zabed at 10:45 PM
Categories:

3 comments  

Wednesday, December 8, 2010


     Perhh. Dah lama tak update blog. Idea tu blambak-lambak, tapi tak dapat cari time yang sesuai yang betul2 ada masa kosong untuk duduk depan laptop, pastu start menulis. Ke aku ni banyak bagi alasan ???

     Pastu, terdorong pulak aku nak Google ayat procrastination. 'Konon'nya nak cari article2 tentang procrastinate ni yang boleh buat aku terasa. Baca punya baca, aku pun jadi boring. Saja-saja gatal tekan Google Image pulak, tengok apa ada. Hahaha. Memang kelakar. Aku terjumpa picture ni:


      Hahaha. Boleh tahan boleh tahan. BOLEH TAHAN TERASA LA JUGAK. Hahahahaha (aku gelak serius ni).

     Oh yeah. Sekarang cuti sekolah, termasuk jugak lah IPTA. Tapi aku tak cuti sebab aku belajar kat IPTS. Celup 'British' punya. Sekarang ni hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum final. By next week insya Allah dah start study week. Hahahaha. Here comes the funny part:

Awal Sem
Haish.. Sem lepas aku dah teruk dah markah aku... Sem ni aku kena pulun betul-betul ni. Setiap pagi sebelum pergi kelas wajib study walaupun sedikit!

Minggu ke-5
Haishh. Dah nak dekat 2 minggu dah ni aku tak study apa-apa lagi. By next week, KONPEM KONPEM aku kena start balik study! Hiyaaahhhh!


so..sekarang ni ada satu minggu lagi sebelum study week. Kebanyakan dialog yang selalu aku dengar:

Beberapa Minggu Sebelum Study Week
Burn habis la sem aku kali ni. Kali ni, KONPEM KONPEM, start study week je, memang aku betul-betul push. Bangun dari tidur, tengok notes, sebelum tidur tengok notes. Memang aku nak study betul2! Balik rumah sekejap je. Dapat restu mak bapak je. Pastu balik campus terus study 24 hours! Raaarrrrrrrr!



Hahaha. Kelakar kelakar. Rasa macam nak record je sorang-sorang cakap apa dari awal sem, termasuklah mulut aku sekali. Pastu, sekarang ni, which is dah nak study week dah, bagi sorang-sorang dengar balik apa yang diorang dah ikrar-kan dolu-dolu. Bila semua dah dengar tu, respon diorang + aku:

"Hermm. Kelakar doh. Tapi serius serius serius, kali ni, start esok pagi, kita kena terus buat."


Hahahaha. Lagi la aku gelak. [Terasa macam syok sendiri pulak bila banyak gelak2 ni, takut yang sedang membaca tak paham].

Persoalan atau jawapan yang senang:
Kenapa tak nak start sekarang je?

Hahaha. Sekali lagi aku gelak. Sekali lagi aku nak letak picture atas tadi. Khas untuk kita semua 'kot'.


Indeed, mankind is in loss,

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[103:2]


*nak paham maksud ayat kat atas ni, baca ayat sebelumnya

Posted by Posted by zabed at 11:45 PM
Categories:

4 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>